Wednesday, September 30, 2015

Kata Tun M- DS Najib Beli Sokongan


1. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, mengulang lagi, bahawa sokongan pemimpin Umno atau MP BN terhadap Perdana Menteri DS Najib Razak, kerana PM ke-6 itu memberi wang atau membeli mereka.

2. Posting terbaru mantan PM itu semalam, selain mengulangi dakwaan tersebut, juga menjawab kenyataan Speaker dewan rakyat- Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkenaan undi tidak percaya terhadap DS Najib di dewan rakyat.

3. Tun M mengulas kenyataan Pandikar, bahawa undi tidak percaya terhadap PM tidak pernah berlaku di dewan rakyat sejak merdeka. Bagi menjawab itu, mantan PM mengulangi sebab musabab beliau mengulangi desakan agar Najib meletakkan jawatan, kerana PM sebelum ini, tidak pernah menerima wang RM2.6bilion melalui akaun peribadi, tidak pernah ada PM didakwa terlibat dengan pembunuhan, tidak pernah seorang PM terlibat menubuhkan sebuah syarikat yang berhutang RM42bilion, tidak pernah seorang PM sebagai penasihat sebuah syarikat melakukan usahasama dengan sebuah syarikat yang tidak jelas yang membabitkan bilion ringgit.

4. Tun M mengulangi bahawa adalah demokratik mendesak DS Najib Razak meletakkan jawatan melalui undi tidak percaya, kerana jika tidak maka Speaker melanggar peruntukan dalam Perlembagaan, di mana tertulis, seseorang PM perlu meletakkan jawatan jika tidak mempunyai sokongan majoriti anggota dewan rakyat.

5. Dalam tulisan terbaru Tun M, beliau mendakwa, jika undi tidak percaya kepada DS Najib tidak mendapat sokongan MP Bn, hanya kerana mereka telah dibeli. Kenyataan seumpama ini, benar-benar satu tindakan penghinaan terhadap 133 anggota parlimen Bn. (BN kini mempunyai 134 MP, selepas memenangi Parlimen Teluk Intan Perak).

4. Mereka yang mendesak diadakan undi tidak percaya adalah pembangkang. Kalau dikira, undi mereka tidak pun mencukupi mendapatkan undi majoriti 112 bagi menjatuhkan DS Najib, kerana pembangkang hanya mempunyai 87 anggota tidak termasuk seorang anggota bebas.Untuk mendapatkan undi 112, maka pembangkang memerlukan sekurang-kurangnya 25 MP Bn. 

5. Jika MP Bn, menyeberang semata-mata mahu mendesak DS Najib meletakkan jawatan, itu bermakna, menjatuhkan kerajaan Bn. sesuatu diluar pemikiran para MP Bn untuk menjatuhkan kerajaan sendiri.

6. Dakwaan Tun M yang dikongsi dengan pembangkang serta media antarabangsa, hanya merupakan dakwaan belum terbukti di mana-mana mahkamah. Kecuali wang RM2.6bilion yang diterima sebagai sumbangan yang diakui sendiri oleh Perdana Menteri, namun wang itu bukan wang rakyat atau wang mana-mana syarikat milik negara atau syarikat milik swasta negara, melainkan wang tersebut daripada pihak penderma budiman.

7. Sungguh malang, jika seorang Perdana Menteri boleh dijatuhkan hanya kerana dakwaan yang belum terbukti, dakwaan bersandarkan persepsi dan rekayasa. Para MP Bn menyedari, bahawa sokongan perlu berpijak dibumi yang nyata, bukan kepada sesuatu yang bersifat khyalan.

8. Oleh kerana para MP Bn terus menyokong DS Najib, maka Tun M cuba melakukan palitan, kononnya, sokongan mereka itu, kerana mereka mendapat wang daripada Perdana Menteri.

9. DS Najib merupakan Perdana Menteri dan Presiden Umno. Kedudukan beliau sebagai Presiden Umno membolehkan beliau membantu ahli-ahli parti atau para pemimpin parti. Kalau Presiden tidak membantu ahli atau pemimpin parti, siapa lagi yang boleh membantu??

9 comments:

Anonymous said...

Tun Mamak Gila masih belum zip mulutnya..
tamak dan gila kuasa.. 22 tahun

Anonymous said...

Tun M terkejut..
x pernah dalam sejarah politik beliau
akan ada seseorang yang melawan dia...
dan dia akan melawan Tun M habis habisan..

