Wednesday, August 05, 2015

Petugas Khas Siasat 1MDB Dibubarkan

1. Petugas khas yang diketuai mantan Peguam Negara Tan Sri Gani Patil untuk menyiasat 1MDB dibubarkan. Menurut laporan The Malaysian Insider pada Rabu. Walau bagaimanapun agensi yang terlibat seperti SPRM. Polis, Bank Negara akan menyiasat berasingan sesuai dengan kuasa yang ada pada agensi-agensi tersebut.

2. Sementara itu, dalam satu kenyataan SPRM menafikan bahawa siasatan pihaknya terhadap 1MDB dan SRC International dihentikan, sebaliknya akan diteruskan. Pada isnin, agensi pencegah rasuah tersebut menyatakan bahawa wang sebanyak USD700milion yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri bukan wang 1MDB.

3. Dalam perkembangan yang sama, SPRM sudah mengenalpasti penyumbang USD700milion tersebut, malah agensi itu telah menebual penderma. Ekoran dengan perkembangan tersebut, SPRM dalam masa terdekat akan memanggil Perdana Menteri untuk keterangan.

4. Sementara Petugas Khas sudah dibubarkan, pihak polis pula sedang rancak mengeledah pejabat pegawai SPRM yang terlibat dengan siasatan 1MDB eekoran bocornya maklumat siasatan tersebut kepada Sarawak Reports.

No comments:

Blog Archive