Saturday, August 15, 2015

SATU LAGI LAPORAN SARAWAK REPORTS BAGI MENGGAMBARKAN IMEJ BURUK DS NAJIB RAZAK

1. LAPORAN SR pada 14 ogos “PM’s Anonymous ‘Donation Was Transfreed Back to Singapore” MERUPAKAN satu lagi laporan yang mahu menggambarkan imej buruk Perdana Menteri.

2. Melalui laporan yang ditulis dengan membawa banyak pertanyaan, khususnya wang yang melibatkan akaun perbadi Perdana Menteri.

3. Tulisan SR tersebut dikarang atau ditulis sedemikian rupa, seolah-olah DS Najib Razak bercadang memilik peribadi sumbangan USD700 milion, dimana USD650milion daripadanya dikembalikan kepada akaun yang mengirim wang tersebut. Selepas wang tersebut dikirim semula kepada pengirim, maka akaun peribadi Perdana Menteri di AmBank ditutup pada hari yang sama (30 Ogos 2013). Cerita ini, disesuaikan dengan kenyataan mantan Timbalan Perdana Menteri- bahawa melalui perbualan beliau dengan Perdana Menteri- DS Najib menyatakan bahawa baki wang tersebut telah dikembalikan kepada “pak Arab”.

4. SR mensensaikan lagi laporannya, bahawa pengirim wang USD700milion pada Mac 2013 adalah Tanore Finace Corp merupakan akaun milik Aabar (Aabar mempunyai urusniaga dengan 1MDB- antaranya memberikan USD1bilion kepada syarikat milik Kementerian Kewangan Tersebut pada 6 Jun untuk membayar hutang USD975 pada bank German).

5. Lagi dakwaan buruk laporan tersebut bahawa Tanore Finance yang berdaftar di Virgin Island sebenarnya telah ditutup pada April 2014.

6. Laporan terbaru SR tersebut mengaitkan beberapa pemimpin Umno antaranya Tan Sri Shahrir Samad, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Pergerakan Putri Umno, dikatakan membela DS Najib Razak kerana telah mendapat manafaat daripada sumbangan tersebut yang masing-masing berjumlah RM1juta, RM2juta dan RM50ribu.

7. Portal milik Clare Rewcastle-Brown itu juga mendakwa bahawa Kerajaan Singapura telah membekukan akaun tersebut sebaik sahaja The Wall Street journal melaporan berkaitan wang USD700milion pada 2 julai 2015. laporan senasasi SR juga antara lai. kononnya DS Razak pada pertengahan Julai telah melawat Singapura selama 4 hari- dengan tujuan membuka semula akaun yang dibekukan tersebut, namun gagal.

8. Laporan SR tiba-tiba dipercayai oleh sebahagian rakyat, khususnya penyokong pembangkang serta rakyat atas pagar, kerana kerapnya portal tersebut membuat laporan berulang-ulang berkaitan perkara yang sama.

9. Tidak dinafikan, bahawa laporan SR telah menimbulkan persepsi negatif kepada imej Perdana Menteri.

1 comment:

Anonymous said...

Makin lama tulisan kamu ni makin haprak. Macam Tony yang kitar semula fitnah. Jijik orang nak baca.

Blog Archive