Saturday, August 01, 2015

Seorang Lagi Hassan Malek Dalam Kabinet Najib

1. Sangat memeranjatkan, bahawa seorang Kabinet DS Najib Razak yang baru dilantik menyertai kabinet persekutuan, boleh bercakap bahawa wang RM2.67bilion bukan isu besar.

2. AYT teringat kenyataan Hassan Malek sebagai Menteri KPDNK berkaitan kenaikan harga ayam dan pelaksanaan GST. Berkaitan harga ayam, mantan menteri itu menasihatkan rakyat jangan makan ayam, jika harga naik; manakala bagi pelaksanaan GST, oleh sebab tiada rungutan, maka rakyat menerima dan puas hati berkaitan pelaksaan GST.

3. Menteri baru yang dimaksudkan adalah Datuk Azalina Othman Said. Azalina dalam ulasan berkaitan satu video yang memuat perbualan mantan Timbalan Perdana Menteri- Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan bahawa DS Najib sendiri telah mengaku menerima sumbangan RM2.67bilion dan wang tersebut dimasukkan ke akaun peribadi.

4. Ulasan Azalina, menerima wang sebesar RM2.67bilion bukanlah ISU BESAR, kerana menurut kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, adalah perkara biasa bagi PEMBERI dan PENERIMA di mana syarat-syarat pemberi perlu diikuti oleh penerima.

5. Azalina terlupa, bahawa tiada siapa manusia di dunia ini, akan memberi wang dalam sejumlah besar kepada seseorang, jika tiada syarat yang menyertainya. Azalina terlupa bahawa tiada Free lunch.

6. Kalaulah diguna pakai, kenyataan Azalina tersebut, maka sudah tiba masanya SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH MALAYSIA dimansuhkan, kerana fungsi suruhanjaya tersebut tidak diperlukan lagi. Selain itu, undang-undang pengubahan wang haram, juga perlu dimansuhkan, kerana ianya tidak berfaedah lagi.

7. Melalui kenyataan Azalina tersebut, jangan bertanya kepada seseorang atau pegawai kerajaan atau mana-mana pihak, jika hidup diluar pendapatan atau diluar kemampuan, kerana sumber kewangan yang diperolehi seseorang itu hanya terhad antara penerima dan pemberi, atau dengan kata lain, tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa jika seseorang tiba-tiba kaya raya walaupun tiada sumber pendapatan yang jelas menurut versi Menteri di Jabatan Perdana Menteri tersebut.

8. Kenyataan Azalina tersebut, bukan membantu kemelut wang RM2.67bilion yang didakwa dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, akan tetapi menghantar mesej, menghalalkan cara.

9. Jika mesej yang dibawa Azalina tersebut digunapakai, maka ianya merupakan peluang menimbun kekayaan bagi mereka yang mempunyai kedudukan. Jika itu benar, maka kenyataan Azalina itu mengesahkan persepsi dan anggapan, bahawa untuk menjadi kaya tanpa pendapatan jelas, perlu menjadi sebahagian daripada kerajaan.

9 comments:

Anonymous said...

org mcm ni lh dicari2. ada jugak yg boleh jwb isu ni dgn CLEAR. kan senang klw ckp dari awl2.

Anonymous said...

Azalina Hasan Malek,

Bila Najib nak bagi saya 2 billion atas sebab yang boleh dipersetujui..

Jika Najis setuju, ianya tak salah dari segi undang2 dan halal.

Mcm kata wakil PKR Perak, toke hartanah nak bagi rezeki amoi China..
"Rezeki jgn ditolak"


Anonymous said...

Menteri ni ingat RM2.67b sama dengan RM2.67sen kot??? Sebab Itu bukan satu masaalah besar.

jgn jadi bodoh!!! said...

zaman penkid dah berakhir..

jgn jadi bodoh!!! said...

zaman penkid dah berakhir..

Anonymous said...

Then all cases involving customs & excise director/s and some ikan bilis whom gets payment on the basis of 'mutual agreement' between giver & taker must all be invalid not only because it does amount to 10th or 100th of millions let alone $BILLIONS! Only to name few cases, current and ongoing.

If you want to make it legal then make the playing field LEVEL to ALL and be DOOMED with the country. Who needs Legislation, Law & Order and all Enforcement out the window because its OK to accept money without being declared source it come from, who gets what, and how much and full details of final distribution, and for what purpose/s? And, the PM is setting precedence???

So who needs structure and governance when the Mafia and Triad too abide by their STRICT CODE when dealing with each other.

Is Malaysian government or strictly saying Kerajaan Melayu setting a 'NEW' standard or what?

Melayu diluar negara sekarang terpalit dan terkenal for all the wrong reasons in contrast to the days of Tun Mahathir!

UMNO dah jatuh tahap chronic nih....if nothing is done then tsunami melayu-muslim will be far greater than tsunami cinabengs! This you can bet on it albeit DAPigs and PKR & PAS really are not good alternative, what choice do we have??????

Dear PM, go and at least skim 100 or 200 curses and swearings if you do not have the endurance to go at 1000 or 10000 'firings on your FB!

Anonymous said...

Biasa lah Bro bila jadi menteri kena menyelak kuat kuat baru DSN tahu dia buat kerja. Setuju ini Hasan Malik No.2

Anonymous said...

Aku seronok tenguk Azalina ni balun pembangkang di Parlimen. Syabas, keep it up Azalina.

Anonymous said...

bapak borek anak rintik...
mungkin juga azlina dah biasa sangat buat kerja macam tu..
terlupa pulak..rasanya dia penah menang dlm pru tanpa bertanding?? hebat tuul..

Blog Archive