Thursday, October 08, 2015

Dilema Menyokong DS Najib Razak

1. DS Najib Razak seorang Perdana Menteri yang mendapat jawatan politik, tetapi cara beliau betindak bukan cara orang politik. 

2. Kemelut yang menyelubungi beliau pada masa kini, kerana sifat beliau yang lurus bendul, sehingga mengakibatkan seolah-olah semua masalah disebabkan oleh tindakan beliau seorang.

3. Kemelut yang berlaku dalam 1MDB, yang menyebabkan beliau dihentam kiri dan kanan, dan yang terkini, kenyataan majlis raja-raja melayu berkaitan syarikat gergasi milik kementerian kewangan tersebut.

4. Najib hanya sebagai penasihat kepada lembaga pengarah 1MDB, beliau tidak terlibat menjalankan operasi syarikat. 

5. Memang benar menurut peraturan syarikat itu, semua tindak tanduk syarikat perlu mendapat kelulusan bertulis daripada Perdana Menteri (keputusan bertulis). Dan setiap keputusan bertulis itu, perlu disertakan cadangan daripada pengurusan dan seterusnya diluluskan oleh lembaga pengarah. Apabila semua urusan muktamad, maka diserahkan cadangan tersebut kepada Perdana Menteri sebagai penasihat untuk mendapatkan persetujuan bertulis.

6. Kemelut 1MDB diketahui umum pada akhir tahun 2014, apabila timbul masalah kecairan syarikat  untuk membayar hutang tertunggak. Akibat masalah kecairan itu, maka terpaksa meminta standby credit daripada kerajaan sebanyak RM970juta, selain itu telah mendapat pinjaman budiman daripada Ananda Krishnan sebanyak RM2bilion.

7. Ekoran masalah kecairan 1MDB, pihak pembangkang terutama Tony Pua daripada DAP mengangkat isu 1MDB sebagai menu harian mengecam Perdana Menteri.

8. Tun Dr Mahathir bermula menggunakan isu 1MDB apabila terbaca satu tulisan daripada Datuk Salleh Tun Said, kini Menteri Komunikasi dan Multimedia berkaitan CSR syarikat tersebut. Dalam tindak balas Tun terhadap tulisan Datuk Salleh tersebut, maka timbullah berbagai bentuk pertanyaan daripada mantan Perdana Menteri itu.

9. Oleh kerana berbagai dakwaan terhadap 1MDB, maka pada Mac, DS Najib Razak mengarahkan Ketua Audit Negara memeriksa syarikat tersebut. Dalam masa yang hampir sama. PAC parlimen mengumumkan turut serta memeriksa syarikat tersebut. Rentetan daripada itu, ditubuhkan pasukan khas yang dianggotai Gabnor Bank Negara, Pesuruhjaya SPRM, Ketua Polis negara dan diketuai oleh Peguam negara.

10. Dalam perjalanan siasatan tersebut, maka muncullah laporan The Wall Street Journal pada 2 Julai, kononnya memetik daripada temuan mereka yang menyiasat 1MDB, bahawa sebanyak USD681milion wang syarikat itu telah berakhir ke dalam akaun Perdana Menteri di Ambank Kuala Lumpur.

11. Pada 3 Ogos, menurut SPRM, wang USD681milion (atau RM2.6bilion, berasas pertukaran tahun 2013) bukan wang 1MDB, melainkan wang sumbangan daripada pihak tertentu daripada Timur Tengah.

12. Pihak pengeritik DS Najib Razak, terutama Tun Dr Mahatir, bertindak berkaitan penjelasan SPRM tersebut, dengan mengolah, mengadun berbagai pengalaman beliau selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, bahawa sesuatu yang ganjil, bagi penderma arab memberi sumbangan sebanyak itu, malah menurut Perdana Menteri terlama itu, selama 22 tahun, beliau belum pernah mendapat derma satu senpun daripada jutawan arab.

13. Ekoran kecaman dan keadaan yang berlaku terhadap siasatan terhadap syarikat tersebut, khususnya kebocoran kepada pihak media, maka berlaku rombakkan kabinet, serta pemecatan Peguan Negara, selain menangkap beberapa individu yang disyaki terlibat dalam pembocoran maklumat 1MDB.

14. Pihak pengeritik Najib menambah frekunesi serangan mereka, ekoran rombakan kabinet termasuk pemecatan Timbalan Perdana Menteri dan seorang menteri kanan, malah media asing seperti The New York Times dan lain-lain terus menerus menulis berkaitan 1MDB, malah The WSJ meneruskan tulisan dengan berbagai maklumat spekulasi, mengadun, mengolah maklumat itu sebagai fakta yang benar.

