Sunday, August 09, 2015

Najib Kena Bersandar Pada Orang Kampung

1. Apapun alasan pemimpin masa ini, jika DS Najib Razak mahu meneruskan kedudukan sebagai Perdana Menteri selepas PRU-14, keutamaan perlu diberikan kepada orang kampung. Mengapa? Orang kampung hanya mempunyai satu rungutan, iaitu kenaikan harga barang yang mempengaruhi sara hidup mereka.

2. Memang mereka yang mahu menjatuhkan kerajaan, menjadikan GST sebagai kambing hitam, sedangkan kalau diamati benar-benar, bahawa kenaikan harga barang bukan kerana GST, akan tetapi tindakan para peniaga. Kalau lah barangan tersebut merupakan barangan import, jelas harga meningkat atas sebab nilai ringgit yang menjunam terhadap dollar Amerika. Jika pada awal tahun pertukaran hanya RM3.45=USD1, kini telah menjadi RM3.91 sedolar Amerika. 

3. Orang kampung tidak terpengaruh sangat dengan kemelut 1MDB atau SRC International atau wang yang dimasukan ke akaun peribadi Perdana Menteri, isu itu hanya diminati oleh para pemimpin yang mahu menggantikan kerajaan, 1MDB bukanpun mempunyai impak kepada mereka. Impak 1MDB hanya kepada pemilik syarikat yang bergiat sama seperti 1MDB. Oleh kerana niat mereka mahu menggagalkan syarikat tersebut, maka mereka meyalurkan dana kepada pihak pembangkang termasuk media antara bangsa untuk membuat laporan negatif, agar supaya syarikat tersebut  membawa imej negatif kepada kewangan negara. 

4. Laporan negatif terhadap 1MDB telah membawa kepada kurang kepercayaan kepada pemimpin negara sehingga membawa kepada pengaliran wang keluar daripada negara. Aliran wang ke luar negara pada keseluruhan tahun 2014 kurang daripada USD7bilion, namun sehingga Julai tahun 2015, aliran wang ke luar negara telah mendekati USD17bilion. Sebagai tambahan kepada keadaan itu, simpanan wang negara telah menyusut kepada kurang daripada USD100bilion, satu titik kritikal bagi negara.

5. Kelemban ekonomi, walaupun dinyatakan bahwa eksport negara telah meningkat 5 peratus sehingga Jun 2015, namun peningakatn itu sebenarnya lebih rendah jika dilihat dalam mata wang amerika, kerana penyusutan ringgit lebih kepada 10 peratus.

6. Kelembahan ekonomi akan berimpak kepada para peniaga. Selama lebih setengah abad, kerajaan mengutamakan para peniaga, sehingga mereka mampu jadi jutawan kerana polisi kerajaan yang mesra peniaga. Namun, mereka yang menjadi jutawan inilah juga menyebabkan keadaan politik tidak stabil, kerana mereka menjadi punca kepada batu api dan sebahagian daripada komplot menjatuhkan kerajaan yang memerintah. Mereka ini, menyalurkan dana politik kepada parti-parti atau pemimpin yang mahu mengambil alih kerajaan.

7. Seharusnya, para peniaga atau syarikat ini membantu kerajaan yang menjadikan mereka menjadi kaya raya, akan tetapi mereka melakukan sebaliknya.

8. Kerajaan yang terpilih dengan ditunjangi oleh Umno sejak merdeka lagi, mengalami kesukaran mendapatkan dana daripada syarikat-syarikat yang berkembang luas kerana polisi kerajaan yang ada, atas sebab itu, bagi membelanjai parti besar seperti Umno, Presiden parti terpaksa berhubung dengan pihak lain untuk mendapatkan dana politik. Tindakan tersebut terpaksa dilakukan bagi mengimbangi parti pembangkang yang mendapat dana daripada syarikat-syarikat tempatan, kerana syarikat-syarikat tempatan ini mahu "new deal' agar supaya kelangsungan syarikat mereka terus mendapat keutamaan,

9. Tindakan kerajaan melalui 1MDB mengambil alih beberapa IPP milik para taikun yang tercipta semasa pemerintahan BN, merupakan tindakan membawa dendam dan benci kepada kerajaan, atas sebab itu, pihak-pihak ini tidak memberi dana politik kepada UBN, sebaliknya kepada parti-parti pembangkang.

