Thursday, August 13, 2015

Saya Masih Di Sini (BNM)- Tan Sri Zeti Aziz

1. Hari ini, Gabenor Bank Negara menegaskan bahawa beliau akan terus berkhidmat sehingga april 2016 untuk sesuai dengan kontrak 5 tahun sebagai gabenor,

2. Gabenor Bank Negara tersebut merupakan anggota Pasukan Khas yang menyiasat 1MDB, namun pasukan itu dibubarkan oleh Peguam Negara yang baru.

3. Dalam satu sidang akhbar pada Khamis, Zeti menafikan khabar angin daripada pihak-pihak tertentu bahawa beliau akan meletakkan jawatan.

4. Dalam sidang media yang sama, Gabenor Bank Negara itu turut menyatakan bahawa siasatan BNM terhadap 1MDB telah selesai dan laporan akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.Beliau tidak menjawab sebarang kemuskilan berkaitan syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut.

5. Speakulasi berkaitan penambatan ringgit terhadap dollar amerika tidak akan dilakukan, sepertimana berlaku pada tahun 1998.

6. Apabila ditanya berhubungan dengan penyusutan wang ringgit, Zeti menyatakan ianya berlaku kerana persekitaran ekonomi global yang tidak menentu.

No comments:

Blog Archive