Sunday, August 30, 2015

Bersih 4.0: Tun Dr Mahathir Downgrade Dirinya

1. Betapa tingginya terbang bangau, akhirnya kembali ke belakang kerbau. Rupanya sekian lama, Tun Dr Mahathir bercakap soal-soal demokrasi, soal-soal penentang kerajaan bukan melalui peti undi, rupanya hanya sandiwara. 

2. Rakyat kini telah faham, kenyatan pedas, bidasan terhadap demostrasi jalanan reformasi tahun 1998, hanya merupakan lakonan, bukan betul-betul.

3. Kehadiran dua kali dalam himpunan jalanan Bersih 4.0 dan pada kehadiran kedua sempat pula memberi sidang akhbar di luar sebuah restoran di Central Market, mengambarkan, bahawa mantan Perdana Menteri itu sudah menurunkan kelasnya, bukan lagi sebagai negarawan, sebaliknya sama taraf dengan pemimpin jalanan seperti Hishamuddin Rais, serta yang lainnya.

4. Selama ini, semua rakyat tertipu dengan kepimpinan Tun Mahathir, di mana menganggap sebagai teladan dalam mengurus negara, rupanya semuanya sebagai lakonan.

5. Dengan berselindung menggunakan kata-kata-"saya tak sokong bersih" " tapi saya sokong rakyat, kerana peserta bersih juga rakyat" merupakan kenyataan yang menghalalkan cara.

6. Tun M lupa, jika Bersih mampu menggerakan himpunan selama 34 jam, tak kan pula kerajaan yang mempunyai semua jentera tidak mampu melakukan tindakan yang sama. Ertinya, negara ini bukan lagi negara yang cintakan keamanan dan ketenteraman, melainkan menjadi negara yang hanya tahu turun ke jalan. Rupanya, sekian lama Tun memerintah, apa yang terlupa oleh beliau adalah bagaimana turun ke jalan.

7. Yakinlah, selepas ini, mantan PM itu akan mendesak Anwar Ibrahim dibebaskan, dengan alasan, bahawa mantan TPM itu tidak bersalah, melainkan diperangkap untuk bersalah.

8. Kemungkinan mendesak Anwar dibebaskan, tidak boleh diketepikan, kerana Tun Mahathir sudah menelan sekian banyak ludahnya.

11 comments:

Anonymous said...

Salam,
saya sedih kenapa Tun M jadi begitu. Kenapa seorang pemimping ulung berusia begitu sanggup jatuhkan martabat duduk dengan chauvanist DAP dan musuh2 ketat Melayu.
kenapa Melayu mudah berubah dn lari dr prinsip. Seorang negarawan pun boleh jd belot mcm mana dgn org biasa, atas apa alasan atau bencikn Najib tidak patut Tun guna platform musuh.. apkah dgn Najib tumbng semua akn ok?

jgn jadi bodoh!!! said...

hahaha..klu sudah tidak mmpercayai Tun..biarkan lah saja..bak kata shahrir samad Tun tidak lagi relevan!!Umno nak tunggu apa lagi!!pecat je la..kedatangan Tun juga dibenci pemimpin pembangkang malah lim kit siang langsung tidak berckp ttg kehadiran Tun!!siapa sbnarnya yg diperkudakn. DAP atau Tun?? lagi elok klu 9hb ni umum sekali pemecatan Tun n Muhyiddin!!!

#pecatJibby
#selamatkanUmno

jgn jadi bodoh!!! said...

hahaha..klu sudah tidak mmpercayai Tun..biarkan lah saja..bak kata shahrir samad Tun tidak lagi relevan!!Umno nak tunggu apa lagi!!pecat je la..kedatangan Tun juga dibenci pemimpin pembangkang malah lim kit siang langsung tidak berckp ttg kehadiran Tun!!siapa sbnarnya yg diperkudakn. DAP atau Tun?? lagi elok klu 9hb ni umum sekali pemecatan Tun n Muhyiddin!!!

#pecatJibby
#selamatkanUmno

Anonymous said...

Saya tak sedih pun dah ketentuan Allah.Mungkin dia selalu sangat hina orang lain sekarang dia hina diri dia sendiri pulak.Jilat ludah sendiri,ludah kahak hijau pulak tu,eeee jijiknya.

