Latest News

Konsiparsi Menjatuhkan Najib

1.Rupanya konspirasi menjatuhkan DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri, dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam agensi yang kerajaan sendiri. Caranya maklumat yang boleh memburukkan imej dan boleh dipergunakan menjatuhkan Perdana Menteri ke-6 itu disalurkan oleh agensi-agensi berkenaan, samada kepada pihak pembangkang ataupun media termasuk media asing.

2. Pendedahan akaun peribadi Perdana Menteri, hanya boleh dilakukan samada oleh pihak bank itu sendiri atau Bank Negara. Apabila timbul siasatan, maka pihak yang terlibat adalah SPRM, Polis dan Jabatan Peguam negara, kemudian diikuti oleh PAC dan Audit Negara.

3. Dalam soal pendedahan akaun peribadi Perdana Menteri, hanya dua pihak yang terlibat, Bank di mana akaun itu dibuka dan Bank Negara. Pihak yang mendedahkan akaun tersebut, hanya ding dong antara dua pihak itu. Namun, jika salah satu pihak yang mendedahkan, mengapa perlu masa lebih dua tahun untuk mendedahkannya? 

4. Sesuai dengan kenyataan mantan Peguam Negara, bahawa pasukan khas yang dianggotai oleh SPRM, Polis, Bank Negara serta Peguam Negara telah lebih dua tahun ditubuhkan. Tujuan penubuhan pasukan itu adalah untuk mengenalpasti perbuatan salah laku khususnya yang melibatkan penjawat awam berprofile tinggi.

5. Akaun peribadi Perdana Menteri menjadi perhatian umum apabila The Wall Street Journal membuat laporan berkaitan akaun peribadi Perdana Menteri yang menerima wang USD681juta (RM2.6bilion) pada 2 Julai. Menurut laporan tersebut, wang itu mungkin berasal daripada 1MDB. WSJ kononnya memetik daripada sumber yang sedang menyiasat 1MDB. Secara rasmi, 1MDB mula disiasat oleh Ketua Audit Negara bermula daripada Mac, atas arahan Perdana Menteri.

6.Oleh kerana pendedahan WSJ tersebut, maka rakyat menjadi maklum berkaitan wang tersebut, yang kemudiannya diakui bahawa wang itu merupakan derma seorang dermawan daripada Timur Tengah yang enggan disebut nama.

9.Kepastian bahawa memang berlaku konspirasi menjatuhkan Najib berlaku, apabila sekali lagi WSJ membuat laporan berkaitan draf laporan Ketua Audit Negara pada 8 September yang hanya diketahui isi kandungannya oleh Kementerian Kewangan dan PAC. Kandungan draf itu tidak boleh disiarkan oleh mana-mana pihak, kerana ianya belum dikemukakan kepada Parlimen.

10. Melalui laporan WSJ tersebut, benarlah memang terdapat pihak-pihak tertentu berkonspirasi menjatuhkan DS Najib dengan mendedahkan dokumen-dokumen yang sepatutnya tidak boleh didedahkan, malangnya lagi maklumat-maklumat daripada dokumen tersebut ditokok tambah dan diberi pengertian seolah-olah ada salah laku berlaku.

11. Sebagai contoh pelaburan 1MDB yang berkerjasama dengan PetroSaudi yang berjumlah USD1.83bilion, kononnya telah lesap, namun sebaliknya pelaburan itu bukan sahaja tidak lesap, malah mendapat keuntungan USD500milion. Pihak yang berkonspirasi menjatuhkan DS Najib, mendakwa kononnya sebesar USD1.83bilion telah disalurkan ke akaun Jho Low di Swiss.

12. Kini, pembongkaran bahawa terdapatnya konspirasi menjatuhkan DS Najib apabila warga Swiss Andre Xavier Justo yang dipenjarakan di Thailand telah menyebut beberapa nama daripada Malaysia yang menawarkan jutaan ringgit berkaitan dengan maklumat JV antara 1MDB dan PetroSaudi. Tujuan mendapatkan dokumen tersebut adalah untuk digunakan bagi mendesak DS Najib meletakkan jawatan.

13. Sebelum pembongkaran bahawa adanya konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Sarawak Reports, The Age Media, Tun Dr Mahathir, Tony Pua dan pemimpin pembangkang bertali arus membuat dakwaan, bahawa sebahagian wang 1MDB telah lesap. Namun, selepas terdedah adanya konspirasi menjatuhkan DS Najib, kini pihak-pihak tersebut, walaupun belum secara total berhenti, akan tetapi 90 peratus daripada serangan mereka telah dihentikan.

14. Benarlah kata DS Najib Razak, kebenaran akhirnya akan muncul. Namun, apapun berkaitan kebenaran itu, kerosakan terhadap imej Perdana Menteri telah berjaya mereka lakukan.

10 Responses to "Konsiparsi Menjatuhkan Najib"

Anonymous said...

asik2 konspirasi..dah jd mcm al-lieewati plak..
mana peginya 3 orang yg dikehendaki MACC tu..?
ni taknak ulas ke..?

Anonymous said...

Pihak yg membuat konspirasi yg mengubah fakta mengenai 1MDB serta membuat pelbagai fitnah dan dakwaan yg x benar hendaklah dihadapkan ke mahkamah. Budaya jahat ini x sepatutnya dibiarkan. Najib dan individu2 yg terjejas teruk atas fitnah ini hendaklah saman kaw2 mereka yg terlibat itu.

jgn jadi bodoh!!! said...

