Saturday, August 22, 2015

Siapa Yang Boleh Jatuhkan Kerajaan Yang Memerintah?

1. Umum mengetahui bahawa sebuah kerajaan yang memerintah boleh jatuh melalui pilihanraya umum, namun ramai yang tidak tahu bahawa kerajaan yang memerintah juga boleh rebah bukan melalui pilihan raya.

2. Di Negara ini ada dua pengalaman, kerajaan yang memerintah boleh jatuh. Pertama pengalaman Parti Bersatu Sabah Tahun 1994 dan kedua Pakatan Rakyat di Perak Tahun 2009.

3. Asas kepada kejatuhan tersebut, kerana kerajaan yang memerintah tidak mempunyai sokongan majoriti. PBS dibawah kepimpinan Tan Sri Pairin Kitingan kehilangan kuasa pada Tahun 1994 apabila dua ADUN PBS menyertai parti BN, sementera Pakatan Rakyat di Perak kehilangan kuasa apabila 3 ADUN mereka mengistiharkan ADUN Bebas namun mesra BN.

4. Di Sabah sejak tahun 1990, Kerajaan negeri diperintah parti pembangkang PBS, manakala di Perak, Pakatan Rakyat membentuk kerajaan selepas PRU-12 (2008).

5. Sejak awal tahun ini, Perdana Menteri DS Najib Razak didesak untuk meletakan jawatan mengikut formula yang sama apa yang dilakukan terhadap Tun Abdullah Badawi tahun 2008, namun desakan itu tidak berimpak,kerana ketegasan DS Najib tidak akan berundur malah membuat kenyataan akan terus menerajui negara sehingga tamat tempoh.

6. Berbagai macam cara digunakan untuk mendesak Najib meletakan jawatan dengan menggunakan berbagai isu seperti 1MDB, wang sumbangan RM2.6bilion, isu isteri beliau, isu perkahwinan anak, malah dikaitkan dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribu, isu penggunaan kredit kad peribadi dan sebagainya.

7. Malah ada tindakan menjadikan DS Najib sebagai penjenayah melalui tindakan pengwujudan pertuduhan palsu yang dilakukan oleh pihak tertentu, agar supaya Perdana Menteri terpaksa meletakkan jawatan.

8. Pihak pembangkang dengan bantuan surat khabar antarabangsa seperti The Wall Street Jounal, portal pemitnah Sarawak reports serta portal-portal pembangkang dalam negara secara bertali arus menulis laporan yang bersifat fitnah bagi mengumpul persepsi negatif kepada Perdana Menteri. Malah tulisan-tulisan tersebut berjaya memernagkap dua pemimpin utama Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal.

9. Walaupun berbagai dakyah dilontarkan kepada DS Najib, namun lebih 150 Ketua Bahagian Umno daripada 191, masih berdiri teguh dibelakang Perdana Menteri, malah ketua-ketua sayap Parti Pemuda, wanita dan putri masih teguh di belakang Presiden.

10. Berlainan dengan desakan kepada Tun Abdullah semasa didesak turun, kerana PM ke-5 itu tidak mendapat sokongan jajaran Umno khususnya Ahli Majlis Tertinggi, manakala DS Najib disokong secara padu oleh AMT, para pengerusi Perhubungan Umno Negeri serta Kabinet beliau.

11. Desas desus kononnya ada Tokoh Umno berkerjasama dengan wakil rakyat pembangkang bagi membuat usul di Dewan Rakyat bagi menjatuhkan Najib telah didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri hujung minggu lalu. Ekoran dengan pendedahan tersebut, telah ramai wakil rakyat BN telah membuat kenyataan bahawa mereka masih berdiri teguh di belakang Perdana Menteri. Untuk menjatuhkan DS Najib di dewan rakyat memerlukan bilangan 112. Wakil Rakyat pembangkang seramai 87, ertinya memerlukan tambahan 25 wakil rakyat BN untuk menjayakan usul tersebut.

12. DS Zahid mendedahkan bahawa kumpulan tersebut akan menggunakan point of order kepada Speaker dewan rakyat sebaik sahaja DS Najib yang juga Menteri Kewangan selesai membentangkan bajet 2016 di dewan Rakyat Oktober ini.

No comments:

Blog Archive