Latest News

Tulisan Terbaru Tun Dr Mahathir- Bn Pasti Kalah Jika DS Najib Tidak Letak Jawatan

1. Melalui tulisan terbaru Tun Dr Mahathir Mohammad pada Khamis di blog beliau chedet.cc, bahawa semua masalah yang berlaku dalam negara ini semuanya kerana angkara DS Najib Razak. Daripada penurunan ringgit sehingga penurunan harga minyak antarabangsa.

2. Nampaknya tulisan mantan PM itu, telah mengabaikan faktor globalisasi atau persekitaran yang mempengaruhi perekonomian dunia, di mana persekitaran tersebut juga berimpak kepada negara.

3. Apa yang tidak ditulis beliau, hanya berkaitan Greece yang muflis, peperangan di Syria dan penyebab pelarian di Timur Tengah yang menyebarang ke Europa.

3. Memang benar, bahawa setiap kawasan parlimen yang ditandingi Umno, tidakpun sampai separuh merupakan ahli Umno. Memang benar, kawasan yang dimenangi Umno kerana sokongan pengundi termasuk ahli-ahli parti komponen. Keadaan itu memanglah demikian. DS Najib Razak, tidak pernahpun berkata, bahawa kemenangan Umno kerana hanya ahli Umno. Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan kerana sebahagian ahli-ahli Umno masih menyokong beliau.

4.Bn mempunyai 13 komponen parti, di setiap kawasan ada ahli-ahli komponen Bn. Oleh kerana konsep Bn berasaskan kepada perkongsian kuasa, maka setiap komponen bn berkerja keras pada setiap kawasan yang ditandingi. Pada PRU, Bn, tidak mengenal lagi parti komponen, kerana menggunakan lambang yang sama, ertinya setiap parti bergerak sebagai satu pasukan.

5. Tulisan terbaru Tun Dr Mahathir, seolah-olah semua pemimpin parti Komponen Bn tidak mempunyai pengaruh lagi, demikian juga semua lapisan kepimpinan Umno tiada pengaruh lagi, dengan itu, pengundi akan menolak mentah-mentah, kerana DS Najib Razak masih Perdana Menteri.

6. Tun Dr Mahathir lupa di Sabah pernah berlaku, Ketua Menteri Sabah yang mengetuai Pilihanraya Tahun 1999, telah kalah di kawasannya, namun Bn tidak tumbang. Sebabnya rakyat mengundi parti dan mempertahankan calon atau pemimpin yang telah berkhidmat dengan baik.

7. Pada PRU-14, rakyat mempunyai pilihan, jika mahu mempertahankan Bn, maka akan terus mengundi Bn, dan jika tidak mahu DS Najib, maka beliau akan dikalahkan di kawasannya. Pada masa itu, selesai masalah once for all.?

8. Oleh kerana Tun Dr Mahathir yakin, bahawa pengundi Pekan Pahang tidak akan menolak DS Najib, maka atas sebab itu, mendakwa, bahawa semua keadaan negatif yang berlaku dalam negara hanya kerana DS Najib.

8 Responses to "Tulisan Terbaru Tun Dr Mahathir- Bn Pasti Kalah Jika DS Najib Tidak Letak Jawatan"

Anonymous said...

Orang Tua ni berangapan tak betul

Anonymous said...

Orang Tua ni pulak boleh gerenti ke BN pasti-sepastinya boleh menang jika PM Najib turun??? Dalam artikel Che Det itu ada jawapannya "Kemungkinan" sahaja. Bermakna dia pun tak pasti. Kalau sendiri pun tak pasti sangat macamana nak suruh orang lain pulak ikut. Tak pasal nanti yang ikut ni pulak disalahkan kerana ikut cakap dia.

Cakap orang politik ni bukan semuanya betul tapi dalam masa yang sama tak semuanya salah. Lebih kepada apa yang beruntung pada diri sendiri itulah yang betul.

Anonymous said...

Kalau nak ikut cakap mamak tua pengamal kronisma ni, hanya ada satu saja cara untuk BN mencapai kemenangan.....

JADIKAN ANAK MAMAK LEMBIK BOTAK SEBAGAI PM ATAU PALING KURANG, TPM DAHULU!

Betul tak, mamak kerala?

Anonymous said...

Kita jangan rasa ter-sangat selesa dengan kedudukan BN sekarang. Jangan lupa Pembangkang makin kuat terutama DAP. Rata-rata dan dimana2 jika tanya orang Cina takda satupun yang ckp mereka ahli MCA atau Gerakan semuanya ahli DAP walhal ada parti Cina yang lain mewakili mereka. Bagaimana dengan kita orang Melayu?Kita ada PAS dan PKR tapi kita tak sebulu. Anda yakin ke bahawa MCA dan Gerakan sepenuh hati menyokong kerajaan ataupun bersandiwara dangan DAP untuk menakluk Malaysia?Kalau anda nak tau, MCA dan Gerakan lah wakil DAP dalam kerajaan dan kabinet untuk menyalurkan segala maklumat pada mereka dan anda jangan lupa kaum Cina dan India adalah pendatang yang mereka juga memerlukan sebuah negara baru untuk anak cucu mereka.

Kepada anda yang kurang makan garam tentang hal-hal politik negara tak salah sekiranya mendengar sedikit pandangan dari orang lain walaupun dia berbangsa Mamak atau lain-lain bangsa.

IBU TIJA said...

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

Anonymous said...

Kalau orang Melayu terus sokong UMNO inshallah ramalan Tun x jadi kenyataan. Kata2 Tun dah x relevan kerana dia pun dah spin 180 darjah. Yg betul dia kata salah dan yg salah dia kata betul. Orang biasa pun fikir banyak kali bab nak memfitnah ni, tapi kini dah jadi caranya.

Anonymous said...

Jangan lupa untuk mengingatkan anak-anak muda kita supaya mereka berdaftar sebagai pemilih sekarang bagi membolehkan mereka menjadi penggundi pada PRU 14 akan datang. Sebagai contoh di tempat kerja saya ada lebih kurang 50 orang anak-anak muda Melayu dan bila di tanya sudah mendaftar sebagai pemilih atau belum? Mereka hanya tersengih macam kerang busuk!

Jawapan yang kita semua tak payah untuk menjadi pakar bagi mengetahui jawapan yang sebenar. Bila ditanya kenapa tak mendaftar mereka samada berkata tak ada masa atau pun tak tahu macamana dan dimana nak mendaftarkan diri. Di sini kita cuba usulkan supaya mana-mana badan NGO Islam utk memainkan peranan utk berbuat sesuatu supaya mereka ini celik dan bijak sedikit utk menggunakan hak mereka. Kita dapat tahu pihak DAP sudah mulakan pendaftaran secara aggresif utk mendaftar anak-anak Cina sebagai pemilih semenjak 3 tahun dahulu lagi. Ingatlah wahai bangsa Melayu ku menyesal kemudian tidak lah berguna lagi.

Anonymous said...

Yg buat kacau daun org tua ni juga, masa Pak Lah dulu dia pun kempen nak jatuhkn Pak Lah.

Blog Archive