Sunday, August 30, 2015

Bersih 4.0: Tun Dr Mahathir Singgah Selama 6 Minit

1. Semalam sebelum jam 6 petang, sejurus daripada Pasir Gudang, Johor, mantan Perdana Menteri Tun Dt Mahathir bersama isteri beliau Tun Dr Hasmah Mohd Ali singgah selama 6 minit di lokasi himpunan Bersih 4.0. Selepas bersalaman dengan dengan beberapa perserta, perkataan yang terkeluar di mulut beliau- teruskan teruskan, saya datang hanya memanatu, sementara isteri beliau- this is the peope power, kemudian pasangan itu naik semula ke kenderaan meraka dan berdedar pergi.

2. Menyentuh berkenaan tindakan mantan Perdana Menteri itu singgah selama enam minit, Timbalan Perdana Menteri- Dato Seri Zahid Hamidi memberi pengertian, bahawa tindakan itu bukan satu sokongan, sesesuai dengan kenyataan mantan PM itu, bahawa beliau hanya datang untuk memantau. Namun, Menteri Komunikasi dan Multimedia- Datuk Salleh Tun Said memberi komentar berkenaan dengan kata-kata Tun Dr Mahathir- teruskan teruskan. Menurut Salleh kenyataan Tun Mahathir tersebut seolah-olah menyokong demonstarsi jalanan untuk menumbangkan kerajaan, sedangkan selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, mantan PM itu cukup anti dengan demonstarsi jalanan.

3. Pihak pembangkang cuba mengadu domba kenyataan Zahid dan Salleh, sedangkan kedua-duanya betul dalam memberi ulasan atau komentar apa yang dinyatakan sendiri oleh Tun Dr Mahathir.

4. Nampaknya, pembangkang dengan tipu helah, mahu para pemimpin kerajaan juga bertelegah antara satu sama lain, atas sebab itu kepada para pemimpin BN, kena hati-hati memberi komen atau ulasan kepada pihak media, kerana kemungkinan diputar belit cukup tinggi.

No comments:

Blog Archive