Latest News

Mengapa Perlu Terikut-Ikut Cara Pembangkang?

1. Mengapa perlu ikut cara pembangkang menari? bukan kah kerajaan yang ada, adalah kerajaan pilihan rakyat? pada PRU-13 lalu, atas sebab itu dapat menubuhkan kerajaan Persekutuan, di beberapa buah negari kecuali Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

2. Kumpulan Baju Merah, adalah reaksi kepada kumpulan baju kuning. Kumpulan baju kuning, merupakan kumpulan pemantau pilihanraya pada awalnya, namun sebenarnya kumpulan itu adalah kumpulan pembangkang.

3. Mengapa pihak-pihak Pro-kerajaan tidak terfikir, bahawa mengikut rentak pembangkang, membawa erti, bahawa satu pengiktirafan kepada tindakan mereka.

4. Cuba tanya diri sendiri, apa yang mahu ditunjukkan melalui show of force di jalanan? berapa ramaikah yang boleh berkumpul?, sedangkan penentu siapa yang memerintah di negara ini adalah rakyat dalam kumpulan senyap.

5. Boleh kah kumpulan yang mengelar diri mereka hebat itu, kerana mampu terpekik terlolong di jalanan, mempengaruhi kumpulan majoriti senyap? 

6. Apa kah melalui cara turun ke jalan, katakanlah mampu mengumpul 1juta, seperti dakwaan penganjur, apa kah cara itu mampu menggamit atau penarik persepsi, bahawa Umno atau Bn perlu disokong, kerana mampu mengumpul ramai peserta bagi maksud unjuk rasa di jalanan? 

7. Perlu dingat, bagi memenangi pilihanraya, sekurang-kurangnya perlu undi tidak kurang 5 juta bagi UBN, dan undi itu perlu disumbangkan oleh pengundi luar bandar dan spara bandar.

8. Jarang berlaku di dunia, bahawa pihak pro kerajaan juga turun ke jalan, hanya kerana mengimbangi atau menjawab pihak lain yang turun ke jalan. Jika ianya berlaku, maka kerajaan dengan jelas telah membuat garis sempadan, bahawa kerajaan yang memerintah, bukan kerajaan yang mewakili rakyat secara keseluruhan, melainkan hanya untuk rakyat yang pro kerajaan. Jika demikianlah duduk perkaranya, maka ada kewajaran, mereka yang tidak menyokong kerajaan dibenarkan terus turun ke jalan untuk protes, dan pada masa yang sama, pro kerajaan juga terus menerus turun ke jalan kerana menyokong. Dengan adanya keadaan seperti itu, maka setiap pihak perlu menjadikan acara turun ke jalan sebagai wadah menunjukkan kekuatan, kerana kekuatan itu hanya digambarkan melalui cara itu, bukannya melalui peti undi, sepertimana lajim berlaku dalam sistem demokrasi.

9. Jika pihak yang menyokong kerajaan, terfikir, bahawa tiada cara lain mengimbangi mereka yang pro pembangkang, melainkan dengan cara turun ke jalan, maka, kita perlu kembali kepada zaman silam, dan perlu kembali kepada hukum rimba, adu kekuatan menggunakan tenaga, bukan akal fikiran, untuk mendapatkan kuasa.

15 Responses to "Mengapa Perlu Terikut-Ikut Cara Pembangkang?"

Anonymous said...

Bukan begitu tuan, bukan ikut cara pembangkang menari. Tujuan perhimpunan baju merah 16 sept adalah implimentasi bahawa golongan melayu yg tidak gemar maruah mereka dipijak, diinjak dan dibuli masih wujud dan hidup. Ini sebagai amaran kpd kumpulan yg rasa mereka sudah serba serbi dominan dan boleh berbuat apa sahaja. Tak ada langsung dlm kamus baju merah 16 sept ingin mengiktiraf perhimpunan bersih. Akal ada, knp sikit2 takut dgn ckp2 org aktiviti ini meniru, aktiviti itu meniru? Jgn lemah fikiran krn takut dgn ckp org...

Anonymous said...

