Thursday, September 10, 2015

Pemimpin Umno Bertaut?

1. Semalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Umno berjalan seperti biasa, selepas dua kali tertangguh, ekoran tindakan drastik Perdana Menteri memecat Timbalan Presiden dan seorang Naib Presiden serta seorang AMT daripada kabinet beliau.

2. Tukang kipas berminggu-minggu, membuat berbagai spekulasi termasuk memburukkan hubungan antara Presiden dan Timbalan, malah ada Bahagian-Bahagian Umno menangguk di air keruh, dengan menamakan Timbalan Perdana Menteri yang baru, perlu menduduki kerusi Timbalan Presiden sepertimana kebiasaan, walaupun keadaan itu hanya akan berlaku pada pemilihan parti. Pemilihan parti telah ditangguhkan, dan bakal diadakan selepas PRU-14.

3. Para tukang kipas, sempat juga membuat cadangan agar Presiden parti memecat Timbalan Presiden kerana ada yang mengandaikan, bahawa dalam satu bukit, tidak mungkin ada dua harimau. Terciptanya dua harimau tersebut, berikutan Timbalan Presiden bukan lagi sebahagian daripada Kerajaan, sehingga diertikan, bahawa Timbalan Presiden parti, tidak termasuk dalam mempertahankan kerajaan. Dengan andaian itu, maka secara langsung tidak lagi mengiktiraf bahawa Umno merupakan tulang belakang kerajaan.

4. Namun, AMT berfikiran lain, AMT masih menganggap, bahawa Parti merupakan tulang belakang kerajaan. Atas sebab itu, pada mesyuarat semalam, tidak berlaku tindakan-tindakan drastik, malah telah berlakunya pertautan antara pemimpin. Malah, Datuk Tajudin Abdul Rahman, salah seorang AMT dan merupakan Ketua Bahagian Pasir Salak, Perak, salah seorang pemimpin yang cuba membuat kecoh dengan mencadangkan agar Tan Sri Muhiyiddin Yassin diganti, membuat kenyataan, bahawa mesyuarat AMT semalam, merupakan mesyuarat yang akan dikenang selamanya, kerana betapa cerdiknya para pemimpin Umno dalam mempertahankan parti dan seterusnya mempertahankan agar parti itu terus menjadi tunjang kerajaan.

5. Antara pemimpin yang membuat komen selepas mesyuarat adalah Dato Sahidan Kassim, dengan mengatakan, tiada "lebam" berlaku. 

6. Untuk sementara, tukang kipas telah gagal mencipta kemelut dalam parti, namun, mereka tidak akan berhenti, kerana mereka tahu, hanya melemahkan parti sahaja, merupakan peluang mengalahkan parti itu dalam pilihanraya. Selain itu, mereka tahu, melalui krisis dalam parti sahaja, peluang bagi pemimpin yang mahu mendapat kedudukan bakal berlaku.

7. Perlu diingat, musuh parti bukan sahaja daripada luar, malah daripada dalam parti. Musuh daripada luar mudah untuk dihadapi kerana jelas kedudukannya, masalah utama adalah musuh daripada dalam, yang dikategorikan sebagai musuh dalam selimut atau duri dalam daging.

8. Umum mengetahui, bahawa isu yang menyelubungi parti sehingga menimbulkan kemelut adalah perbedaan pendekatan bagi mengatasi kemelut 1MDB dan wang derma RM2.6bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri yang juga Presiden Parti.

9. Perbedaan pendekatan berkaitan kemelut 1MDB, adalah punca pemecatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden daripada kabinet. 

10. Mesyuarat AMT semalam, tidak menggambarkan, bahawa terdapatnya jurang antara pemimpin tertinggi parti, malah telah membuat keputusan memberi peluang kepada Perdana Menteri untuk menyelesaikan kemelut 1MDB dalam tempoh 6 bulan. Tidak mula dinyatakan, jika kemelut 1MDB tidak dapat diselesaikan dalam tempoh itu, apa yang akan berlaku.

11. Setidak-tidaknya melalui mesyuarat AMT semalam, para pemimpin Umno telah bertaut. Harap-harap selepas ini, pihak-pihak tertentu mengekang diri daripada memberi kenyataan yang boleh memperburukkan keadaan, sehingga kenyataan-kenyataan itu digunakan sebagai senjata oleh pihak musuh.

3 comments:

jgn jadi bodoh!!! said...

Terima kasih..tau takut nak pecat!!Timbalan,naib presiden dan MB menongkah arus dari jibby clan!! klu presiden tu kuat CNFIRM dah kasi buang!! mcm mana nak keje berpasukan sbg alasan pecat dr kabinet..TSMY,TSHA,MM xkan tarik kata2 mereka semasa mesyuart bahagian..JIBBY BACUL!!Aljuburi dulu bkn main lagi pnyokongnya tunggu di luar..tapi TUN masuk ikut depan tak ikut pintu belakang mcm jibby!! hahaha..akui je la sokongan akar umbi Umno pada jibby tak kuat mana pun!!bila2 boleh kasi langgar..mari kita terus bergerak dari dalam..

#PahlawanaBugisBacul
#selamatkanUmno

jgn jadi bodoh!!! said...

Terima kasih..tau takut nak pecat!!Timbalan,naib presiden dan MB menongkah arus dari jibby clan!! klu presiden tu kuat CNFIRM dah kasi buang!! mcm mana nak keje berpasukan sbg alasan pecat dr kabinet..TSMY,TSHA,MM xkan tarik kata2 mereka semasa mesyuart bahagian..JIBBY BACUL!!Aljuburi dulu bkn main lagi pnyokongnya tunggu di luar..tapi TUN masuk ikut depan tak ikut pintu belakang mcm jibby!! hahaha..akui je la sokongan akar umbi Umno pada jibby tak kuat mana pun!!bila2 boleh kasi langgar..mari kita terus bergerak dari dalam..

#PahlawanaBugisBacul
#selamatkanUmno

Anonymous said...

Inilah sekor makluk perosak yg di istilahkan sebagai anai anai .Anai2 memang makan dalam.sikap manusia seperti inilah yg merosakan dan menjahanamkan umno.

Blog Archive