Saturday, October 31, 2015

Derma RM2.6bilion Kepada DS Najib- Tiada Sesiapa Yang Dirugikan

1. Isu derma RM2.6bilion kepada DS Najib Razak, tidak boleh dikategorikan sebagai rasuah atau suapan, kerana tidak melibatkan balasan, malah penderma itu sendiri, mahu status peribadinya tidak dedahkan. Pihak SPRM yang pakar dalam selok belok rasuah atau suapan atau salahguna kuasa, tidak dapat menjelaskan kedudukan wang tersebut, hanya boleh mengatakan wang itu merupakan daripada penderma budiman daripada Timur Tengah.

2. Hari ini bekas Presiden MCA Dato Chua Soi Lek ada menyatakan, bahawa untuk pertama kalinya MCA dapat saluran dana daripada BN, sejak parti itu menjadi komponen Bn. Dan dana itu disalurkan DS Najib sebelum PRU-13 yang diadakan pada 5 Mei tahun 2013.

3. DS Najib berulang kali menyatakan, bahawa beliau tidak pernah menggunakan sebarang sumbangan kepada beliau untuk kepentingan peribadi, melainkan semua sumbangan tersebut disalurkan kepada mereka yang memerlukan, selain membiayai jentera BN semasa PRU-13.

4. Sebagai Presiden dan Pengerusi BN, DS Najib mempunyai tugas yang sangat mencabar, kerana berdepan dengan parti pembangkang pada PRU-13 yang diketuai oleh Dato Anwar Ibrahim, selain itu, pembangkang mempunyai dana besar berdepan dengan PRU tersebut, kerana telah memerintah negeri-negeri kaya selama sepenggal. Terlihat bagaimana kayanya parti pembangkang masa itu, malah semasa berkempen, Anwar menggunakan jet peribadi dari satu lokasi ke lokasi lain.

5. Bagi mengimbangi kekuatan pembangkang, DS Najib sebagai Pengerusi BN, perlu menyalurkan dana kepada parti-parti komponen agar dapat memaksiumkan gerakan jentera parti. Pun demikian, keputusan PRU-13, walaupun memihak kepada BN melalui jumlah kerusi, terima kasih tidak terhingga bagi pengundi luar bandar, akan tetapi BN secara keseluruhan kehilangan undi popular.

6. Pandangan berbagai mantan pemimpin, kononnya, jika berlaku pergantian kepimpinan, maka sokongan kepada Bn akan pulih. Pandangan itu, meleset sekali, kerana PRU-13 yang diketuai oleh pemimpin baru, bukan menambah kerusi kepada Bn, malah kerusi Bn di dewan rakyat berkurang 7. Akan tetapi saguhati kepada para pemimpin dan ahli Umno serta penyokongnya, parti itu menambah 9 kerusi, daripada 79 Tahun 2008 kepada 88 pada Tahun 2013.

7. Meskipun pencapaian Bn pada PRU-13 dikatakan terburuk sejak kewujudanya pada tahun 1974, namun para mantan pemimpin bertindak mencelarukan keadaan dengan berbagai dakwaan yang berbentuk spekulasi.

8. Kenyataan Mantan Perdana Menteri berhubungan dengan wang yang dipinjam 1MDB sebanyak RM42bilion kononnya hilang, telah menjadi kemelut yang melanda negara, khususnya kepada DS Najib. Tujuan pembangkitan isu tersebut semata-mata untuk memalitkan imej buruk kepada PM agar melepaskan jawatan. Walaupun pembangkitan 1MDB tidak menyebabkan DS Najib meletakkan jawatan, maka Tun Dr Mahathir berkata dengan berterus terang meminta DS Najib meletakkan jawatan.

9. Sebenarnya, isu mengaggalkan 1MDB telah bermula sejak tahun 2013 lagi, apabila beberapa pemimpin pembangkang antaranya Rafizi Ramli MP Pandan dan Tony Pua MP Petaling Jaya utara secara terus menerus mengeritik 1MDB. Ekoran daripada itu, rancangan peneribatan IPO syarikat itu ke Bursa Malaysia untuk mendapatkan dana RM8bilion terbantut. Apabila rancangan tersebut terbantut, maka syarikat yang hanya bermodalkan RM1juta daripada kerajaan berdepan dengan aliran tunai, bagi maksud membayar hutang jangka pendek serta faedah.

