Latest News

Serangan Media Antarabangsa Terhadap DS Najib

1. Tidak termasuk Sarawak Reports, media antarabangsa yang dimulai The Wall Street Journal pada 2 Julai, yang mana secara langsung mengaitkan Perdana Menteri DS Najib Razak terhadap skandal 1MDB. Sebelum itu pada Februari, The New York Times menulis berkaitan anak tiri Perdana Menteri Reza Aziz dan Jho Low yang membeli berbagai hartanah mewah di Amerika Syarikat, namun belum menulis secara langsung membabitkan Perdana Menteri.

2. Selepas WSJ menulis, empat media antarabangsa secara konsisten membuat laporan berkaitan DS Najib, yang memuatkan skandal 1MDB serta wang USD681milion yang dimasukkan ke akaun beliau menjelang PRU-13 lalu.

3.Kecuali Al Jazeera, WSJ, NYT, The Economist dan Channel News Asia (CNA) semuanya membuat laporan berkala berkaitan kemelut 1MDB. 1MDB adalah syarikat milik Kementerian Kewangan Malaysia yang ditubuhkan pada Februari 2009 dengan modal permulaan RM1juta, namun selepas 6 tahun beroprasi mampu mengumpul hutang sebanyak RM42bilion, aiitu 42ribu kali ganda modal asal.

4. Tony Pua daripada DAP dan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir merupakan individu yang sangat konsisten menyerang syarikat milik MOF tersebut yang mana penasihat lembaga pengarahnya ada Perdana Menteri sendiri. 

5. Tony Pua dan Tun Dr Mahathir dibantu oleh media tempatan seperti The Age bersama media miliknya The Malaysian Insider, Malaysiakini, Free Malaysia Today serta beberapa yang lain.Semua media itu komplemen atau saling isi mengisi dengan 6 media yang diterbitkan di luar negara termasuk Sarawak reports.

6. Media antarabangsa mahupun tempatan, mendapat maklumat daripada pihak-pihak yang diberi amanah menyiasat 1MDB, selain para pegawai kerajaan yang tidak amanah yang terdorong oleh agenda pembangkang serta para individu yang mahu menjatuhkan DS Najib Razak.

7. Menjatuhkan DS Najib merupakan agenda politik mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, kerana beberapa sebab tertentu, termasuk projek-projek mega yang beliau rancang semasa Perdana Menteri namun dimansuhkan oleh pengganti beliau.

8. Kini, mantan Perdana Menteri tanpa sedar, mengaku, kononnya, beliaulah yang berkerja keras melantik DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri, beliau terlupa, mekanisma perlantikan Perdana Menteri bersandarkan kepada kedudukan DS Najib sebagai Presiden Umno.

9. Kalau melihat kepada sejarah perlantikan, pemimpin yang dilantik oleh mantan Perdana Menteri itu adalah Datuk Seri Abdullah Badawi (kini Tun) kerana Pak Lah yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, kemudian menjadi Presiden Umno, untuk membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri. 

10. Semasa Ds Najib Razak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, kerana kedudukan terkanan dalam parti, Tun Dr Mahathir dalam Umno masa itu, tidak relevan lagi, kerana di Bahagian Kubang Pasupun yang beliau terajui lebih 20 tahun, wakil 7pun beliau tidak menang.

11. Dalam kedudukan demikian (kedudukan Tun Mahathir) beliau tidak boleh lagi mengaku sebagai individu yang mendorong DS Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri, kerana melihat kepada kedudukan beliau dalam parti, apatah lagi, semasa DS Najib dilantik ke jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, Tun bukan merupakan ahli Umno. Bagaimana kah Tun mengaku, bahawa beliau berkerja keras untuk melantik Najib sebagai Perdana Menteri, sedangkan beliau bukan ahli parti? 

12. Sudah menjadi kebiasaan dalam negara, sesiapa yang menjadi Presiden Umno, beliaulah yang bakal dilantik sebagai Perdana Menteri, kerana Umno merupakan tunjang kepada gabungan 13 parti dalam Barisan Nasional. Pada PRU-13 lalu, daripada 133 kerusi Dewan Rakyat, Umno menyumbang 88 kerusi.

13. Setiap Perdana Menteri mempunyai gayanya sendiri, mempunyai keutamaan untuk membangun negara. DS Najib Razak melihat, bahawa lebih 50 tahun, pembangunan tertumpu di Semenanjung, manakala untuk Sabah dan Sarawak diabaikan oleh 5 Perdana Menteri sebelum beliau. Keutamaan kepada dua negeri yang merupakan komponen pembentukan Persekutuan Malaysia, walaupun tidak dizahirkan oleh mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir, namun pendekatan itu tidak disenangi beliau.

14. Selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, tidak tergerakpun, untuk mengistiharkan 16 September sebagai cuti umum, sedangkan tarikh tersebut merupakan tarikh keramat bagi negara. Tindakan DS Najib Razak mengistiharkan 16 September sebagai Hari Malaysia dan cuti umum, sebenarnya mencabar kewibawaan Tun Dr Mahathir, sebagai "negarawan'. 

