Latest News

Pembocor Akaun DS Najib Perlu Ditangkap Segera

1. Pembocor akaun DS Najib Razak di AmBank perlu ditangkap dan diadili. Mengapa? pembocor tersebut cuba menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi melalui kemarahan rakyat.

2. The Wall Street Journal pada 3 Julai telah membuat laporan berkaitan wang yang dimasukan ke akaun peribadi Perdana Menteri dengan menggunakan maklumat bersumber daripada pasukan penyasat 1MDB.

3. Satu pasukan khas menyiasat 1MDB telah ditubuhkan pada Mac 2015, selain arahan kepada Ketua Audit Negara untuk menyiasat syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut.

4. Melalui siasatan tersebut, ditemui akaun bank kepunyaan Perdana Menteri yang menerima RM2.67bilion (mengikut pertukaran wang ringgit terkini), kemudiannya maklumat tersebut diberikan kepada WSJ dan Sarawak Reports untuk tujuan laporan.

5. Hampir sebulan, rakyat resah dengan laporan WSJ tersebut, malah menyebabkan dua pemimpinan kanan Umno terjerat dengan laporan tersebut, sehinga mereka dipecat daripada jawatan masing-masing.

6. Sebenarnya niat pembocor maklumat tersebut adalah mahu mengwujudkan ARAB SPRING dalam negara ini dan seterusnya menumbangkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

7. Kalaulah rakyat Malaysia tidak waras, dan bertindak membabi buta tanpa usul periksa, kemungkinan besar apa yang berlaku di Mesir dan Libya sudah berlaku di negara ini. Pun demikian, jika dilihat dalam laman sosial, terlihat sangat, betapa BENCINYA RAKYAT pengamal media sosial kepada Perdana Menteri.

8. Oleh kerana wang yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri bukan berpunca daripada 1MDB sebaliknya daripada penderma budiman, maka sudah terjawab bahawa tiada satu senpun hasil cukai dimasukan ke dalam akaun perdana Menteri.

9. Kerajaan tiada pilihan khususnya pihak polis, perlu secepatnya menangkap pembocor maklumat berkaitan akaun peribadi Perdana Menteri, kerana ianya bukan sahaja membawa fitnah, malah mengundang imej buruk kepada Perdana Menteri dan kerajaan.

10. Individu atau kumpulan individu pembocor maklumat tersebut, sebenarnya khianat kepada rakyat, kerana kerajaan pada hari ini adalah pilihan rakyat melalui proses demokrasi.

Nota: SPRM sudah mengesahkan bahawa Wang RM2.67bilion bukan daripada 1MDB, sebaliknya daripada penderma budiman.

11 Responses to "Pembocor Akaun DS Najib Perlu Ditangkap Segera"

Anonymous said...

Aku x salahkan pembocor maklumat...

Aku salahkan najib yg kemam molot dia rapat2....

Najib yg x jawab.... so pembangkang di media social ikut suka makbapak diaorg create ceta yg bukan2...

Fitnah bermaharajalela.....

Kjjan juga bg bukak msian insider dan msiakini... atas kebebasan bersuara... ok ... tapi apa ikhtiar kjaan pd berita yg di petik sekerat2 dan di luar konteks...

Gomen x buat apa ponn....

Bila x buat apa maka makin berani lah msian insider...the edge dan msia kini pentik di luar konteks dan di pentik dari persepsi jahat mereka...

Itu satu cerita....

Cerita kedua betapa pembangkang dah study perundangan msia tentang wistle blower dll....

Mereka tau... there must be someone who create the story... ini lah peranan swak report... pengendali matsaleh... duduk di uk...

Tapi faham politik msia... swak report trigger cerita fitnah.... msia kini dan msia insider virul kan....

Siang malam doktrin dan klon pemikiran rakyat msia supaya percaya cerita dari perspektif mereka...

Punahsihat2 najib plak kata... dont open yr mounth...jibb...

They play with perception ...if we dont answer the perception they will dead naturally...

Fitnah jgn dilayan... lagi dilayan makin menjadi2...

Ni apa punya nasihat la ni.... liberal betul pala org yg bg nasihat ni.... dah tentu dpt cgpa 4.0 dlm subjek demokrasi....

Yg lurus bendol ikut demokrasi dlm buku tu nak wat pa...

Ni culture org melayu yg suka ceta2 gossip dan fitnah ni... mesti la di jawab dgn fakta...

Dan fakta tak boleh di jawab sekali... kena jawab berkali2...supaya lekat pada minda org melayu yg kreatif berfikir ni...

Supaya all the possibility akan ditutup oleh penjelasan berterusan oleh pm...

Yg salah najib jugek...sbb keep silent dan kemam molot rapat2....

Kesempatan ni di gunakan seluas2nya oleh pembangkang dan musuh islam utk serang pala anak2 melayu...

Bangkit laaa najib.... use yr instinct... dont use yr punahsihat politik...