10. Oleh kerana masalah aliran tunai, maka syarikat tersebut terpaksa meminta bantuan daripada Ananda Khrisnan sebanyak RM2bilion, serta mendapat standby credit daripada MOF sebanyak RM950juta. Dalam masa yang sama terpaksa menjual beberapa bahagian daripada tanahnya di TRX, semata-mata untuk membayar faedah atau hutang yang telah matang.

11. Oleh kerana terbantutnya IPO, maka 1MDB sebagai GLC milik penuh MOF terpaksa meminta suntikkan modal sebanyak RM3bilion daripada kerajaan. Permohonan tersebut ditolak, atas sebab itu sebaliknya mendapat stanby credit RM950juta, kekurangannya diperolehi daripada Ananda.

12. Berasaskan keadaan yang melanda 1MDB, pihak-pihak yang menanti peluang menjatuhkan DS Najib menggunakan isu 1MDB antaranya Mantan TPM Tan Sri Muhiyiddin Yassin serta Mantan Menteri KKLW Datuk Shafie Apdal. Satu ketika, berlaku bertukar-tukar kenyataan antara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan- Dato Abdul Rahman Dahlan, bahawa kabinet sebenarnya diberikan gambaran jelas berkaitan kedudukan 1MDB kerana syarikat itu telah memberikan kabinet FACT SHEETS yang mengandungi berbagai maklumat berkaitan syarikat tersebut.

13. Ekoran desakan daripada kabinetnya sendiri, DS Najib telah mengarahkan Ketua Audit Negara pada Mac untuk mengaudit syarikat tersebut. Pada masa yang sama Bank Negara, PDRM, SPRM serta PAC Dewan Rakyat juga turut memeriksa syarikat tersebut. Separuh jalan memeriksa syarikat tersebut, berbagai maklumat separuh betul disalurkan ke media asing, antaranya The Wall street Journal, Sarawak reports, dan dibantu dalam negara oleh The Age, The Malaysian Insider milik The Age dan Free Malaysia Today.

14. Keputusan DS Najib untuk membenarkan memeriksa 1MDB, bagaikan membuka pintu kepada petualang-petualang untuk menjalankan agenda mereka, antara lain mendedahkan wang derma yang diterima beliau, malah media asing membuat aliran, kononnya sebahagian wang tersebut berasal daripada syarikat milik MOF SRC International. Malah ada yang berspekulasi, kononnya Mantan Peguam Negara sedang bersiap-siap menangkap beberapa individu daripada SRC untuk dihadapkan ke mahkamah kerana salah guna kuasa.

15. Ekoran berbagai tindakan daripada pihak-pihak yang dikategorikan petualang, maka DS Najib terpaksa membuat keputusan drastik termasuk menggantikan Peguam Negara, merombak kabinet dengan menggugurkan dua pemimpin yang dianggap "duri dalam daging" atau "guntng dalam liptan" daripada kabinet.

16. Kini, semakin hari, dakwaan berkaitan RM2.6bilion semakin terungkai, malah penjelasan berkaitan wang tersebut akan dijelaskan melalui sidang Parlimen ke-13 yang sedang berlangsung. Berkaitan kemelut 1MDB, setidak-tidaknya hujung tahun ini, akan mampu mengurangkan hutang antara RM16-RM20bilion dan pada Jun 2016, semua hutang syarikat tersebut akan terselesaikan.

2 comments:

Anonymous said...

Betul tu.. tiada siapa yg rugi.. malahan, sebagai rakyat Malaysia kami amat berbangga perdana menteri kami mempunyai wang sebanyak RM2.6 Beliyon..

Anonymous said...

Yg jelasnya 2.6 bilion x membabitkan wang rakyat. x membabitlan salah laku dan sebagainya. Ia juga menunjukkan penderma begitu mempercayai Najib sehingga sanggup menderma sebanyak itu. Sebenarnya negara beruntung mendapat sumbangan wang itu yg digunakan dalam negara yg mana para peniaga dan rakyat yg dapat manfaatnya. Harap2 PRU14, akan ada sumbangan sedemikian lagi hendaknya........he he he.......

Blog Archive