Sunday, September 13, 2015

Saya Akan Terus Memimpin Negara: Najib

1. Dato Seri Najib Razak sekali lagi menegaskan, bahawa tiada sesiapa yang boleh memaksa beliau berundur apatah lagi meletakkan jawatan, selagi ahli Umno dan rakyat negara ini masih menyokong beliau.

2. Menulis melalui blog beliau Najibrazak.com pada Ahad, beliau menyifatkan bahawa usaha mendesak beliau meletakkan jawatan merupakan satu konspirasi pihak tertentu baik dalam negara mahupun luar negara.

3. DS Najib yang dilantik sebagai Perdana ke-6 pada 3 April 2009 mengambilalih daripada Datuk Seri Abdullah Badawi, selepas PM ke-5 itu didesak meletakkan jawatan, untuk mempertanggungjawabkan kegagalan Bn mempertahankan kuasa 2/3 di Dewan rakyat.

4. Walaupun berlaku pertukaran kepimpinan negara, namun Bn tidak juga berjaya mendapat semula kuasa 2/3 di dewan rakyat, pada PRU-13 lalu, apabila Bn hanya mendapat 133 kerusi parlimen daripada 222, berkurang 7 kerusi berbanding PRU-12. Penurunan itu, disebabkan oleh parti-parti komponen Bn yang kehilangan kerusi, manakala Umno menambah 9 kerusi daripada 79 ke 88.

5. Melihat kepada keputusan PRU-13, nampaknya Umno masih mendapat kepercayaan daripada para pengundi. Perkara itulah yang menjadi pendorong kepada DS Najib untuk meneruskan kepimpinan negara.

6. DS Najib sebenarnya bukan berhadapan dengan mana-mana pihak dalam desakan meletakkan jawatan, sebaliknya daripada ahli Umno yang telah bersara dalam kepimpinan baik kerajaan mahupun parti, yang diketuai oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

7. Berbagai pihak menangguk di air keruh, apabila kemelut 1MDB dan wang derma yang diterima Perdana Menteri yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau berjumlah RM2.6bilion.

8. Perdana Menteri dihadap kepada situasi untuk membuktikan dirinya tidak bersalah, atas sebab pihak-pihak tertentu telah menjadikan diri mereka sebagai hakim, pendakwa dan penyiasat selakigus, dan telah menjatuhkan hukuman bersalah kepada Perdana Menteri.

9. Oleh kerana pihak-pihak yang anti Najib tersebut telah membuat keputusan, bahawa Perdana Menteri bersalah, maka sebarang jawapan, penjelasan, penerangan, pengakuan, mengemukakan fakta sebenar, tidak lagi menjadi ukuran, sebaliknya, telah lantak paku, bahawa keputusan telah dibuat, DS Najib Razak bersalah.

10. Mengingat kepada keadaan itu, Najib semakin teguh dengan pendirian, demikian juga para pemimpin Umno berdiri teguh dengan pendirian, bahawa tiada kewajaran untuk Perdana Menteri meletakkan jawatan atau berundur, hanya kerana desakan mereka yang bersuara lantang, kerana suara lantang itu tidak semestinya mempunyai sokongan majoriti.

11. Pilihanraya Singapura yang berakhir pada Sabtu, membuktikan suara lantang itu, tidak mempunyai sokongan majoriti senyap, atas sebab, parti yang memerintah People Action Party (PAP) telah menambah undi popular kepada 70 peratus undi keseluruhan berbanding PRU negara itu tahun 2011, yang hanya mendapat undi popular 60 peratus.

12. Perdana Menteri melalui tulisan beliau, mengakui, bahawa serangan ditujukan kepada beliau, atas sebab beliau merupakan Ketua Parti dan Kerajaan. Hakekatnya menurut beliau, jika Ketua menjadi lemah dengan memalitkan dengan berbagai imej dan skandal yang direkeyasa, maka mereka mengharapkan agar beliau menjadi lemah, kelihatan lemah, dan mereka mengharapkan beliau kehilangan daya juang, maka dengan itu, mudahlah mereka merampas tampuk kerajaan.

13. Perdana Menteri menyadari seluruh taktik pengeritik dan mereka yang membangkang beliau, termasuk media antarabangsa, atas sebab itu, beliau akan menyusun strategi bagi mengimbangi dan menepis semua cubaan tersebut, melalui perkhidmatan yang telus dan bersungguh-sungguh kepada rakyat dan negara.