10. Terlihat bagaimana tindakan halus para peniaga tempatan ini mahu mencipta kebencian kepada kerajaan adalah melalui kenaikan harga barangan secara tersusun. Kementerian yang mengawal harga, tidak mampu berbuat apa-apa, malah menteri yang menjaga barangan dalam negeri diperlekeh dan dijadikan sasaran untuk dibenci.

11. Melihat kepada tindak tanduk para peniaga yang kaya raya, sudah tiba masanya kerajaan jangan menyediakan polisi yang menyebabkan syarikat-syarikat ini untuk terus berkembang dalam masa tertentu, kerana mereka ini adalah penyebab kepada ketidak stabilan politik dalam negara.

12. Dalam keadaan sekarang apapun tomahan dan dakwaan terhadap 1MDB, kerajaan perlu meneruskan memajukan syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut, kerana hanya melalui pengembangan syarikat tersebut, maka mampu bersiang dengan para pemilik syarikat yang cuba memsabotaj kestabilan politik dalam negara melalui kenaikan harga barangan kegunaan rakyat.

13. Tiba masanya kerajaan mengwujudkan banyak syarikat yang boleh bertindak sebagai penimbal stok barangan kegunaan rakyat, untuk diagihkan di perkampungan dan spara bandar, agar rakyat di kawasan terebut tidak mengalami tekanan untuk meneruskan kehidupan.

14. Kerajaan perlu mengambil iktibar, bagi kawasan bandar, apapun yang diberikan termasuk memberi intan permata, memenuhi rumah mereka dengan wang ringgit, mereka tidak akan menyokong atau memilih kerajaan.

15. Bagi Najib dan para pemimpin UBN, beralihlah kepada penduduk kampong, jika mahu meneruskan UBN sebagai kerajaan selepas PRU-14.

16. UBN kena mengambil iktibar kepada keputusan PRU-13, kerana trend tersebut akan berterusan bukan sahaja pada PRU-14 akan tetapi selepas itu.

7 comments:

Anonymous said...

#SayaSokongBN_tapi_saya_xnakNajib#

Anonymous said...

Kenaikan harga barang antaranya disebabkan oleh kejatuhan nilai RM. Jika RM ditambat pada kadar contohnya 1USD=RM3.50 boleh memungkinkan harga barang lebih setabil dan mengurangkan kebarangkalian peningkatan harga barang, kenapa tidak diimplement formula ini? Walaupun dikatakan keadaan sekarang ini pertumbuhan ekonomi masih setabil antara 4-5%, namun keadaan ini tidak difahami dan dirasai oleh rakyat terbanyak. Apa yg rakyat dambakan ialah harga barang yg setabil (x meningkat selalu) dan kadar faedah pinjaman bank yang rendah.

Unknown said...

Sama le kita :)

Anonymous said...

Selagi najib sebagai PM selagi itulah ekonomi negara merundum...apsbila najib letak jawatan maka ekonomi negara akan kembali pulih!

Anonymous said...

Nujum pak belalang ni boleh guna pakai lagi ke?

Anonymous said...

Satu rencana yg baik dariada admin. Najib perlu balik kepada root, orang Melayu. Jangan diharap akan sokongan Cina, sia2. Tapi kenapa takut sangat dengan peningkatan USD ni? Dagangan besar negara bukan dengan US kan, kita pun x pakai USD dalam kehiupan, why worry so much?

Anonymous said...

Anon 2231 ni macam x sekolah je. Atau RBA yg hanya tahu menyalak. Satu dunia tahu yg kejatuhan mata wang bukan hanya RM, tapi banyak lagi negara yg terjejas. Ia isu global. Tapi kalau RBA dan pembangkang berhenti menyalak, kuranglah sikit terjejasnya RM. Bermakna antara faktor kejatuhan nilai RM ialah fitnah pembangkang. Orang macam kamu ni lah pengkhianat negara.

Blog Archive