....agaknya mengapalah Korea Utara dan Iran tunjuk kemampuan tenteranya, saya rasalah kalau dua negara tu tak tunjuk dunia tak tahu mereka ada kekuatan.

Anonymous said...

saya bersetuju dengan dua Anonymous di atas, Melayu selama ini cukup bersabar, membiarkan bangsa diperkotak katil, dihina, dimaki, difitnah dan agama Islam dihina secukup cukup nya. Selama ini juga Melayu sering di takut takutkan oleh bangsa Cina dan sebahagian bangsa Melayu itu sendiri seolah olah Malaysia ini bukan milik bangsa Melayu.
Mungkin penulis takut, sebagai bangsa Melayu yang penakut bukan lah satu jalan yang boleh menyedarkan bangsa Cina , tetapi dengan cara menunjukkan kesetiaan kepada pemimpin dan negara adalah salah satu method yang boleh digunakan untuk mengajar bangsa pendatang ini agar tahu bahawa masih wujud bangsa peribumi yang majoriti di negara ini.
Diharapkan penulis tidak lah perlu lagi memberi pelbagai asalkan, kerana rasanya penulis juga telah berpandangan jauh terhadap nasib bangsa Melayu sekaraang.

Anonymous said...


Aku sgt2 setuju dgn anon 11:32, tujuan read rally untuk mengajar kau cina
jgn sekali menghina pemimpin melayu, bermain judi kalau dari skrg kita tak bertindak
ajar mereka, nanti anak cucu kita mereka pijak.

SYAABAS ANON 11:32

Anonymous said...

Ya, ini termasuk lah kes namawee, alvin dan yang lain-lain yg menghina Nabi Muhammad
S.A.W di alam siber. Apakah penulis buta hati untuk menilai ini semua.

AYOH SEMUA BANGKIt ONCE FOR ALL supaya bangsa-bangsa lain tak berani sentuh
agama dan bangsa kita pada masa hadapan.

Anonymous said...

Jgn lah ckp pasal melayu lg. Rakyt nk buat apa? Bershit boleh buat apa? Melainkan undi sahaja. Tiada makna kecuali nama yg terlibat dibersihkan dgn bukti2 yg KUKUH. semakin jauh persepsi semakin semakin banyaklah diperlukan BUKTI. terlalu silent...... makan diri.

Anonymous said...

Setuju dengan himpunan baju merah kerana ia menggambarkan keseimbangan masyarakat. Yg penting himpunan yg berdesiplin dan x sama dengan himpunan bersih/pembangkang yg menggambarkan barbarians.

Rahim Satria said...

Sekadar bertanya.Adakah dengan berhimpun ini maruah melayu akan meningkat?

Maaf yer...bukan menyebelahi.Tetapi dari cerminan hati sendiri.Apa yang berlaku adalah dari tangan pemimpin orang Melayu sendiri.
Renungkan.
Bangsa lain jugak ada otak mencari jalan untuk mereka bertindak balas.
Jangan jadikan hal yang rumit menjadi lebih parah.
Namun terpulang.....

Anonymous said...

alahai komen kat atas ni semua....tak sedar2 lagi ke? najib sebagai pemimpin melayu dan negara ni mengambil kaum cina sebagai rakan karibnya...ini fakta;

1.menolong kaum cina dengan pelbagai bantuan kewangan seperti sekolah cina dan lain2 lagi.
2.menganugerahkan dan mengurniakan projek2 PRIMA kepada kontraktor2 cina
3.kawan baiknya bernama jho lo

ini semua adalah fakta! takyah lah nak cakap berdegar degar chai oiii, jika najib sendiri membangsatkan kaumnya! cash is king!!!! dah beri duit apalagi chai semua? nyalaklah kah kah kah kah....

Anonymous said...

Kenapa harus kita menyokong dan menyertai perhimpunan kerajaan Najib ini?

Kenapa harus kita bersekongkol dengan najib yang penuh dengan salahgunakuasa dan menyeleweng?

Kenapa harus kita bersubahat dengan najib yang tidak bersih, tidak cekap dan tidak amanah?

Bukankah beliau telah menindas, menzalimi rakyat?