14. Rakyat akan terus dibela, rakyat akan terus diutamakan, rakyat akan terus didahulukan. Atas pertimbangan itu, pada Isnin, Perdana Menteri akan mengumumkan tindakan segera bagi berdepan dengan situasi ekonomi negara. Selain itu, pada Oktober, Bajet Tahun 2016, akan dibentangkan, di mana bajet itu mengandungi berbagai cara untuk memulihkan perekonomian negara.

10 comments:

Anonymous said...

'Saya Akan Terus Memimpin Negara:Najib'.. errr.. terlupa dia nak sebut nama rosmah..
'Saya Dan Rosmah Akan Terus Memimpin Negara'.. bak kata TS SM Salim..kan sedap bunyinya tu..

Anonymous said...

jawapan rakyat marhaen;

1.adakan undi dikalangan ahli umno bukan setakat ketua bahagian dimana najib dah sogok duit, adakan tinjauan pendapat di kalangan rakyat adakah najib perlu letak jawatan?

2.adakah satu konspirasi pabila rakyat mahukan najib letak jawatan? najib dilantik berdasarkan imej yang baik, tetapi hari ini perbuatan nya telah terbukti salahguna kuasa dan menyeleweng.

3. Najib,ianya bukan disebabkan Pru13, rakyat melihat imej beliau telah tercalar , amat buruk dan seterusnya umno turut diheret sekali

Anonymous said...

4.parti komponen mca, mic, gerakan lah menjadi musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan kepada umno! apa tindakbalas najib kepada mereka? beri pelbagai bantuan berjuta juta, dan diantara sahabat baiknya bernama jho lo

Anonymous said...

5.jika najib percaya umno masih kuat , masih mendapat kepercayaan ahli umno, adakan pilihanraya mengejut atau snap election seperti di singapura.

6.tun mahathir hanya sayangkan parti umno, rakyat marhaen yang hari ini ditindas dan di zalimi. tun mahathir adalah suara rakyat...dan yang penting tun mahathir pilih umno dan bukan najib, sayang
umno kerana najib bakal meranapkan, menguborkan umno!

Anonymous said...

7.kemelut 1mdb adalah ciptaan najib sendiri dengan bantuan jho lo, jika najib punyai maruah dia takkan tergamak untuk mengambil duit rakyat untuk tujuan kegunaan politik dan peribadinya. jika ianya duit derma tetap salah kerana derma itu sepatutnya pergi ke akaun umno dan bukan akaun peribadi!

8.kenapa TSMY dilucut jawatan? kenapa AG di bersara awal? kenapa pegawai penyiasat diugut? ditukar jabatan? dalam isu ini siapajadi hakim? polis, penyiasat dan pendakwa sekaligus?

Anonymous said...

9.jika persepsi pro najib tak bersalah, maka anti najib adalah sebaliknya. bolehkah najib ambil jalan tengah? untuk memuaskan hati semua pihak? yang penting umno diselamatkan, bangsa melayu dan bumiputra terpelihara?

jalan tengah itu adalah najib letak jawatan!!!!

Anonymous said...

10. samada najib tidak mendengar denyut nadirakyat, mendengar nasihat kepalsuan pengampu2nya atau najib buta mata , hatinya dia pekakkan telinganya....

hakikatnya najib tidak disukai rakyat

Anonymous said...

11. jika najib percaya beliau mendapat kepercayaan rakyat...apakata lakukan seperti singapura lakukan...adakan pilihanraya awal?

Anonymous said...

12. terlalu banyak kepimpinan najib rakyat persoalkan antaranya menjadikan kaum cina sebagai amat penting....wang rakyat dibelanjakan untuk menjaga hati kaum cina...tetapi yang paling tidak boleh diterima rakyat marhaen adalah penyelewengan dan salahgunakuasa oleh najib menyebabkan rakyat ditindas dan dizalimi manakala golongan pengampu hidup senang lenang!

Anonymous said...

13. najib tidak perlu menyusun taktik kerana rakyat sudah tidak mempercayai beliau lagi dah.

14. tidak perlulah najib menadu dombakan tentang budget, strategi dan berbagai lagi kerana rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap beliau

Blog Archive