Keberanian melawan Tun M itu pun menunjukkan
Masa depan Malaysia bukan Tun M yang tentukan..

Anonymous said...

kenapa yek Tun masin nak meraikan fitnah Najib terlibat dengan pembunuhan Al-Tantuya? Dulu dia dok ngata Tunku Abd Rahman nyanyuk.... la ni dah berbalik ke muka sendiri. sindrom orang terkejut lah ni...betul kata anon 09:04. Terkejut dan malu alang... Sayanglah Tun.... kenapalah penamatnya jadi begini...

Otak geliga said...

Turunkan DS Ah Jib Gor = Jatuhkan kerajaan???......wow!

Turunkan Pak Lah = Kerajaan masih BN.......ehhhhh, pelik!!....tak jatuh pula kerajaan BN masa tu....ehhh pelik!!

Tun M LEPAS JAWATAN = Kerajaan masih BN.....ehhh peliknye!!!

PM lepas2 lepas jawatan/meninggal = Kerajaan masih BN......ehhhh peliknye!!!

Anyway aku TAK SOKONG Tun M berkenaan sumpah mubahalah DS Najib berkenaan Altantuya. Kalau DS Najib boleh sumpah mubahalah berkenaan RM 2 bilion dlm akaun dan isu 1MDB, aku akan menyokong DS Najib semula...."BERANI KERANA BENAR"

Anonymous said...

Sbb dulu dua dua pun sendiri yg lepaskan jawatan. Bukan lepas jawatan dgn vote of no confidence.

Anonymous said...

Anon 11:49... tk paham yer.... kali ni bukan isu PM letak Jawatan atau suka rela lepaskan jawatan.... tapi isu jatuhkan PM dari jawatan...melalui undi tak percaya... komposisi pembangkang kalau dicampur bebas pun blum boleh ada majoriti.... so bila nak majoriti kenalah kena ada pembelot dari ahli parlimen BN...kalau dah belot..namanya bebas atau pembangkanglah.... maknanya gomen BN dah hilang majoriti.... bila dah hilang majoriti...bukan pemerintahlah namanya lagi....simple bahhhhhh..... mungkin kau bleh kata yg ahli parlimen BN tu tak semestinya keluar BN... mereka cuma tak sokong PM...mana punya zaman batu pikir macam tu plak.... kalau dah engkau tak sokong...yang ahli parlimen BN ygsokong PM tu nak nengok muka hang terkebil-kebil ajer ker?

Anonymous said...

aku makin muskhil dengan bekas pm ni. dalam blog bukan main melalak membuat dakwaan itu ini begitu ini. asyik2 beliau ni mendakwa. apakah beliau faham perkataan DAKWA itu sendiri? dakwa tentunya berbeza 100% dengan pertanyaan. orang tak tahu boleh bertanya. orang menDAKWA kena sertakan dengan bahan bukti. pendakwaraya masuk mahkamah bawa fail kosong akan kena halau oleh hakim! berkaitan dakwaan ketua2 bahagian umno kena beli, sertakanlah fakta dan bukti. jangan begitu mudah menuduh, mendakwa tetapi 'zero' daripada bukti. jangan suka mengusutkan situasi hanya kerana tidak sukakan seseorang manusia lain. najib tidak maksum, pastinya ada melakukan kesalahan. bagaimanapun untuk meletakkan kesalahan itu sebagai benar dilakukan, tunjukkan bukti. selepas itu barulah kebijaksanaan si penuduh itu juga terserlah. jangan gunakan imej lama yang bijak untuk memaksa orang lain masih memandang diri kita bijak. faktor umur dan kepadatan memori juga akan menjejaskan seseorang untuk berfikir dengan rasional. muda dan hebat lagikah tun mahathir? yang hebat dan tidak luntur bagi tun mahthir, sejak dari pm pertama sehingga kini tun mahathir akan sentiasa cari gaduh. cuma dengan pm ke 4 sahaja beliau tidak cari gaduh sebab ketika itu pmnya ialah beliau....

Anonymous said...

Tengok betapa makin BANGSAT HARAM JADAH si madey-PEMBENCI-Bangsa BUMIPUTERA Islam/Melayu kita ni (ya, TOPENG SIALNya dah TERDEDAH akhirnya – sampai boleh MENYOKONG si PENGGANAS BerSHIT BANGKAI BABI–ejen SOROS-NED/CIA-MOSSAD! Lihat di - http://www.msn.com/en-my/news/national/dr-m-accuses-najib-of-encouraging-malay-violence-post-supernumbermerah169/ , Dr M accuses Najib of encouraging Malay violence post-#Merah169! Dahlah haritu, si Madey-amat-BANGSAT ni GERTAK YAB PM tercinta kita di "Najib risks arrest if he travels abroad, says Dr Mahathir"!

