Thursday, September 17, 2015

Siapa Kata Ada Kerenggangan Dalam Umno Sabah?

1. Rafizi Ramli- Setiausaha Agung PKR cuba menggambarkan bahawa terdapatnya kerenggangan dalam Umno Sabah, hanya kerana berlakunya tiga pemimpin daripada Umno Kota Belud mempunyai kedudukan di Peringkat Pusat.

2. Rafizi merujuk kepada kedudukan Speaker Dewan Rakyat- Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Datuk Salleh Tun Said- Menteri Komunikasi dan Multimedia serta Dato Rahman Dahlan-Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

3. Keputusan melantik tiga pemimpin tersebut merupakan keputusan kepimpinan Pusat atas sokongan kepimpinan negeri, kerana dilihat bahawa mereka itu dapat memperkukuh kepimpinan Pusat dan juga dapat membantu pembangunan negeri.

4. Dalam satu pasukan, kadangkala berlaku pertukaran pemain, sebabnya, satu perlawanan yang perlu dimenangi memerlukan pemain yang saling bersefahaman semasa dalam perlawanan.

5. Mengenepikan Datuk Shafie Apdal semasa rombakan kabinet pada 27 julai lalu, merupakan keputusan kapten pasukan, iaitu Perdana Menteri, dan keputusan itu merupakan keputusan kolektif semua jajaran kepimpinan. DS Najib memang mempunyai kuasa menentukan barisan kabinet beliau, namun beliau juga melihat pendapat para pemimpin lain, dan keputusan dibuat berasaskan kepada keputusan majoriti, kerana keputusan itu merupakan tindakan yang betul, demi kelangsungan pasukan untuk menuju kemenangan dan kejayaan.

6. Tidak timbul, bahawa pemimpin Pantai Timur Sabah diketepikan dalam barisan kepimpinan, atas sebab, MP Tawau, MP beluran serta MP Kinabatangan masih mempunyai kedudukan di Peringkat pusat, manakala di Peringkat negeri, Ketua Menteri Datuk Musa Aman sendiri mengwakili Pantai Timur, selain itu salah seorang ADUN Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan merupakan Menteri Penuh kabinet negeri, Datuk Syed Abas Ali - Speaker Dewan Undangan Negeri, dan tiga ADUN menjawat Pembantu Menteri di peringkat negeri.

7. Jika dilihat daripada sususan kepimpinan, khususnya dalam Umno Sabah, memang berlaku keseimbangan, dan tidak seharusnya menjadi faktor kepada pembangkang untuk melagak-lagakan para pemimpin Umno.

8. Kempimpinan Umno tidak perlu mendapat nasihat daripada pembangkang seperti Rafizi, kerana MP Pandan itu sendiri seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan betul. Rafizi gagal melihat sendiri, bahawa dalam partinya berlaku parti keluarga sendirian berhad.

1 comment:

Anonymous said...

Saya kata Tuan. Saya bukan ahli UMNO, tetapi telah membantu dan mengundi semua calun UMNO dari awal 90 an sehingga PRU13 diSabah. Saya percaya sepenuh hati - tanpa maksud tersirat - terhadap perjuangan UMNO. Saya ada lah rakyat biasa yang tidak ada apa apa kedudukan, sebab itu lah saya mampu melihat dan merasa sendiri pahit getir dan keluh kesah rakyat dikampung kampung. Apa yang sampai kepada pemimpin atasan hanya lah sesuatu yang kebanyakannya direkacipta supaya kelihatan bagus dan tiada cacat celanya. Definasi renggang pada saya bukan hanya diantara pemimpin diperingkat atasan, tapi juga bila rakyat merenggangkan dirinya dari perjuangan UMNO selama ini. Rakyat semakin gelisah dengan kos sara hidup yang sangat tinggi diSabah, isu GST, isu PATI, isu kebajikan rakyat, isu pasar malam/tani yang didominasi oleh warga asing, isu pembangunan yang tidak seimbang, isu skandal pemimpin yang tidak ada noktahnya, isu derma 2.6 bil, isu kredibiliti dan integeriti pemimpin, banyak sangat sejak akhir akhir ini. Tuan rasa dengan pemecatan Datuk Shafie dan beberapa pemimpin yang lain dari kabinet diterima oleh rakyat sabah dengan gembira dan bertepuk tangan? Kenapa mesti 3 menteri pusat dilantik dari Kota Belud - sedangkan daerah atau negeri lain juga menyumbang sama pada kemenangan UMNO? Perbetulkan lah keadaan ini sementara ada masa dan orang orang seperti saya dan penyokong BN yang lain berubah fikiran. Takut renggang ini menjadi retak dan terbelah sebelum PRU14.

Blog Archive