Latest News

Ekonomi Malaysia Di Landasan Yang Kukuh

Bercanggah dengan anggapan berbagai pihak berhubungan dengan perekonomian Malaysia, atas sebab terdapatnya sekurang-kurangnya lima petunjuk, bahawa ekonomi negara dalam landasan yang kukuh, berbanding keadaan krisis tahun 1998.

Pertama- Pertumbuhan 6 peratus ekonomi negara, sementara tahun 2015 dijangka 5 peratus, berbanding krisis ekonomi Tahun 1998 di mana pertumbuhan ekonomi negatif 7 peratus.

Kedua- Defisit fiskal negara yang positif 3.2 peratus tahun ini berbanding tahun 2009 negatif 6.7 peratus.

Ketiga- Kejayaan Transformasi negara yang berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada 49.3 peratus tahun 1970 kepada Cuma 0.6 peratus pada Tahun 2014. Selain itu, keluaran dalam negara kasar (KDNK) naik 47.7 peratus dari Tahun 2009-2014, manakala 1.8 juta peluang kerja diwujudkan sejak pelancaran program transformasi ekonomi pada Tahun 2010.

Keempat,- Malaysia masih diiktirf pada kaca mata dunia kerana berupaya menguruskan ekonomi di sebalik berdepan banyak cabaran. Ini dibuktikan oleh penarafan and laporan agensi kewangan antarabangsa seperti Fitch, Moody, Standard &Poor selain gambaran sebenar keadaan ekonomi and pengurusan ekonomi semasa.

dan Petunjuk kelima, ialah Malaysia berada dalam kedudukan 12 daripada 60 negara dalam senarai world competitiveness Yearbook 2014.

7 Responses to "Ekonomi Malaysia Di Landasan Yang Kukuh"

Anonymous said...

bang,

atas kertas semuanya baik dan enak dibaca, tetapi adakah kamu turun padang dengar rintihan dan masalah rakyat?

kad laporan memang baik, tetapi apa gunanya jika ianya tidak diterjemahkan keatas kehidupan rakyat seharian?

adakah kad laporan ingin menunjukkan yang kaya semakin kaya dan yang miskin bertambah miskin?

Anonymous said...

Anon 946, kalau nak cerita kaya dan miskin sampai kiamat pun x habis. Segala2 ada di tangan manusia tu sendiri, sama ada nak berusaha atau goyang kaki. Setahu saya, kerajaan ada menyediakan banyak peluang2 dan bantuan untuk perniagaan, penternakan dan pertanian. Pergilah ke jabatan2 atau agensi berkenaan untuk mendapatkan bantuan yg diperlukan.

Anonymous said...

10.30,

Kita bukan bercakap tak ada kerja, kita bercakap tentang kos kehidupan untuk hidup semuanya dah meningkat naik.

Anonymous said...

13:12

...bagi contoh kos kehidupan naik...sendiri tak pandai nak urus, nak salahkan orang lain. Kalau kos hidup naik, macam mana ramai orang obese...patutnya ramai yg kurus kering nampak tulang....

Anonymous said...

15.11,

Satu contoh ialah GST, tak pandai urus ialah pemimpin bernama Najib dan obese pula kita boleh rujuk pada bini Najib, Rosmah, bagaimana nak tunjuk teladan yang baik jika pemimpin itu sendiri amat buruk dan tidak baik?

Crown Bridge said...

Itu hanya lah diatas kertas, berapa ramai penganggor terhormat yang masih tak ada pekerjaan, salah seorang dari keluarga saya, telah menggangur hampir 5 tahun, belajar sampai menara gading, dimana yang dikatakan ekonomi baik.Harga barang melambung tinggi, nilai mata wang susut nilainya, kalau dulu tahun 2005 sewaktu saya menunaikan haji nilai wang kita tinggi dibandingkan dengan Saudi riyal, tapi hari ini..RM kita menjunam.. dengan mata wang thai pun kita ketinggalan .kes jenayah banyak..mat rempit setiap malam..ketagihan dadah bersepah-sepah dan berbagai-bagai lagi. Kecuriaan..merompak..setiap hari..Tak tahu lah ..dimana yang dikatakan ekonomi kita baik..

PAK JUNAIDI said...

SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

Blog Archive