Monday, September 14, 2015

Disebalik Rancangan Menjatuhkan DS Najib

1. Isu timbul tenggalam yang masih menyelubungi DS Najib Razak adalah berkaitan pembunuhan model sambilan Mongolia- Altantuya Shaaribu pada Tahun 2006 di Pucak Alam, Shah Alam Selangor.

2. Al-Jazeera melalui segmen 101 menimbulkan semula isu itu, apabila menerbitkan cerita buatan (fiction) yang dilakukan secara senyap oleh wartawan jaringan media itu di Malaysia. Cerita buatan itu, mengandungi rakaman percakapan buatan yang dilakukan oleh individu yang langsung tiada kaitan dengan penyiasatan pembunuhan tersebut.

3. Tujuan pembuatan cerita buatan itu, semata-mata untuk menambah berat dakwaan kepada DS Najib Razak di mata masyarakat antarabangsa, atas sebab Al Jazeera merupakan media antarabangsa.

4. Bagi mereka yang kurang tahu atau baru mengetahui berkaitan pembunuhan Altantuya, setidak-tidaknya akan berprasangka buruk terhadap Perdana Menteri.

5. Segmen 101 Al Jazeera, menggambarkan, adanya "cover up" pembunuhan tersebut, dan membuat komentar bahawa dua anggota polis yang dijatuhi hukuman mati kerana didapati bersalah oleh Mahkamah Malaysia, merupakan individu yang dijadikan kambing hitam, kerana menurut komentari segemen itu, pembunuh atau yang mengarah membunuh sebenarnya sedang bebas. Berasaskan kepada komentar segmen itu, sebenarnya DS Najib merupakan "dalang" dibelakang pembunuhan itu.

6. Segmen 101 Al Jazeera, bukan sahaja mahu menimbulkan polimek baru, akan tetapi secara terang-terangan menghina dan memperendahkan mahkamah Malaysia, memperlekeh kemampuan polis menyiasat dan juga pihak peguam negara, kerana membuat keputusan yang salah, atas sebab menghukum orang yang tidak bersalah kepada bersalah.

7. Apa yang tidak disiarkan oleh segmen 101 Al Jazeera itu, bahawa perbicaraan pembunuhan Altanuya mengambil masa yang sangat panjang, baik di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan mahpun Mahkamah Persekutuan. Juga, faktor yang gagal dikemukan oleh segmen 101, adalah faktor keterangan dan kesaksian dua anggota polis yang dituduh membunuh.

8. DS Najib sendiri pada Ahad di Pekan, Pahang, bahawa segmen 101 Al Jazeera itu memang berniat memalitkan beliau dengan pembunuhan warga Mongolia tersebut.

4 comments:

Anonymous said...

Allah Maha Mengetahui... semoga kita dilindungi dari kemurkaanNya.

Anonymous said...

kalaual jazeera nak korek lagi dalam tu diaorg punya ha? tak perlu takut kalau tak salah...korek camana pun tak buat...kenapa perlu hidup dalam ketakutan?

tetapi apa yang rakyat ingin tahu siap beri arahan bunuh altantuya, tak kan sirul bunuh? kerana wang ringgit? nyawa di tamatkan dengan sewenang wenangnya?

siapa beri arahan?

Anonymous said...

9 tahun perbicaraan telah memutuskan Sirul dan Azhar bersalah. Itulah hasilnya. Semasa diberi peluang membela diri di mahkamah mereka tidak menafikan atau berkata lebih dari apa yg telah dicatatkan di mahkamah. Yg ampunya diri x kata apapun yg orang lain sibuk kenapa? Sepatutnya tiada keraguan lagi kecuali sengaja mahu menghina mahkamah dan cuba memalitkan dengan seseorang yg lain. Mereka yg mempertikaikan hal ini mungkin berniat jahat.

jangan mimpi said...

al jazeera nak buat dokumnetari pasal altantuya tu biarlh.benda tu senang je.kalau xbuat jgn takut.klau al jazeera slah atau kata lain fitnah,saman lh whai ah jib..apa susah.ni tak.asyik ckap komplot gulingkn kerajaan...bkn kerajaan yg d gulingkn tapi ah jib gor..

Blog Archive