Thursday, August 13, 2015

Kemelut 1MDB Hanya Kerana Persepsi

1. Oleh kerana disensasikan oleh media dan media sosial berkaitan hutang yang mencecah RM42bilion, maka isu 1MDB menjadi panas, malah dianalogkan, bahawa Malaysia akan hancur kerana kehadiran syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut.

2. Entah apa dosa 1MDB sehinggakan dituduh sebagai biang kerok penurunan mata wang ringgit, sedangkan syarikat itu tidak mengalami kerugian dalam operasinya.

3. Malam tadi melalui TV3- CEO dan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu, 1MDB tidak berdepan dengan masalah membayar hutang yang berdenominator USD, kerana syarikat itu mempunyai aset dalam USD yang boleh digunakan untuk membayar hutang dalam USD.

4. Sesuai dengan rancangan rasionalisasi syarikat tersebut yang dikemukakan kepada Kabinet pada 29 Mei, di mana dalam tempoh 5-6 bulan syarikat itu akan melangsaikan keseluruhan hutangnya. Sebenarnya, kalau dilihat daripada segi operasi syarikat, tiada masalah besar yang boleh menjadikan syarikat itu merupakan punca kepada penyusutan ringgit sepertimana dakwaan berbagai pihak.

5. Oleh kerana 1MDB digambarkan dengan imej negatif, maka ianya menjadi punca kepada kekurang yakinan pelabur sehingga memaksa mereka membawa wang keluar daripada negara.

6. Sejak 1MDB diwar-warkan, aliran wang keluar daripada negara meningkat hampir 3 kali ganda berbanding Tahun 2014, kerana sepanjang Tahun lepas hanya RM6.7bilion wang mengalir keluar, sedangkan setakat Julai 2015 telah lebih RM17bilion di bawah keluar.

7. Para pelabur yang terpengaruh dengan sensasi 1MDB kerana gagal melihat asas kukuh yang dalam syarikat tersebut. Semua ini, hanya kerana laporan buruk terhadap syarikat tersebut bukan sahaja laporan dalam negara juga disokong oleh media antarabangsa.

8. Oleh kerana kegagalan mendalami urusniaga 1MDB sehinggakan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menjadikan syarikat tersebut sebagai faktor pendesak kepada Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan. Malah berbagai dakwaan dicipta, kononnya Perdana Menteri menggunakan wang daripada syarikat tersebut.

9. Melihat kepada jawapan-jawapan Arul melalui TV3 malam tadi, nampaknya urusniaga dalam 1MDB dalam keadaan baik dan terkawal.

10. Sayang sungguh, kerana ada pemimpin kanan parti terperangkap kerana kegagalan memahami perjalanan syarikat gergasi tersebut, sehingga terikut-ikut rentak pembangkang dan musuh-musuh barisan nasional.

4 comments:

Anonymous said...

Patutnya kjaan dan umno dah lama sedar....

Alangkan anwar meliwat di sertakan dgn bukti2 kukuh air mani dlm lobang jubo pon berjaya di divertkan oleh RBA....

Alangkan video blue anwar yg jelas menoron amoi pon berjaya di black out oleh RBA...

Ini kan pulak stakat isu yg x di pahami oleh kebanyakan rakyat.... lg laa sng kene putar... sampai terbelit kepala dibuatnya..

Bukan stakat budak jual berger tepi jln jaa yg telan bulat2 mainan persepsi ni...

sehinggakan dr falsafah di univ pon terikut2 dgn permainan persepsi pembangkang...

Umno kene paham.... org yg kenal org melayu ni akan dpt perintah msia...

Org mlayu ni antara behaviour buruk ialah suka dgr cerita gossip... cerita fitnah... cerita sensasi... so ruang ni yg di manipulate oleh pembangkang.... begitu juga dgn sikap marah mcm api sekam .....

X nafikan antara behavior yg baik.ialah mudah simpati dan belas pd perkara x betul... ini juga berjaya di manipulate oleh dap dan rba...

Jadi permainan persepsi pembangkang ialah naikkan marah org melayu... lekehkan pemimpin melayu supaya hilang rasa hormat... create berita sensasi.... dan terakhir simpati... sbb tu kuar gambar jijah mkn nasik.lemak...

Tapi umno dah 15 thn x juga ceredik2.... kalah dgn hanya mainan persepsi... patutnya setiap jawapan balas kene prompt respon... dan very structure... ini bentuk jawapan utk level teknokrat yg suka detail.. ini ringkasan pd golongan pertgahan dan jawapan sensasi pd golongan bawahan... dll....

X kan tu pon x geti...alahaii...




Anonymous said...

Kenapa merintih sehingga demikian rupa... seolah olah 1MDB adalah anak yatim yang tiada waris dan pembela sedangkan bukan hanya segala media arus perdana, segala kekuatan bloggers Kerajaan malah kerajaan Malaysia dan PMnya berada dibelakang 1MDB... kenapa berperi seolah2 1MDB diinaya?? adakah kejahatan pihak lain atau kelemahan 1MDB sendiri, jentera kerajaan atau media arus perdana???
Janganlah merintih se sayu begini... saya sudah tidak tahu, samaada nak ketawakan atau nak menangis ni???

Anonymous said...

Kelentong budak budak boleh la. When you don't have enough income macam mana nak settle pinjaman. So buat kerja yang orang Melayu buat jual harta untuk bayar hutang.

Kalau jual semua harta pun belum tentu semua hutang boleh bayar sebab pelaburan bentuk unit blh tebus ke? Pembelian logi electric overprice unless guna TNB untuk beli dengan harga mahal. Sudah sudah la dok putat belit. Persepdi konon

Anonymous said...

Kemelut 1MDB bukan sekadar persepsi negatif sahaja tetapi fitnah yg sengaja dibuat dan dijaja merata2. Ia memang agenda yg memalukan pemfitnah itu sendiri sebenarnya. Kalau orang yg ada harga diri tentu dia faham apa ertinya malu, kalau x dengan manusia pun malu dengan Allah kerana Allah itu maha melihat dan maha mengetahui.

Blog Archive