Tuesday, August 11, 2015

Tiba Masanya DS Najib Menghargai Pejuang Parti

1. DS Najib kena mengambil iktibar berkaitan dengan serangan bertali arus daripada mereka-mereka yang mendapat keuntungan daripada Umno, namun bukan berasas kepada perjuangan yang menitiskan keringat dan air mata. 

2. Apabila mereka-mereka itu sudah merasa kuat dan berkemampuan, maka telah melupakan parti, malah bertidak menghancurkannya.

3. DS Najib kena mendekati dan membela para pejuang parti khususnya di peringkat akar umbi terutama di 88 kawasan yang dimenangi pada PRU-13 lalu.

4. Demi berdepan dengan PRU-14, pembelaan terhadap 88 kawasan Umno serta 46 kawasan lain yang dimenangi diutamakan 3 kali ganda berbanding kawasan yang kalah.

5. Kawasan bukan wilayah Umno atau BN, belalah seperti rakyat lain. DS perlu bertindak pilih kasih, kerana jika tidak, pengundi yang memberi sokongan akan merajuk dan yang membimbangkan memilih pihak lawan.

1 comment:

Anonymous said...

zaman najib dah tebalik. bukan dia yang menghargai pengorbanan pejuang ahli parti sebaliknya ahli parti yang setengah mati terpaksa mempertahankan kelemahan dia demi perjuangan parti. kekuatan parti umno sekarang anya bergantung kepada ahlinya dan bukan kekuatan presidennya.
kemungkinan besar dengan ketiadaan najib sebagai presiden maka parti akan menjadi lebih kuat sebab presiden parti akan bebas dari belenggu punahsihat dan kaki ampu perdana menteri...

Blog Archive