Thursday, September 03, 2015

Hipokritnya Bersih

1. Rakyat perlu tahu, bagaimana hipokritnya Bersih. Konon himpunan itu mahu adanya ketelusan dalam pilihanraya dan pentadbiran negara, namun apabila berkaitan dengan kumpulan itu, misalnya akaun kumpulan itu, mereka tidak sanggup mendedahkannya. Bayangkan akaun kumpulan itu yang mendapat sumbangan RM2.4 juta untuk menganjurkan Bersih 4.0 pun tidak mampu didedahkan, apa pula jadahnya meminta pihak lain bertindak telus pada satu dakwaan yang tidak berasas.

2. Dakwaan terhadap pilihanraya negara, kononnya tidak telus? namun hingga setakat ini mereka tidak dapat merinci atau mengemukakan fakta, seksyen mana, atau bentuk apa pilihanraya negara ini tidak telus. 

3. Di negara ini, terlalu bebasnya rakyat, termasuk mengunungnya fitnah, dakwaan palsu oleh pihak-pihak pembangkang semasa pilihanraya ataupun sepanjang masa, 24 jam, tidak mendapat perhatian daripada Berish, malah himpunan mereka direkayasa, gambar-gambar direkaysa supaya nampak padat, sehingga manusia kenampakan seperti sardin.

4. Keengganan Bersih mendedahkan akaun kumpulan itu, mengesahkan, bahawa Bersih merupakan satu entiti mencari wang untuk kepentingan diri sendiri para individu yang menjadi penganjur, terutama Maria Chin Abdullah.

5. Bersih merupakan entiti perniangaan untuk mencari wang, atas sebab itu, mereka tidak segan silu menganjurkan himpunan daripada Bersih 1.0.

6. Dengan mengambil iktibar daripada pungutan dana melalui Bersih 4.0, maka penganjur merasa terasuk, sehingga satu himpunan lagi bakal diadakan pada Hari Malaysia 16 September.

7. Wang merupakan matalamat utama penganjur, atas sebab itu, apa sahaja sekatan atau hambatan, mereka akan terus melakukan himpunan, kerana mereka mahu memanfaatkan sifat manusia. Sifat manusia yang tidak bertamadun, selagi dicegah atau dilarang, maka semakin melawan tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi.

No comments:

Blog Archive