15. Akibat daripada laporan-laporan media antarabangsa tersebut, maka berlaku persepsi negatif terhadap ekonomi negara, apabila berlaku demikian, maka berimpak segera kepada mata wang negara dan pasaran saham Kuala Lumpur.

16. Memang, kalau dilihat daripada segi ekonomi nyata, penurunan nilai ringgit, bukanlah disebabkan hanya oleh kemelut 1MDB, akan tetapi persekitan ekonomi dunia yang tidak menentu, khususnya menjunamnya harga minyak, cadangan Amerika menaikkan kadar bunga bank, serta devaluasi mata wang Yuan, China. Penurunan mata wang ringgit, terhadap dollar amerika, bukanlah seteruk mana, dibanding mata wang negara-negara lain, termasuklah dollar Australia.

17. Oleh kerana, berbagai cerita yang diolah dan diadun setiap hari, khususnya oleh mantan Perdana Menteri, sehingga menuduh DS Najib mencuri wang, ertinya dakwaan itu, merupakan dakwaan peringkat tinggi bagi seseorang yang menunjukkan tidak amanah, tidak bermoral,kurang fahaman agama, kerana meraka yang mempunyai kelakuan demikian sahaja, boleh bertindak mencuri.

18. Dengan menumpuknya berbagai dakwaan terhadap 1MDB dan DS Najib, maka bukan sahaja berakibat memburukkan imej beliau, malah kini, Majlis Raja-rajapun telah turut sama, percaya, bahawa kemelut 1MDB boleh memudaratkan ekonomi negara sehingga berimpak negatif kepada rakyat.

19. Walaupun Majlis Raja-Raja tidak menyebut secara langsung nama DS Najib, namun memberi reaksi negatif terhadap 1MDB, merupakan tindakan pukul anak sindir menantu. Bidalan melayu itu, sungguh berat ertinya dalam situasi ini, seolah-olah majlis Raja-Raja, sudah memberi isyarat kepada DS Najib Razak, jika persepsi terhadap 1MDB tidak boleh dibendung, maka beliau perlu melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

20. Tindakan menyelesaikan kemelut 1MDB, tidak sama dengan membendung persepsi. Bagi AYT, majlis raja-raja sudah membuat ketetapan, bahawa, persepsi terhadap 1MDB tidak akan berjaya dihilangkan untuk waktu yang singkat, malah perlu waktu yang panjang. Lagipun, apapun bentuk penyelesaian terhadap 1MDB, persepsi negatif terhadap DS Najib akan terus bertapak.

21. Sebenarnya, tindakan majlis raja-raja pada selesa, merupakan dilema kepada para penyokong DS Najib Razak, kerana biasanya Majlis Raja-Raja hanya membuat kenyataan bagi isu-isu besar yang boleh menggugat negara.

19 comments:

PJMM BULLETIN said...

Nyah Kao!...itu yang diertikan oleh majlis raja2, ...nohtah. Cash is king, But you are not the King. !..itu dinamakan hukum KARMA.

Zamani said...

Salam Tuan Blog.
Tulisan tuan cukup menarik dan saya takpernah lepas untuk membaca. Saya sayangkan kepimpinan DS Najib yang banyak berjasa untuk rakyat. Dia sangat mudah dekati rakyat bawahan, berani ubah dasar bila rakyat bawahan minta. Berbeza zaman Tun M, beliau sangat menjaga ahli korporat, bussinesman, org politik dan jarang sekali mahu dengar suara rakyat bawahan.

Tapi dilema ketika ini amat menyedihkan. Org baik dipancarkan sebagai korup dan jahat. Org Jahat di kosmetik hias sebagai baik.. org Melayu pula malas fikir dan suka propaganda fitnah. Sebab itu Melayu mudah dijual beli..

Semoga Allah SWT lindungi kepimpinan yg diterjui DS Najib.. DIA Allah SWT Tuhan Yang Maha Adil Lagi Maha Bijaksana!

Anonymous said...

Hanya bisnes mampu menyah bisneskan pembisnes dalam membantu rakyat. Lepas segala perjanjian itu ini tamat kita tengok hasil 1mdb suburkan kepada rakyat? jika lagi menguntungkan rakyat dari sebelumnya kita kekalkalkan pemerintah, tapi jika lagi membebankan rakyat kelak kita tukar kepimpinan.