15. Oleh kerana berbagai tindakan yang dilakukan DS Najib mencabar kewibawaan, Tun, maka mantan Perdana Menteri itu, membuat keputusan, untuk manjatuhkan PM ke-6 tersebut. Atas sebab itu, walaupun isu yang dibawah antara lain 1MDB, walaupun telah dijawab dengan fakta sebenar, beliau tidak terima, malah terdorong untuk terus mengulang-ulang pertanyaan yang sama, termasuk bantuan media asing. 

16. Selama lebih 22 tahun, Tun merupakan pemimpin Malaysia yang kerap membidas media asing, dengan dakwaan, bahawa media asing membuat laporan hanya berbentuk fitnah dan tidak menggambarkan keadaan sebenar, namun kini, mantan Perdana Menteri itu, berubah, malah menganggap laporan media asing dijadikan sebagai katalis membantu beliau mendesak DS Najib letak jawatan.

17. Oleh kerana laporan media asing yang bertali arus, maka para pemimpin pembangkang termasuk yang mengeritik, mengsyorkan, agar DS Najib menyaman semua media itu, bagi tujuan memberishkan nama beliau. 

18. DS Najib, untuk sementara waktu jangan perangkap dengan syor ini, kerana media asing tersebut, memang membuat laporan demikian mengikut skrip yang telah dirancang. Sebaliknya, PM itu perlu menumpukan kepada penyelesaian Kemelut 1MDB setidak-tidaknya menjelang Disember ini, Selepas kemelut 1MDB selesai, maka barulah ditempoh, tindakan menyaman.

9 Responses to "Serangan Media Antarabangsa Terhadap DS Najib"

Anonymous said...

Jahatnya Mahathir !!!

Lagi jahat si Tony Pua tu

Memang pemgkhianat negara

Anonymous said...

Kenapalah Mahathirdengki sgt dgn Najib dan 1MDB

Kalau 1MDB berjalan ikut perancangan, memang Malaysia akan lebih kaya dan rakyat jadi makmur

Tapi apakan daya, semua perancangan terbantutdan akibatnya masalah timbul

Masalah 1MDB adalah disebabkan persepsi buruk yg di buat buat...

Nak kata sekadar hutang 42 billion tak ada hal kalau 1MDN berdaya maju dan lagipun jumlah asset lebih dari jumlah hutang...Apa masalahnya???

Kalau nak tahu berapa jumlah hutang AS berbanding jumlah pendapatan negaranya setahun???

Lebih 100 %. Maknanya jumlah hutang negara lebih dari 100 % dari Hasil keluaran negara kasar. Malaysia hutang hanya 55 % - 60 % aje....masih baik dan 97% hutang adalah dari sumber dalam negeri.Bukan hutang dgn negara luar.

Anonymous said...

Mahathir selalu cakap, Najib kena turun, baru ekonomi Malaysia akan naik semula dan ringgit akan naik semula....

Betul ke???? Dia faham ekonomi tak??? ada 120 negara mengalami penurunan matawang berbanding US sekarang ni

Malaysia agak ketara sebab bergantung pada minyak dan komoditi yg sekarang kedua duanya harga turun, dan jugak rakan dagangan Malaysia yg terbesar iaitu China, yg ekonomi nya pun jatuh dan matawang China yg diturunka nilai...sebab tu Malaysia terkesan dgn byk. Ditambah buruk lagi dengan kadar faedah di Amerika yg akan dinaikkan...semua ni meneyebabkan nilai ringgit jatuh berbanding US..

semua ni diluar kawalan kita...

memang faktor 1MDB juga menyumbang, tapi ianya lebih kepada persepsi...

Persepsi buruk yg diberitakan yg bertujuan untuk merosakkan lebih teruk lagi eknomi Malaysia....tak ada satu pun dakwaan yg dibuat keatas 1 MDB yg telah dibuktikan...semuanya hanyalah berita yg tak sahih dan tak masuk akal. Blogger yg jadi agen yahudi di Malaysia pun menyumbang kepada persepsi buruk....


Kesimpulannya bukan Najib yg patut turun, Tun M yg patut berhenti bercakap sebab mulut longkang dialah mencemar nama baik 1MDB....masih ingat tak bila dia kata 42 billion hilang/lesap????? .....inilah statement yg paling celaka yg keluar dari mulut longkang dia...

Tun M perlu berhenti bercakap/menulis, insya Allah krisis ekonomi boleh reda sedikit.
Yg pasti ada 3 faktor luaran diluar kawalan kita....itu kita kena terus berdoa agar harga minyak & komoditi kembali stabil dan ekonomi china kembali rancak....

