Monday, August 31, 2015

Jika Saya DS Najib

Wang Derma RM2.6bilion

1. Seharusnya- DS Najib menjawab- Ya, saya terima duit sebanyak itu, untuk kegunaan jentera berdepan dengan PRU-13 dan kegunaan berbagai termasuk rakyat yang memerlukan. Jika wang itu untuk kegunaan saya sendiri, apa perlunya di bawa masuk ke dalam negara? dan masukkan ke akaun amanah? yang saya wakili? kerana membawa masuk wang ke dalam negara akan terdedah untuk diketahui seperti mana sudah berlaku. 

2. Wang itu berasal daripada luar negara, kalau wang itu untuk saya secara pribadi, adalah lebih selamat di simpan di luar negara, di mana saya seorang sahaja yang tahu. sesiapapun yang ada niat untuk mencuri pasti menyembunyikan hasil curi itu, tetapi saya tiada niat mencuri wang, tidak tergamak mencuri. Saya tidak guna wang rakyat dan saya tidak ambil wang untuk kegunaan peribadi.

3. Parti ada wang, kemudian parti bagi kepada ahlinya, salah kah? itu urusan parti. Jika ahli merupakan pengundi, itu hak ahli. Apa yang pasti sebagai ahli parti, mereka mendapat saguhati daripada parti.

4. Ahli Umno sahaja seramai 3.4 juta, ahli 12 parti lain 3 juta, semua ahli barisan nasional 6.4 juta. Kalau wang RM2.6bilion dibahagi rata, maka setiap ahli BN mendapat RM406.25, tanpa mengambil kira wang buat bendera, t-shirt, sepanduk, topi, poster, banner, perjumpaan, kos pengangkutan dan berbagai kos lagi. Parti memerlukan kos yang banyak untuk menggerakan jentera pilihanraya, agar supaya dalam keadaan optima. Dalam zaman sekarang, boleh kah menggerakan jentera tanpa kewangan? 

5. Pihak-pihak tertentu janganlah menipu diri sendiri, bahawa berdepan dengan PRU tidak menggunakan wang. Mereka lebih banyak menggunakan wang, akan tetapi mereka bernasib baik tidak didedahkan, kerana tidak terdapat petualang di keliling mereka. Saya tidak mengenal siapa musang di keliling saya, atas sebab itu, terdedahlah wang parti yang saya pegang.

6. Saya mengaku, saya terperanjat kerana ada yang sanggup mendedahkan wang peruntukan untuk piliharaya, atas sebab itu, agar lewat memberi jawapan secara rinci.

7. Akaun yang disalurkan wang tersebut telahpun ditutup, kerana wang sudah digunakan. Sebenarnya, kos berdepan PRU-13 sungguh besar, kerana semua komponen BN bergerak optima, berjumpa setiap rakyat di seluruh pelosok tanah air, baik di pedalaman, rumah-rumah panjang, dan kawasan-kawasan terpencil di seluruh negara. Menjaga 222 kawasan Parlimen dengan lebih 500 dewan undangan negeri merupakan tugas yang mencabar.

8. Para pemimpin Bn kena melawat dan turun padang di seluruh kawasan, untuk melakukan penerangan dan penjelasan, kerana rakyat sudah keliru dengan berbagai dakyah pembangkang yang memutar belit fakta selain menabur fitnah. Bukan mudah meneutralisasikan keadaan, kerana pembangkang tiada tugas lain, selama 5 tahun terus berpolitik, kerana mereka tiada tugas untuk membangun dan mengurus negara. Mereka tidak perlu ke pejabat berjumpa rakyat, tidak perlu ke pejabat merancang pembangunan negara, mereka mempunyai masa 24 jam sehari berpolitik dan memutar belit berbagai isu, kerana mereka tiada tanggungjawab untuk dilaksanakan.

3 comments:

Anonymous said...

Klw aku kaya.... hari2 hari raya......

Anonymous said...

2.6 Billiyon tak payah audit ke bai? Bila pula masuk akaun amanah? Kenapa sorang pun tak tahu kalau duit itu untuk parti? Takkan langsung takde baki? Kalau ada berapa jumlahnya dan mana dia? Banyak lg persoalan yg langsung tak terjawab.

Kami tak sebodoh itu boleh terima jawapan mulut yg berubah2 sesedap rasa. Cerita kst org tak sekolah bolehlah kot diorang percaya. Kami cuma mahukan fact n figure. Najib dan konco2nya bercerita tak ubah macam sazali kelentong bapak dia bila kantoi duit hilang.

Unknown said...

Kalu saya jadi najib..saya mohon maaf dan saya berundor kerana sy sudah jd liabilities...sy perlu muhasabah diri dan penting sata takut dilaknat allah dan dihukum oleh rakyat..sata sayang parti dan rakyat dan apabila sy isu ini timbul sy sedar sy dah buat kesilapan..sata undur demi agama bangsa tanahair dan parti..

Blog Archive