Anonymous said...

saya sokong anom 11:37

akhir tahun ni, ramai mak bapak ,golongan sederhana menarik nafas lega..dapat bantuan persekolahan 100 ringgit...nampak sikit tapi kalau anak 5 ,ianya dapat meringan beban jugak.

brim pula ..dapat menambah modal bagi yang berniaga kecil-kecilan....bayar apa-apa yang tertunggak...nikmat tu,yang kami tak dapat zaman mahadir

banyak yang rakyat dapat zaman Najib..sbb itulah ramai musuh-musuhnya dengki dan berhempas puas nak menjatuhkannya....insyaALLAH ..bagi kami yg bersyukur ni,kami akan panjatkan doa kehadrat Illahi semoga Najib berjaya dalam ujian ini dan seterusnya berjaya dalam pru 14 dgn jayanya...insyaAllah.....aminnnnn

Anonymous said...

salah sendiri....waktu orang minta penjelasan, macam2 alasan.....

dah jadi macam ni, salahkan orang lain........tidak ikhlas......najib must go!

Madey Kutty Ngok said...

Assalamualaikum

Ampun Tuanku Patik rakyat Biasa Ingin Memberikan Pandangan,

Ketidak seimbangan dalam kestabilan politik negara juga ada kaitan dengan peranan Institusi DiRaja Melayu.

Kita mahukan Raja-Raja Melayu menjadi pengimbang kepada pemerintahan politik dan badan Eksekutif. Tapi diarasakan keseimbangan ini TIDAK JELAS!

Sebagai contoh.. ketegasan Institusi DI-Raja amat penting bagi isu besar melibatkan hak Melayu dan Islam diutamakan dahulu sebelum diperihalkan yang lain :


- Isu berat pertikaian perkara 153 Perlembagaan!
- Penghinaan hak mutlak umat Islam dalam kes kalimah Allah SWT oleh Kristian,
- isu kebebasan Murtad kepada org Melayu..amat2 berat dan boleh mencetuskan ketegangan Agama! jauh lebih bahaya dr rompakan berbillion wang negara!
- larangan pembesar suara Azan di Pulau Pinang, pencabulan hak asasi umat Islam, dalam sebuah Negara Berdaulat Islam.
- menghina Hudud dan undang2 Syariah
- Menghina laungan Azan,
- campurutangan dalam hal ehwal penguatkuasaan Islam
- Percambahan pusat2 perjudian, pelacuran, hiburan melampau dan maksiat didalangi Cina
- menghina pemimpin Islam BERSHIT 4.0,
- Menghina hal ehwal Ibadah umat Islam seperti Qurban dan Khutbah,


Diperhatikan isu2 besar dia atas LANGSUNG tidak mendapat perhatian dan statement TEGAS dari Majlis Raja-Raja Melayu..yang wajib dipertahanka. Tetapi secara tiba2 dua isu ini IMDB dan perkauman jadi menyebabkan Majlis Raja-Raja Melayu bertegas?

Bukan hendak menderhakai Raja-Raja Melayu tapi mengharapkan keadilan sejati di bawah Payung Naungan Duli-Duli Tuanku- Insitusi Di-Raja Melayu.. jangan diperalatkan oleh golongan tertentu.. dan jagan salah keutamaan.


Parti politik rasis Cina DAP berterusan menghina Islam dan pemimpin Melayu terang2an tidak ada apa2 amaran Majlis Raja-Raja Melayu.. sedangkan ia wajib ditegur.

Kelihatan lepas sahaja himpunan baju Merah berjaya counter back sokongan terhadap PM dan Melayu.. barulah isu perkauman dibangkitkan? kenapa bertahun-tahun dahulu ia tidak dipekatakan apabila org Melayu dihina?

Ia amat ganjil keadaan ini.. siapa yang membela siapa? siapa yang ditindas? siapa yang mulakan perkauman? siapa yg bocorkan rahsia siasatan IMDB yg jelas melanggar Akta Rahsia??

Isu kenapa org2 yg diamanahkan untuk menyiasat IMDB khianat dan bocorkan maklumat kepada musuh2 asing.. dan itu sepatutnya menjadi perhatian Majlis Raja-Raja Melayu jika betul2 mahu isu 1mDB ini di bersihkan secara telus..

sebuah negara berdaulat boleh dibiarkan campur tangan asing.. dengan membiarkan org2 yg diamanahkan membocoran maklumat dan diubahsuai dan akhirnya caca marba jadinya negara.. bahkan Gabenor Bank negara sendiri membuat kenyataan yang bersifat mensabotaj pada bulan lepas, seolah-olah sentimen anti PM dibawa masuk ke dalam amanahnya sebagai Gabenor.


