Thursday, August 27, 2015

Bersih Mahu Arab Spring Di Malaysia

1. Sejak Bersih 1.0, penganjur mahukan agar berlaku pemberontakan rakyat kepada kerajaan, namun matalamat mereka tidak juga kesampaian.

2. Kononnya himpunan itu mahu memanafaatkan kebebasan berhimpun, akan tetapi mereka memilih kawasan tumpuan ramai di hujung minggu, semata-mata mahu melibatkan rakyat pada tindakan mereka.

3. Kumpulan yang menyokong mereka, adalah kumpulan radikal yang mahu mengwujudkan kerajaan yang dibentuk kekerasan (street power) bukan people power.

4. Oleh kerana pengaruh dan dana asing Bersih boleh mengadakan demonstrasi jalanan, dengan berselindung kononnya tindakan mereka berasaskan tuntutan rakyat. Mereka lupa, bahawa lebih 13 juta rakyat telah memilih wakil rakyat mereka pada PRU-13, dan lebih separuh daripada pengundi itu memilih pembangkang namun tidak dapat membentuk kerajaan kerana sistem demokrasi negara berasaskan kepada jumlah kerusi bukannya undi popular.

5. Yang turun ke jalan menyahut ajakan Bersih, paling ramaipun 50 ribu, atau katakan 100 ribu, jumlah itu hanya mewakili kawasan pembangkang di bandar, bukan rakyat yang berada di perkampongan dan desa. Suara mereka bukan mewakili suara rakyat yang mengundi 133 kerusi Dewan rakyat, suara mereka hanya mewakli 88 kerusi parlimen. 

6. Apa yang pelik, tindakan bersih mendapat sokongan daripada negara-negara barat yang mengaku sebagai bapa demokrasi seperti Amerika Syarikat atau Jerman. Rupanya demoktasi ala barat menyokong menumbangkan kerajaan secara kekerasan, dan melantik kerajaan boneka, seperti mana berlaku di Mesir, Libya dan Tunisia.

No comments:

Blog Archive