Kenapa kita mahu jadikan najib sebagai pemimpin apabila beliau secara jelas telah memungkiri dan bersumpah membela nasib rakyat?

Tidak terfikirkah umno, pemimpin boleh diganti?

Tidak terfikirkah umno, apakah akibatnya apabila kita bersyubha dengan rasuah dan segala kemudahan penangkutan, makanan, duit poket; yang disediakan menghadiri perhimpunan ini adalah hasil dari riba?

Bagaimana pula dengan pak menteri, pengampu, punahsihat dan chai2 yang dibayar, diupah najib boleh hidup bermewah mewah?

Sanggupkah kita rakyat marhaen berterusan ditindas dan dizalimi oleh Najib?

Tepok dada tanya selera, berfikirlah untuk anak cucu kita di masa hadapan adakah kita mahu jadikan satu budaya menerima pemimpin yang telah tercalar dengan ketirisan, penyelewengan dan salahguna kuasa?

Dengan nama mu ya Allah SWT hambamu mendirikan peringatanmu!

Anonymous said...

Yang aku nampak yg menindas, membohong dan menipu rakyat ialah pembangkang dan sewaktu dengannya. Tenguk aje di Pulau Pinang dan Selangor. Kemana arah dan hala tuju orang Melayu? Semua telah dirosakkan oleh pakatan rakyat. Nak harapkan Tun? Dia cuma nak bela kroni2nya sahaja. Cuba imbas kembali zaman Tun siapa yg kaya raya. Ada orang Melayu kaya? Sekarang pula dia sanggup memfitnah dan menjaja2 fitnah terhadap Najib siapa yg untung?

Anonymous said...

Aku pulak nk tanya, bila melayu dpt tunjukkan penyatuan dan perpaduan, tidakkah itu dpt menaikkan maruah melayu? Bangsa yg pecah belah, tidak bersatu adalah bangsa yg tidak bermaruah. So, salahkah kalau melayu cuba tunjuk penyatuan agar bangsa yg dtg kemudian ini faham bahawa melayu akhirnya bangkit mengangkat maruah? Jawablah!!!;

Anonymous said...

Wahai anon 16:13. Himpunan ini xde kena mengena dgn najiblah. Kalau najib nk mengendeng, itu dia punya pasal. Tak kebulur sokongan najib. Ini himpunan melayu bagi memberi kesedaran kpd kaum pendatang yg jd warganegara secara bersyarat bahawa melayu jangan lagi diinjak, dipijak dan dianggap bodoh dan lemah. Kalau najib nak bungkus ke, apa ke itu masalah dia. Kami tak pergi utk kukuhkan najib sbb najiblah yg bagi muka kt cinabeng, tapi utk memberi amaran kpd cinabeng, jangan main2 dgn melayu. Sebelum jd isu besar spt di indonesia 2008, lebih baik cinabeng diberi amaran awal. Faham ke ko ni?

PAK JUNAIDI said...

SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

musa omar said...

Mungkin dari segi hukum politik hujah-hujah di atas adalah betul! Sebaliknya bila pembicaran kita berfokus kepada soal moral, soal maruah, soal keadilan, soal hak dan kebebasan maka serbenar kita gagal. Mungkin kita berkata soal apa lagi..kerana UMNO telah melakukannya, dan ternyata menjadi kerajaan yang sah dan memberikan kemajuan dan kemakmuran kepada rakyat. Mungkin kita melihat dan berpendapat bahawa sesebuah kerajaan itu sememangnya mendapat sokongan mejoriti rakyat lalu dapat membentuk kerjaan...benarkah begitu? Perkara ini hanya boleh dijawab kejernihan dan kejujuran hati kita. Malang! selamanya kita membohongi diri kita, bila kita tidak dapat membezakan antara KATA-KATA HATI dan KATA-KATA AKAL. Mata kita, telinga kita tidak mampu lagi mentafsir realiti semasa.

Sekali lagi saya akui. bahawa hujah-hujah di atas adalah benar jika fokus pembicaraan kita berdasarkan pencapaian politik....namun saya menafikan hakikat sebenarnya tidak.

Blog Archive