Bilalah si BANGSAT-PENYAMAQ-madey ni nak BERAMBOS bersama puaka-puaka PENDATANG KAPIRDAJAL TERORIS-TERORIS PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNO-RASIS- EJEN/KULI- CIA-NATO/ZIONIS-MOSSAD/FREEMASON-PEROMPAK/PENJENAYAH/PERASUAH- no 1 dia?! Dah kena GILA BABI kot! Legasi lu dah MAMPOS masuk JAMBAN selamanya Madey oi!

Nek Tempoyak.

Anonymous said...

Dan lu si NYANYUK-GILA-KUASA MADEY-PENJILAT SOROS (dulu BERPURA benci)/BerSHIT, legasi lu memang dah MAMPOS dgn. HINA SELAMAnya-mcm-ANJING KURAP-KULI-puak BANGKAI BABI RASIS! Dasar si PENYAMUN/PEROMPAK/PEMBUNUH (ingat tak kes Memali) masa dia DIKTATOR dulu dgn. TOKEY-TOKEY PENJILAT dia; tak SEDAQ diri - HARAM JADAH! Yg. lu pi HINA BANGSA Bumiputera Islam/Melayu terutamanya dari kpg-kpg, yg. menyertai Himpunan Rakyat/Melayu Bersatu, apahal si DAJAL-nak MAMPOS?!

SPRM buka balik kes Pulau TIOMAN cthnya di mana disyaki tanah kampung BUMIPUTERA Islam/Melayu diPAKSA jual dgn. amat MURAH kat si Pendatang KAPIRDAJAL termasuk dari SingaPORK dan si PENJILAT PENGKHIANAT Kedah ni! Siasat juga satu lagi hotel mewah VincentPENJILAT ni kat Langkawi - JANGAN pula keadaan pengambilan tanah org. kampung yg. sama spt. di Tioman! Kat siapa RAKYAT boleh MENGADU no, kalau si SPRM ni tak buat KERJA dia dgn. betul – takkan SPRM ni KEBAL undg-undg. pula (yg. ganjilnya bukan main BERAPI nak SIASAT IMDB dan YAB PM kami saja – tapi isu DEIG tu mahupun DERMA utk. PKRHOMO/DAPBANGKAI BABI dr. CIA-Mossad/Soros-NED/PAP, awat SPRM ni senyap aja?)!

Sudah tiba masanya, para KETURUNAN penduduk kpg. Islam/Melayu kita termasuk dlm. peristiwa KEJAM dlm. PEMBUNUHAN Memali di Kedah, srta PERAMPASAN tanah kpg. di TIOMAN (dan mungkin Langkawi) ini berhak dpt. KEADILAN dan PAMPASAN yg. sewajarnya!

SPRM, sebelum lu nak suruh YAB PM dan Kerajaan kita kerja 'berintegriti' konon [tapi si SPRM ni tak dak pula masalah BEKERJASAMA dgn. si Transparency InternationalBANGKAI BABI yg. diTAJA si PENGGANAS/PENYAMUN/PEROMPAK/PERASUAH- CIA/YAHUDI ZIONIS-no.2, Soros (no.1 adalah TUANnya, YAHUDI ZIONIS-Empayar Rothschild, yg. MENUBUHkan ISraelHARAM JADAH dgn. amat GANAS], baik lu SPRM sendiri BERINTEGRITI paling dahulu- buka balik kes ini - lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini psl. si DALANG DUA MUKA PENGKHIANAT-no-1 di http://thekl-chronicle.blogspot.com/2015/08/warkah-buat-tun-mahathir-benarkah.html (walau telah dinafikan VincentPENJILAT tu, kenapa YAB PM kita boleh pula diSIASAT dgn. begitu KEJAM hanya berdasarkan FITNAH-FITNAH palsu berkaitan IMDB):

Warkah Buat Tun Mahathir: Benarkah Vincent Tan Derma RM 400 juta Kepada @dapmalaysia?

Amin Yatim, Wednesday, August 5, 2015

Nek Tempoyak.

Blog Archive