Wsj cakap 1mdb berhutang , najib pun cakap 1mdb berhutang ..
Wsj cakap duit masuk akaun pribadi najib , najib cakap ya duit derma politik ..

# mana salahnya wsj ? Hahaha

jgn jadi bodoh!!! said...

Wsj cakap 1mdb berhutang , najib pun cakap 1mdb berhutang ..
Wsj cakap duit masuk akaun pribadi najib , najib cakap ya duit derma politik ..

# mana salahnya wsj ? Hahaha

Anonymous said...

1334.. sembang kencang..maner samannyer..cer citer tang maner fakta diubah??..POYOO!!!

Anonymous said...

1.Tun sendiri cakap beliau mahu najib letak jawatan, adakah ianya kanspirasi?

2.apa hebatnya najib, sehingga beliau tak perlu letak jawatan? Adakah suruh letak jawatan juga konspirasi?

3.adakah jika media seperti wsj mendedahkan salahguna kuasa dan penyelewengan najib adalah satu konspirasi?

4.jika ianya konspirasi kenapa najib tidak dakwa wsj dan SR ini dinegara mereka sahaja, jika susah sangat nak dakwa di malaysia?

5.jika ianya satu konspirasi kenapa keluarkan TSMY dari kabinet, ghani patail besara awal dan pegawai penyiasat task force diugut dan dipindahkan?

6.jika ianya konspirasi kenapa ditubuhkan task force ini?

7.jika ianya kanspirasi dimana hilangnya 3 saksi utama 1mdb?

8.jika ianya konspirasi kenapa task force dibubarkan dan pac disejukbekukan?

9.jika ianya konspirasi, kenapa perlu mengalihkan topik utama siasatan utama iaitu 1mdb kepada topik lain seperti justo?

10.jika ianya konspirasi adakah justo yg di masuk penjara diumpama punyai sebilah pisau dengan dua mata yg tajam...tidak terfikirkah chai semua justo juga punyai maklumat tentang pemain utama 1mdb ini?

11.jika ianya konspirasi kenapa tiba2 keluar kenyataan pak arab derma usd 700 juta untuk umno, tidak masuk akal raja arab saudi hanya derma usd 100juta untuk tabung kemanusiaan dan bukan tabung politik.

12.jika ianya konspirasi dedahkan pada umum siapa pak arab ni, apa latar belakang perniagaannya?

13.jika ianya konspirasi kenapa malaysia dibantai 10-0 oleh negara pak arab tu, dollah saleh lebih bermaruah dari najib!

14.jika ianya konspirasi, kenapa negara ini terlalu kerap dilanda maka petaka? Terlalu kerap dibawah pentadbiran najib?

15. Adakah satu konspirasi juga jika rakyat mendesak najib letak jawatan samada beliau bersalah atau tidak?

Anonymous said...

Penat tunggu DSN nak saman WSJ. SPRM cari 3 orang tu pun tak jumpa jumpa. Kalau tiada salah, kenapa bersembunyi? Sekarang rakyat mempersoal kredibiliti, integeriti dan keboleh percayaan terhadap PM. Kalau orang tak dedahkan - benda itu akan tersorok tak siapa pun tahu sampai hari kiamat. Agak agak PM Najib bercadang tak akan istiharkan pada 3 juta orang ahli UMNO (rakyat yang tak berkenaan tak payah lah) bahawa dia telah menerima sumbangan 2.8 billion dari orang Arab tu?. Tak sabar tunggu PM keluar melawat keUK atau US atau negara Eropah dan lihat reaksi pemimpin mereka disana.

IBU TIJA said...

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

Anonymous said...

Kalau orang yg rajin membaca tentu tahu tang mana fitnah tu. Antaranya dakwaan Tun dan sekutunya:

i) Duit rm42 bilion lesap - sebenarnya dah dibelikan aset rm51 bilion, untungnya pun dah ada.

ii) Siapa arah Sirul bunuh Altantuya - sebenarnya dah dibicarakan 9 tahun di mahkamah dan dah sabit kesalahan. Menurut perbicaraan, Sirul ikut arahan Azilah.

iii) Duit 1MDB rm2.6 bilion masuk akaun peribadi Najib - sebenarnya itu bukan duit 1MDB sebaliknya ialah duit derma dari Timur Tengah. Dah digunakan untuk parti dan kebajikan orang miskin.

iv) Khairudin muflis sebab Najib - sebenarnya muflis sebab x bayar hutang bank.

v) Najib balun duit rakyat - sebenarnya x de pun. Duit 1MDB 1 sen pun x masuk akaun Najib.



Kesimpulannya Che Det dan sekutu2nya memang memfitnah, dengan bukti jelas kenyataan Justo.

Adakah patut percaya kepada pemfitnah? Oh tidak......

Anonymous said...

Ada 2 jenis konsirasi yg di buat oleh Tun dan sekutu2nya :

i) Konspirasi mnjatuhkan pemimpin yg dipilih oleh rakyat secara demokrasi (bukan pemimpin yg dipilih oleh seseorang individu).

ii) Konspirasi merekayasa fitnah dan persepsi negatif dengan mengubah fakta sebagaimana kenyataan Justo.

Blog Archive