Saya yakin, dengan doa doa jemaah haji kita di tanah suci yg sentiasa mendoakan kesejhateraan dan keamanan negara Malaysia, akan dimakbulkan oleh Allah...Amin

Ya Allah kau selamatkan negara Malaysia dan berilah hidayah kepada pemimpinnya ....Amin

Anonymous said...

Kalau Najib dan 1MDB dipihak yg benar x perlu gusar kerana tahu apa yg dijaja media luar negara, pembangkang dan Tun adalah palsu yg diperolehi dari Justo. Namun ada baiknya setiap kali ada serangan dari pemfitnah2 itu, jawapan segera diberikan, walaupun telah dijawab berulang kali dan membosankan supaya mereka benar2 faham.

Anonymous said...

Najib menipu rakyat, cash, unit, just unit, derma.....sapa nak percaya lagi.
Something very wrong dgn orang yg percaya dgn penipu.

Abu Bakar said...

Rakyat mahu tahu apa yang dah jadi sebenarnya dengan 1MDB ini? Pelaburan sebanyak RM 15.4 billion dalam GIL Fund, Brazen Sky, dan Aabar Deposit, melabur dalam bidang apa, di mana pelaburan itu dibuat? Hingga kini tak dapat dijelaskan oleh 1MDB, mengapa?

Sebabnya Najib dan kuncu-kuncunya membohong dalam jawapan-jawapan mereka sebelum ini, yang diberi bukannya jawapan, tapi pembohongan untuk menipu rakyat.

Begitu juga dengan pembelian stesen janakuasa elektrik yang nak tamat tempoh lesen operasi dengan harga yang sangat tinggi, apakah ini mendapat persetujuan dari jemaah kabinet sebab melibatkan kos yang sangat besar atau Najib pandai-pandai sendiri buat keputusan? Bukan apa, sampai beli stesen janakuasa yang dah nak tamat tempoh lesen operasi, macam Genting Sanyen, harga pasaran RM 400 juta, tetapi 1MDB beli dengan kelulusan oleh Najib dengan harga RM 2.3 billion, apakah rasional Najib buat keputusan begini, apakah ini mendapat kelulusan dari lembaga pengarah, lembaga penasihat 1MDB serta jemaah kabinet?

Hingga kini tak berjawab kerana Najib dan kuncu-kuncu hanya membohongi rakyat Malaysia, mereka tak berikan jawapan, tetapi mereka hanya mereka cipta pembohongan untuk disogokkan kepada ahli UMNO yang mudah diperbodohkan, ahli UMNO yang cerdik menentang Najib.

Begitu juga dengan syarikat SRC International, apa dah jadi dengan syarikat itu? Rakyat mau tahu apa dah jadi dengan pinjaman RM 4 billion oleh SRC dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan Diperbadankan (KWAP). Apa dah jadi dengan pelaburan di lombong arang batu di Mongolia? Apa dah jadi dengan pelaburan RM 2 billion di AmInvestment, sebuah bank yang mana Najib pernah buka akaun yang ada RM 2.63 billion di dalamnya, malahan apa dah jadi dengan USD 60 juta di Tanore Financial?

Rakyat mau tau apa dah jadi dengan RM 4 billion itu, kerana ia dipinjam dan dijamin oleh kerajaan, malahan sekarang ni SRC International ni wujud lagi ke? Apahal dua orang pengarah SRC International iaitu Suboh Mat Yasin dan Nik Faisal larikan diri ke luar Negara? Pasal apa mereka lari, ada buat salah ke? Kementerian Kewangan tak teringin ke buat laporan polis jika mereka ada buat salah?

Semua ini melibatkan rakyat, wang rakyat berpuluh billion menjadi taruhan untuk hutang 1MDB, begitu juga wang rakyat berjumlah RM 4 billion lagi menjadi taruhan untuk hutang SRC International, sebabnya semuanya dijamin oleh kerajaan.

Kalau 1MDB nak telus sangat, sila buat forum dengan Tun Dr. Mahathir dan rakan-rakannya, Tun Dr. Mahathir boleh tanya dan 1MDB boleh jawab, adakan siaran langsung untuk membuktikan ketelusan 1MDB itu. Siarkan secara langsung di semua rangkaian televisyen, stesen radio pun buat liputan secara langsung, itu pun kalau nak membuktikan kebenaranlah, jangan jadi macam Nothing To Hide sudahlah, Tun Dr. Mahathir datang dengan kawan-kawannya nak tanya Najib terus program dibatalkan dengan alasan ancaman keselamatan hanya disebabkan Ali Tinju seorang diri menggelupur dan terkinja-kinja sambil menjerit-jerit macam orang tak siuman di luar pintu dewan program tersebut.

Itu pun kalau beranilah.

Salam perjuangan a ba ta, ikhlas daripada,

Abu Bakar

Anonymous said...

ramai lg org bodoh dok sokong najib

PAK JUNAIDI said...

SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

devidmark said...

I appreciate you and I would like to read your next post.
We will help you for finding any important News that you need for
every information.
Bangladesh online news
Live bangladesh
BD News
News

Blog Archive