Diharapkan Majlis Raja-Raja Melayu tidak diperalatkan oleh sesiapa. Letakkan priority yang betul dalam menyatakan teguran. pepatah Melayu dahulu kala..:

"RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM DISANGGAH.."

Raja Berdaulat Negara Sejahtera.

Daulat Tuanku!
Saya Sayang Malaysia

Wassalam.

kak radi bicara said...

Sokong anom 12.15. Dlm soal 1mdb pm najib hanya penasihat bukanya dia pengusaha 1mdb sangat tidak adil rakyat menyalahkan beliau,banyak perubahan dn kepentingan rakyat telah dilakukan najib berusaha bertungkus lumus utk kesenangan hidup rakyat, saya doakan semuga Allah swt memberi kemudahan melepaskan segala kemelut yg menyelubungi beliau. Para pencacai yg suka menuduh dn fitnah najib andai tak sedar semua fahala yg anda ada telah berpindah ke najib.hidup najib semuga panjang umur dn sehat walafiat.

Anonymous said...

Sokong anon 12.15 dan Kak radi.
berkat doa kita kpd Allah Taala supaya Hidayah-NYA buat PM kita DS Najib dilepaskan segala fitnah dan kemelut, dipelihara negara ini dibawah pentadbiran yang terbaik.adalah lebih baik dr memcaci makinya...menjatuhkannya entah siapa pula yang akan naik belum ada jaminan untuk rakyat.

Dr sudut hati saya yg ikhlas sebagai rayat biasa tidak ada kepentingan apa2.. saya yakin DS Najib seorang yang bersih, dan sifat rendah dirinya dengan rakyat biasa cukup menyenangkan saya. Semoga Allah SWT Merahmati DS Najib Razak. Amiin ya Robb!

kak radi bicara said...

Bernas sungguh komen sdr Izham Mohd Said, saya amat setuju pandangan sdr,perkara2 wajib berhubung dgn maruah org melayu, agama islam azan dn kutbah diperkotak katik kan oleh si kafir laknat tak pernah diambil tahu oleh mana2 Institusi besar, selain Himpunan Baju Merah. Apa pun saya tetap berdiri teguh dibelakang PM Najib kerana dasar2 beliau yg lebih mementingkan rakyat.sebelum Najib tak ada Kelinik 1 Malaysia,Kedai 1 Malaysia dn berbagai2 1 Msia. Saya kenal Najib tapi Najib tak kenal pun saya. Namun sy panjatkan seribu DOA agar beliau kekal memerintah hinga ke pengal2 akan datang.AAAMIN.

Anonymous said...

Skandal atlet China, Scorpene, 1MDB, Altantuya, P.I Bala, Derma RM2.6 bilyon, Pemecatan TP dan NP UMNO, GST, Rosmah Mansor, Kahwin anak RM700 juta, Pembubaran PAC dan Penyalahgunaan kuasa terhadap perkhidmatan awam, Penurunan RM dan Defisit keyakinan, Rasis, Penahanan Khairudin dan lain2 lagi. Najib diingati sbg BAPA KEBANGSATAN MALAYSIA.

Anonymous said...

Adakah Raja2 Mlayu ni mendapat nasihat yang betul? Hal2 agama Islam yg dihina bertebaran sana sini, mereka x buat apa2 pun. Padahal raja2 Melayu payung agama, tapi di mana mereka? Atau adakah mereka ada kepentingan peribadi? Yg jelasnya hanya UMNO yg mempertahankan Agama Islam, perlembagaan negara, hak2 orang Melayu, kuasa raja2 dan macam2 lagi.

Menurut pandangan saya, 1MDB satu syarikat yg baik dan berwawasan tetapi modalnya terlalu kecil. Oleh kerana ia adalah hak kerajaan bermakna hak rakyat juga, kerajaan patut menambah modalnya supaya 1MDB dapat diurus dengan baik. Ini ialah kerana 1MDB dapat membantu menjaga kepentingan rakyat contohnya dalam kes triff elektrik dan perumahan rakyat. Selain itu, keuntungan 1MDB juga adalah adalah hak rakyat.

Najib sememangnya bijak dan berjiwa rakyat. Dalam masa yg singkat beliau telah mentadbir negara dengan baik dan membina hubungan baik dengan negara2 luar. Berbeza dengan Tun yg mementingkan kroni, business dan berbaik dengan negara luar secara berpilih contohnya x gemar berkawan dengan barat. Justeru itu, adalah diharapkan agar rakyat membuat penilaian yg betul dan terus menyokong Najib.

Anonymous said...

YA ALLAH PERMUDAHKANLAH PENGKHIANAT AGAMA,BANGSA DAN NEGARA DITURUNKAN!!

