Latest News

Xavier Andre Justo Mengaku Salah

1. Peluang mengetahui pendedahan warga Swiss Xavier Andre Justo berkaitan 1MDB, akhirnya gagal apabila Justo mengaku salah atas pertuduhan mengugut bekas majikannya PetroSaudi Inc.

2. Warga Swiss yang ditangkap di Thailand pada 22 Jun lalu, menjadi bahan berita kerana dikatakan menjual beberapa dokumen yang ada kaitan dengan 1MDB dan Petro Saudi kepada pihak ketiga-iaitu Sarawak reports dan The Age Malaysia.

3.Dokumen antara 1MDB dan PetroSaudi menjadi dokumen yang dirujuk Sarawak Reports kemudiannya diwar-warkan oleh The Age Media Group antaranya The Malaysian Insder 

4. Harapan pembaca yang ingin mengetahui pendedahan Justo akhirnya terbantut kerana warga Swiss tersebut mengaku salah ke atas pertuduhan. Melalui pengakuan tersebut, maka tidak akan diketahui apa yang berlaku terutama dokumen-dokumen yang disiarkan SR dan The Age.

5. Joint Venture antara 1MDB dan PetroSaudi menjadi perhatian rakyat Malaysia, kerana walapun melibatkan dana 1MDB USD1.83bilion, namun JV itu dibatalkan. Yang dipersoalkan, wang tunai 1MDB yang disalurkan kepada PetroSaudi tidak dikembalikan, sebaliknya diubah kepada bentuk pinjaman kepada PetroSaudi Inc. Sesuatu JV yang dibatalkan, kemudian mengubah wang tunai kepada bentuk pinjaman kepada syarikat yang sepatutnya meneruskan JV, namun dibatal, mengundang berbagai dakwaan dan kecurigaan.

6. Sarawak Reports mengolah JV antara 1MDB dan PetroSaudi, dengan mendakwa bahawa USD700juta daripada USD1.83bilion telah dipindahkan ke satu syarikat di Swiss- Good Star Ltd yang dikatakan dikuasai oleh taikon Pulau Pinang Jho Low.

7. Oleh kerana Justo telah mengaku salah, maka pendedahan berkaitan laporan SR tersebut, tidak bakal diketahui kebenarannya atau sebaliknya.

8. Nampaknya, JV antara 1MDB dan PetroSaudi akan terpaksa diketahui kebenarannya melalui Laporan Ketua Audit Negara dan Bank Negara. Masalahnya, apa kah laporan tersebut bakal diterima rakyat?

2 Responses to "Xavier Andre Justo Mengaku Salah"

Anonymous said...

Dah terang lagi bersuluh, memanglah ngaku bersalah. Cuma mereka2 yg memfitnah dalam negara ni bila nak ngaku bersalah? Kalau x nak mengaku pun semua orang dah tahu fitnah mereka tu jahat, lagi pun Tuhan tahu segalanya. Didunia bolehlah lari, tukar alasan lainlah, di akhirat? Mana mau lari ha?

adib hakeemi said...

Anon 15 aug 11.23,

Betul tu,tu semua fitnah.Yang tak fitnah ialah duit ada dalam bank.eh tu bukan duit tu cuma unit je dan saya tak pakai untuk peribadi lagipun tu kan 'derma'.


Blog Archive