Lagi satu ini tanda orang dah tak ada power tapi nafsu besar,sanggup menepel orang dan grombolan yg di hinanya dulu utk dapat bantuan.dulu dia boleh petik jari saja semuanya ikut cakap dia.sekarang petik jari orang dia yg kena cantas dek Najib,memang frust menongeng.harap orang Umno bangkit,tak bangkit-bangkit juga,jadi terpasalah menghina diri sendiri,jilat ludah kahak hijau batuk kering.nak ko lah tu.

Anonymous said...

Tua-tua ni otak mana pick up lagi,awal-awal pun Merdeka survey dah kata,mejoriti Melayu tolak Bersih, dan kehadhiran pun nampak begitu.Tapi kerana dah terdesak sangat Mahathir tak segan silu duduk atas pentah musuh lama.Sekarang ni langkah Mahathir join bersih tentu akan backfire,sokongan Melayu pada dia tentu turun beberpa %.Dia pun tak sedar ,secara implied nya dai dah taka pengaruh ,terpaksa minta sedekah bantuan dari musuh.

Hanya satu je otak akan berfunsi cergas bila dah tua,-mengata ke orang.Mulut orang tua selalunya leser.

Anonymous said...

Org yg bernama 'jangan jadi bodoh'.. kamu sebenarnya bahlul dan batu api besar merayau dlm alam bloggers untuk jd iblis. Org mcm kamu ini seperti bapak munafik. Sy doakanNajib diberikan petunjuk dan kebaikan oleh Tuhan, terus mentadbir, dan org mcm kamu dn pengkhianat2 dlm BN dihumban keluar, tk kiralah seorang bkas PM atau menteri jika jd parasit cpt2lah diterajang dr organisasi!

amanasyanti said...

TDrM berkata "saya tak sokong bersih" " tapi saya sokong rakyat, kerana peserta bersih juga rakyat" beliau juga mahu BN terus kekal sebagai Kerajaan pada PRU-14 nanti". Nampaknya TDrM berkempen untuk PRU 14. Awat awai sangat? Salah masa dan tempat kot?
Kalau nak tukar Najib dengan orang lain pujuklah ahli UMNO. Kalau nak jatuhkan kerajaan pujuklah ahli dewan rakyat. Pujuk sajalah, nak suruh atau paksa dah tak boleh. Dah pencen.
Tujuan gerakan Bersih ialah mendesak supaya pilihanraya diadakan dengan telus dan adil (bukan menyokong mana parti). Boleh kata semua yang didesak sudah dipenuhi. Tinggal isu sekarang, wang derma diterima untuk kempen. Desaklah supaya semua parti tak terima atau diberi derma dari sumber korporat, persatuan atau badan luar negeri. Gunakan wang sumbangan ahli sahaja. Nampak peserta Bersih termasuk TDrM hilang tujuan, tengelam punca.

Anonymous said...

saudara penulis, anda hanya pandai menulis mengikut emosi anda. study dulu perlembagaan negara, jangan tunjuk kebodohan kita kepada orang ramai.

Anonymous said...

Solute to Tun Mahathir... Berani walaupon deep inside kawasan musuh! Ada Najib berani macam ni? NOTHINGTOHIDE pon kecut teloq apatah lagi bercakap dlm perhimpunan macam ni...

Pro UMNO kena fikir sedikit kehadapan la. Jangan la dangkal dalam pemikiran. Jangan tengok face value aje...We need strategic thinker, baru boleh menang.

Tak usah la nak sokong Najib kerana Najib dah bawa kita semakin teruk dari hari ke hari. Cukup sampai sini aje..... Merdekakan fikiran kita. Kita masih perlukan Tun....

Anonymous said...

Kalau dah sanggup memfitnah dan berkonspirasi apa ada hal dengan terjun ke demonstrasi ye tak. Tapi ini semua perkara2 aib dan bagi orang yg bermarwah sukar untuk buat begini. Nafsu dan perasaan desperate perlu ada had dan kawalan.

Buatlah apa sahaja waima bertentangan dengan prinsip kemanusiaan dan moral, tapi manusia hanya mampu merancang sedangkan Allah yg menentukan. Cuma jika yg dirancangkan itu perkara yg x baik maka akan mengundang dosa. Begitulah jika sebaliknya akan mengundang pahala. Tepuk dada tanya iman.

Anonymous said...

Amboi 'jangan jadi bodoh' tu dah jadi batu apilah pulak.

Blog Archive