Latest News

BERSIH Merupakan Entiti Perniagaan Bagi Penganjur

1. Ada yang berkata tujuan Bersih adalah melantik pemimpin melalui kuasa jalanan, tetapi sebenarnya tujuan tersirat himpunan itu adalah untuk mendapatkan wang, bagi kegunaan peribadi.

2. Namun jika himpunan itu berjaya menumbangkan kerajaan sepertimana berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya, ianya merupakan bonus bagi mereka, kerana matalamat utama pemberi dana adalah menubuhkan kerajaan yang ditentukan oleh kuasa jalanan. 

3. Penganjur Berish merasakan bagaimana aliran dana masuk ke akaun mereka bermula daripada Berish 1.0 hingga ke Bersih4.0, atas sebab itu penganjur terasuk untuk terus mengajurkan himpunan serupa.

4. Bagi penganjur semakin banyak tekanan daripada kerajaan, maka semakin baik, kerana semakin tinggilah bayaran yang mereka perolehi. Jika himpunan berlaku kematian, keadaan itu bagi penganjur bagaikan mendapat jackpot.

5. Oleh kerana Bersih sudah menjadi entiti perniagaan kepada penganjur, maka apa sahaja halangan perlu ditempoh kerana ianya prasyart mendapat kewangan daripada pihak-pihak tertentu baik dalam negara mahupun luar negara.

6. Pengerak Bersih tiada pilihan untuk terus mendapat dana, mereka perlu menganjurkan demonstrasi jalanan, apa kah mendapat sokongan rakyat ataupun tidak, kerana syarat mendapatkan dana daripada pemberi dana adalah melalui kehadiran, semakin ramai hadir, maka semakin banyak dana yang diperolehi oleh penganjur.

7. Bagi mengerakkan Bersih 4.0 penganjur sudahpun mendapat dana sekurang-kurangnya RM1.5juta sebagai permulaan, jumlah itu akan bertambah sesuai dengan kehadiran pada 29-30 Ogos selama 34 jam. Bagi pengajur, sasaran mendapat wang untuk kegunaan peribadi sangat mustahak, atas sebab himpunan mereka sudah menjadi entiti perniagaan. Inilah yang kurang diketahui oleh mereka yang termakan hasutan untuk ikut berhimpun, mereka itu sebenarnya menjadi produk yang dijual oleh penganjur bagi menumpuk kekayaan.

8. Para peserta himpunan akan mendapat free lunch, free food, free drinks, free t-shirt selain wang saku, asalkan berani terinjut-injut untuk berteriak. Bayangkan jika turut hadir, dapat free semuanya termasuk wang saku.

9. Mengapa Berish senantiasa memilih kawasan-kawasan tumpuhan orang ramai seperti SOGO, kampung Baru, Jalan Tunku Abdul Rahman, kerana mereka akan mengaku bahawa orang yang berada di kawasan tersebut sebagai perserta, untuk menuntut bayaran daripada pemberi dana, kerana dana berasas kepada head count.

0 Response to "BERSIH Merupakan Entiti Perniagaan Bagi Penganjur"

Blog Archive