Thursday, September 17, 2015

Cara Morais Dibunuh- Memang Menghapus Bukti

1. Cara DPP Kelvin Morais dibunuh, memang bermotifkan menghapuskan bukti. Pembunuhan itu, memang dirancang dengan rapi, sepertimana kenterangan awal polis, bahawa pada 4 September lalu, hari yang sama Morais hilang, keretanya Proton perdana berwarna kelabu bernombir WA6264Q yang dipandu beliau untuk ke tempat kerja di Putrajaya diekori sejak keluar daripada rumah, kemudian dilanggar di Jalan Telawi Bangsar, bagi menghentikan DPP itu kerana 'akibat' kemalangan.

2. Kehilangan Morais, memaksa polis menubuhkan pasukan khas, dan selepas 12 hari, siasatan tersebut berjaya, apabila suspek utama berjaya ditahan di Rawang, dan melalui petunukan suspek utama tersebut maka semalam dijumpainya mayat DPP tersebut yang disemen dalam drum minyak dan tenggelamkan melalui paya kecil di USJ1, Subang jaya.

3. Setakat ini, punca pembunuhan Morais dikaitkan dengan seorang doktor perubatan tentera yang berumur 52 tahun (suspek utama), kerana anggota ATM itu dituduh meminta rasuah sebanyak RM700 daripada pembekal obatan-obatan yang dibekalkan kepada hospital tentera di Wangsa Maju.

4, Anggota tentera itu didakwa di Mahkamah, dan Morais merupakan DPP utama.

5. Moris, 55 tahun, pernah dipinjamkan ke SPRM selama 10 tahun, sebelum kembali ke Jabatan Peguam negara pada tahun 2014.

6. Mantan Peguam negara Tan Sri Gani Patail, semasa hadir di HKL semalam, berkata Morais merupakan seorang pengamal undang-undang yang berdedikasi, dan kerap diberikan tugas pada kes yang sangat mencabar, kerana kegigihan beliau.

7. Kehilangan Morais merupakan kehilangan besar kepada Jabatan peguam negara, dan perundangan negara.

8. Berbagai pihak mengharapkan agar pihak yang terlibat dalam pembunuhan Morais cepat dihadapkan di mahkamah dan dihukum setimpal dengan perubatannya.

9. Kes pembuhuhan Morais disiasat melalui seksyen 320 kanun keseksaan kerana membunuh. Sabit kesalahan membawa hukuman mati mandatori.

6 comments:

Anonymous said...

Tuan tak rasa ke mudah sangat kes dendam ini sedangkan kes doktor tersebut telah lama dibicarakan. Mengapa hanya sekarang doktor tersebut bertindak. Lagipun fail pendakwaan doktor ini bukan hanya morais seorang yg uruskan. Bila morais mati, kes doktor tetap dibicarakan. Sy tidak nampak lojik plot pembunuhan ini.

Anonymous said...

DPP Morais bertugas diSPRM selama 10 tahun sebelum ditukar balik kejabatan lamanya - JPN bulan julai tahun 2014. Modus penghapusan bukti oleh penjenayah ini terlalu extrem. Mengapa hanya DPP Morais? Apa yang dia tahu? Kalau hanya kerana dendam kesumat, langgar lari lebih mudah!.

Anonymous said...

Anon 7:34
Suspek telah membawa Polis dapatkan mayat yg disimen dlm drum dan dhumban masuk tasik. Bermakna memang sah suspek utama tahu menahu tepat dimana mayat berada. CCTV pasti juga bantu mengesan perihal penculikan tersebut dan dari situ latar belakang org2 yang terlibat.

Kalau bukan Islam mungkin bagi minum sampai mabuk, semua rahsia mudah terbongkar.

Dasyat dan teramat kejam!

Anonymous said...

Morris bukan bukti..
Bukti mostly adalah dokumen...
Melainkan Morris tahu sesuatu yg lebih besar.... yg perlu dihapuskan..
Nyawa di Malaysia semakin hilang nilainya !!

Anonymous said...

Perkara ini adalah dalam bidang kuasa polis. Biarlah polis buat kerja. Kenapa mesti ada yg seolah2 mahu mengganggu dengan melontarkan persepsi2 negatif? Persepsi demikian x membantu tetapi sebaliknya mengeruhkan lagi keadaan. Pemikiran RBA ni ibarat racun.

IBU TUTI TKI SINGAPUR said...

SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259

Blog Archive