Latest News

RM2.6bilion- Banyak Persoalan Berbanding Jawapan

1. Sehingga kini tiada jawapan pasti yang benar-benar boleh diyakini berkaitan wang USD681milion yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri.

2. Pengakuan Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai setiausaha agung Umno kononnya beliau dan Dato Ahmad Husni Hanadzlah-Bendahari Umno belum mampu menjawab persoalan wang tersebut, malah mangkin banyak menimbulkan persoalan. Demikian juga pengakuan beberapa Ketua Bahagian Umno kononnya wang tersebut bantuan Saudi Arabia kerana peranan DS Najib Razak dalam mententang ISIS( Islamic state iraq syria). Walaupun sebelum ini dikatakan wang tersebut bertujuan untuk kegunaan Umno berdepan PRU-13.

3. Entah betul atau tidak menurut Sarawak Reports USD650milion dikembalikan semula ke Tanaore Finance Corporation di Falcon Bank Singapore, dan kebetulan pula bank tersebut kepunyaan Aabar sebuah syarikat Abu Dhabi dimana sebelum wang usd681 disalurkan ke akaun peribadi Perdana telah diadakan tandatangan perjanjian kerjasama antara 1MDB dan Aabar bernilai RM18bilion.

4. laporan Sarawak reports pada 14 ogos kononnya USD650milion yang dikembalikan semula kepada akaun "penderma" pada 30 ogos 2013 tarikh yang sama akaun perdana menteri di Ambank ditutup, sehingga kini belum ada sebarang penjelasan daripada mana-mana pihak termasuk DS Najib Razak.

2 Responses to "RM2.6bilion- Banyak Persoalan Berbanding Jawapan"

Anonymous said...

“In the first place, the taskforce was illegally constituted. They were not supposed to be investigating the PM or any individual for that matter,” he said in an interview run by English daily The Star. - Rahman Dahlan

Dulu cakap boleh siasat, tidak ada apa nak di sembunyikan, suruh tunggu, tunggu, tunggu last2 rakyat jadi tunggul!

Kah kah kah kah

kak radi bicara said...

Kita cuma rakyat biasa kenapa sebuk sangat dengan masalah 1MDB,1 sen pun kita tidak melabur dlm 1MDB..biarlah kerajaan yang selesaikan masalah ni.tak perlu nak komen keterlaluan, asalkan kita hidup aman damai,rezeki melimpah ruah,anak2 dapat belajar ke menara gading,nak ibadah pun tak ada siapa menghalang sepetutnya kita bersyukur duduk dibumi malaysia yg bertuah ini.

Blog Archive