Friday, September 11, 2015

USD1.4bilion Dibayar 1MDB Konon Hilang?

1. Perkara pokok adalah jumlah duit asal USD1.83bilion, wang 1MDB yang dibayar kepada PetroSaudi, kemudian wang itu dijamin Kerajaan UAE melalui Aabar (IPIC) dengan nilai USD2.32bilion. USD2.32bilion dikembalikan kepada 1MDB, salah satu bayaran itu berjumlah USD1bilion dibayar pada jun. 

2. USD1.4bilion yang dipermasalahkan WSJ dan kini diwar-warkan oleh Tony Pua, adalah sebahagian daripada USD1.83bilion, kononnya wang USD1.4bilion tidak timbul pada laporan kewangan Aabar/IPIC yang telah diaudit. Persoalanannya, apa kah masalah 1MDB dalam isu itu? sedangkan 1MDB telah mendapat keuntungan USD500juta daripada pelaburannya USD1.83bilion dengan PetroSaudi.

3. Seperti kata 1MDB, syarikat itu tidak boleh bercakap bagi pihak syarikat lain. Namun dengan jelas, USD1.4bilion sebahagian daripada USD1.83bilion dilaporan melalui akaun 1MDB yang telah diaudit bagi tahun 2013 dan 2014. Apakah bayaran itu muncul atau tidak pada akaun yang menerima bayaran tersebut, bukan urusan 1MDB. Apa yang mustahak adalah pelabuaran asal, telah dipulangkan dengan keuntungan USD500juta.

4. Maklumat yang termaktub dalam Draf Laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB yang diserahkan kepada PAC, telah dibocorkan kepada WSJ, kemudiannya media itu menulis mengenainya pada 8 September.

5. Kini, berlaku tuduh menduduh antara PAC dan Dewan Rakyat, sehingga bekas Pengerusi PAC yang kini Timbalan Menteri Dalam Negeri- Datuk Nur Jazlan Mohammad mendakwa, besar kemungkinan kebocoran maklumat itu daripada kakitangan Dewan Rakyat yang hadir semasa pembentangan Ketua Audit Negara- Tan Sri Ambrin Buang kepada PAC. Namun dakwaan tersebut dibidas oleh Speaker Dewan Rakyat- Tan Sri Pandikar Amin, kerana urusan pendengaran itu adalah urusan sepenuhnya oleh PAC bukannya Dewan Rakyat.

6. Melalui kenyataan Nur Jazlan, seolah-olah menafikan bahawa Tony Pua bukanlah sumber kebocoran maklumat itu, bercanggah dengan pendapat berbagai pihak, bahawa MP DAP itulah merupakan sumber kebocoran tersebut.

7. Mengapa Nur Jazlan begitu membela Tony Pua? apakah beliau merupakan sebahagian konspirator menjatuhkan DS Najib seperti mana diakui Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhiyiddin Yassin melalui mesyuarat AMT pada 9 September?

3 comments:

Gabenor johor said...

nur jazlan ni pandai berbahasa mandarin..maka fikir fikirkanlah

Anonymous said...

Haha, tok arab bersungut duit dia tak masuk. Mcm ni ke brother dari "brother nation"? Haha
Bab tsmy mengakui ada kospirasi kat mkt kemarin (sept 9), kat mana hang baca? Tak dengar pun najib beritau pasal tu? Yang kita tau, rpk je yang bercerita tang konspirasi tu. Orang umno dah percaya rpk bulat2 ke la ni? Saya baca Malaysia Today utk hiburan saja. heheh.

Anonymous said...

Apa yg hang dok merepek ni? Wang berjumlah Rm1.83b yg hang kata dah terima dari aabar group tu la yg pm hang dok kata tunai, aset lepas tu unit. Bab untung rm500juta tu tak penting. Yg penting duit prinsipal tu pi mana? dari cayman island, pergi singapore pastu masuk braZen sky.

Hang dok kata duit ada..ada...tp tu guaranteed by aabar group rm2.32b tu apa bendanya? 1mdb ni syarikat bagi pinjaman ka syarikat pelaburan? Pasai apa tetiba bg pinjam rm2.32b tu?

Dah xtau tu buat la taktau.

Blog Archive