#pecatJibby
#selamatkanUMNO

Anonymous said...

YA ALLAH PELIHARALAH DS NAJIB RAKA SEBAGAI PEMERINTAH YANG KAU REDHAI DAN DALAM HIDAYAH-MU. HANCURKANLAH MUSUH2 YANG MAHU MELAGAKAN DAN MEMECAHBELAHKAN KAMI SEPERTI KAU TURUNKAN AZAB -MU KEPADA TENTERA AHZAB MUSHRIKIN
'
YA ALLAH KAU BALIK2 KAN LAH DOA SI PENGKHIANAT MUNAFIK TERSEBUT DAN BOLAK BALIK KAH LAH MEREKA SUPAYA SELAMAT RAKYAT JELATA DARI FITNAH MEREKA.. PERKENANKAN LAH DOA KAMI YA ALLAH..AMENN!!

#Hidup UMNO
#KekalNajib
#NyahPengkhianat

ALLAHU AKBAR!!

Anonymous said...

Aku sokong anon 13.58, Najib bukan kaki gaduh mcm Mahathir. Najib terpaksa warisi peninggalan korup Mahathri yg berakar umbi selama 22 tahun lebih. Sistem korupsi yang di tanam oleh Mahathir kepada org UMNO menyebabkan mereka2 ini skrg bertukar menjadi dragon pengkhianat kpd pemimpin sendiri.. mereka join pulak DAP dan PR demi utk jahanamkan UMNO

Najib wujudkan macam2 kemudahan dan kebaikan yg DIRECT SAMPAI ke mulut dan tubuh badan rakyat dengan izin ALALH SWT. TANPA MELALUI kroni2 perompak seperti yg diamalkan Mahathir!

Oelh sebab itulah perompak2 yg dilahirkan Mahahthir dulu kini menjadi pengkhianat kerana mereka sedang 'KELAPARAN'. Jadi mereka guna senjata rasuah dan curi wang sbg balasan kepada Najib!!

Semoga Allah Ta'ala Pelihara DS Najib Razak dan berikannya Hidayah untuk terus menjadi pemimpin yang berjasa dan disayangi rakyat jelata. Muliakannya disisiMU atas kebaikannya walaupun seluruh alam ini menghinanya Ya Allah!.

Unknown said...

loya aku baca komen mengampu najib..harga diri setakat RM100 duit belanja sekolah? hang tau tak macam mana Najib punya bini shopping? Mesti hang tak tau sbb hang ni mudah digula-gulakan dengan duit yg tak seberapa hang dapat...cubalah keluar sikit dari kepompong..dah ada internet tu cuba la cari info..(atau ntah2 komen ampu Najib yg antara blogger prepaid buat sendiri supaya nampak konon2 ada supporter)..thanks

Anonymous said...

Ya Allah kau bantulah DSNajib ,kau angkatlah segala fitnah dan tohmahan yg dilimparkan kepadanya.ya Allah yg maha pengasih lagi penyanyang sesungguhnya kau lebih mengetahwi dari kami ,kami mengharap kesejahteraan hidup aman damai di bumi bertuah ini Malaysia tanah air ku tercinta.

Anonymous said...

Tun M banyak membuat perubahan dlm lanskap negara,perubahan demi perubahan selama memerintah 22 th.TETAPI Najib terlalu dekat di hati rakyat semua lapisan rakyat begitu senang dengannya, semuga Najib kekal sebagai PM.

Anonymous said...

Najib terlalu jujur sebab tu ramai yg iri hati dengan beliau.

Anonymous said...

Sampai bila agaknya Tun nak bela kroni2 yg dah berpuluh tahun hisab wang rakyat tu yek?

Aku baru terbaca yg sejak zaman Tun, kos elektrik hanyalah 8 sen/unit tetapi TNB dipaksa bayar 23 sen/unit iaitu 3 kali ganda kos kepada kroni, selama berpuluh2 tahun lamanya. Kalau di kali dengan jumlah penggunaan negara, berbilion2 jumlahnya. Bukan itu sahaja, sekiranya harga minyak naik, TNB dipaksa bayar pampasan pada kroni. Jadi TNB terpaksa caj pada pengguna iaitu rakyat.

Pengerusi TNB waktu tu Ani Arope dipecat kerana x mahu tandatangani perjanjian yg berat sebelah itu. Itu yg Najib melalui 1MDB beli IPP tu supaya harga elektrik dapat dikekalkan pada tahap yg rendah.

Hmmmmmmmmmmm cuba fikir betul2 siapa sebenarnya balun wang rakyat? Dan siapa pula pembela rakyat?

Blog Archive