Okayy....

Kita mau msia yg aman... umno yg perintah.... org melayu yg syg pemimpin mereka... islam yg subur terus mekar dibumi yg bertuah ini...

Sekian.

Anonymous said...

Gila. Tak salahkan pembocor maklumat? Kau gila ke. Nama pun pembocor maklumat. Pembocor maklumat lah yg paling bahaya.

Anonymous said...

Tambah sket lg...

Smlm umno kalah TKO...

Satu msia najib dimain2kan di wassap....

Malu aku sbgai rakyat msia...PM aku di buat mcm tu...

Org mlayu terkenal dgn taat dan hormat pd pemimpin...

Tp redbean ajar ludah dan hina pemimpin melayu...sehingga jd virul sampai subuh masih dpt bahan hinaan najib dgn derma 2.6b...

Harap najib cpat insaf dan mula bukak mulut...

Anonymous said...

Kalau persepsi sebelah ke kjaan. Rakyat syg ke PM. Rakyat yg ada peluang bocor maklumat pon x akan buat. Jika persepsi dah benci dan meluat2. Kerani yg disuruh fotostat dokumen ternampak nama najib pon boleh buat 2 copy. Satu lg copy email.ke msiankini. Tu belum kerja pembangkang yg spin siang malam.

iklan penang said...

80 persen pengguna fb komen negatif utk najib, akibat fitnah yg berterusan oleh pembangkang.

Anonymous said...

Sebenarnya isu ni bukanlah penyebab utama rakyat benci kpd PM... tapi banyak lagi isu sebelum2 ni yang sangat melukakan hati orang2 melayu, terutama penyokong umno sendiri.... tapi tidak ditangani dgn betul... PM dilihat lebih mengutamakan orang disekelilingnya termasuk penasihat dan kaum cina. kes 1MDB hanyalah sebagai nasi tambah dan penambah perisa sahaja.
Kalaulah kerajaan berjaya menghentikan segalanya dengan mengambil semua tindakan yang perlu iaitu menangkap pembocor maklumat "yang tidak berdosa dimata rakyat sebab menceritakan benda betul"... tapi damage was done.. kalau tak percaya, sila buat PRU sekarang...

Anonymous said...

Kepada pecacai Najib a.k.a pecacai CASH IS KING, sila lihat video ini:

https://www.facebook.com/duke.ottoman/videos/vb.100003830603271/578921748912173/?type=2&theater

Najib sendiri menipu, kononnya sumbangan kepada parti perlu masuk dalam akaun parti, tapi Najib pula masukkan dalam akaunnya kononnya derma, pundek korang sahajalah.

GTP kepala otak Najib sahajalah, kononnya kerajaan memperkenalkan insiatif untuk mengawal penggunaan nama parti untuk tujuan penyelewengan, semua sumbangan untuk parti politik perlu dimasukkan ke dalam akaun parti, pundek sahajalah.

Najib boleh pula masukkan wang yang kononnya ‘derma’ kedalam akaunnya, malahan wang itu wang derma atau wang rasuah, atau wang dari pengubahan wang haram melibatkan aktiviti jenayah pun kita tak dijelaskan, kononnya derma ikhlas, kepala otak dia sahajalah.

GTP dah jadi Gerakan Terancang Penyamun, dengan menggunakan alasan kononnya wang derma, di masukkan ke dalam akaun Najib, kononnya penderma ikhlas, pundek sahajalah, undang-undang tetap undang-undang, perlu dipatuhi, tapi pasal apa Najib langgar undang-undang?

Malahan pasal apa pihak berkuasa tak ambil tindakan terhadap Najib berhubung kes jenayah pengubahan wang haram tersebut?

Boleh percaya lagi ke dengan agensi penguatkuasaan sekarang ini? Jangan tuduh saya menghasut, kerana agensi penguatkuasaan sendiri yang bersikap sepeti pembela penyamun dengan tidak menangkap Najib walaupun Najib kini merupakan suspek kes pengubahan wang haram.

Sedarlah semua.

musram rakunman said...

Tahniah 8.58. Tepat sekali.

Anonymous said...

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
(Al-Baqarah 2:42)
And cover not Truth with falsehood, nor conceal the Truth when ye know (what it is).

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
(An-Nisaa' 4:135)
O ye who believe! stand out firmly for justice, as witnesses to Allah, even as against yourselves, or your parents, or your kin, and whether it be (against) rich or poor: for Allah can best protect both. Follow not the lusts (of your hearts), lest ye swerve, and if ye distort (justice) or decline to do justice, verily Allah is well- acquainted with all that ye do.

Anonymous said...

Mulai skrng duit under counter, suapan big or small, utk dihalalkan declare saja sebagai derma. Habis cerita. Now everybody can rasuah.

Anonymous said...

Anon 1102 tu nampak hatinya busuk sekali macam atuk cincaluk je.

Blog Archive