Thursday, August 27, 2015

Bersih 4.0 Ingin Buktikan DS Najib Musuh Utama Rakyat

1. Himpunan Berish 4.0 pada 29-30 Ogos selama 34 jam, ingin membuktikan, bahawa Perdana Menteri merupakan musuh utama rakyat. 

2. Dalam himpunan itu perserta Bersih bersama penganjur akan bercakap bahawa Demokrasi mati di negara ini kerana DS Najib. Harga barang terus naik kerana DS Najib. Nilai ringgit jatuh kerana DS Najib. Pelabur membawa keluar wang mereka sehingga Bursa saham Kuala Lumpur menjunam dan kehilangan hampr 300 point kerana DS Najib, selain itu tabung antarabangsa negara susut kurang daripada USD100bilion kerana DS Najib.

3. Mereka juga akan bercakap bahawa DS Najib merupakan Perdana Menteri yang paling tercemar dengan berbagai skandal. Skandal 1MDB, skandal wang masuk ke akaun peribadi, Perdana Menteri mewah selain Perdana Menteri yang mengawinkan anak paling hebat dan mewah abad ini.

4. Himpunan bersih pada mulanya bertujuan untuk melihat pilihanraya dijalan secara bersih dan telus di negara ini, kini bertukar kepada menjatuhkan DS Najib, dengan berselindung kepada slogan SELAMATKAN MALAYSIA. MALAYSIA perlu diselamatkan daripada cengkaman DS Najib, kerana Perdana Menteri ke-6 itu kalau dibiarkan terus berkuasa akan menjadikan negara ini negara gagal (failed state).

5. Himpunan itu mencuba untuk menarik sebanyak-banyaknya peserta, kerana dana untuk berhimpun mencecah jutaan ringgit mereka telah perolehi. Ambiga telah berminggu-minggu di luar negara untuk mengumpul dana. Terlihat bagaimana pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang sebagai pengerak utama kali ini, malah pemimpin veteran DAP itu akan turut berkemah semasa himpunan tersebut. Semua ini, menunjukkan bahawa syarat pemberi dana, dan dana akan terus mengalir jika himpunan itu mendapat sambutan lebih baik berbanding himpunan yang lalu-lalu.

6. Bersih menolak berhimpun di tempat tertutup, kerana menurut mereka, para pemimpin kerajaan tidak akan mendengar keluhan mereka jika diadakan di tempat tertutup. Hanya melalui demonstrasi jalanan para pemimpin kerajaan akan terbuka mata berkaitan tuntutan mereka, setidak-tidaknya itulah alasan mereka.

7. Menurut mereka, semakin kerajaan menekan mereka, maka semakin logas dan tinggi semangat mereka berhimpun, kerana semakin besar tantangan maka semakin banyak dana mereka perolehi. 

8. Apa yang tidak diketahui oleh mereka yang termakan hasutan untuk turut berhimpun, bahawa Berish merupakan entiti perniagaan bagi penganjur dan sumber mendapatkan dana bagi pemimpin pembangkang.

1 comment:

Anonymous said...

Memang jenis BANGKAI BABI si kitSIAL ni!

TANGKAPkit-SIAL/gong eng BANGKAI BABI! Tau pula TAKUT bila kita minta SPRM/PDRM siasat PKRHOMO/DAPBANGKAI BABI-PERASUAH-no 1! Sebab tu depa dok buat demo TERORIS HARAM JADAH ‘bersihSIAL’ ni - utk- MENIPU Dunia terutamanya!
Dan si SPRM tu apahal nak buat 'conference' bergabung dgn. Transparency InternationalZIONIS-KEPARAT (yg. berpusat di Jerman) dan GreenpeaceZIONIS-KEPARAT satu lagi!?! Mana suara NGO-NGO ZIONIS HARAM JADAH ni masa rejim-rejim PENGGANAS ISrael-Zionis/US-Barat yg. tak habis-habis mahu MENJAJAH/MEROMPAK/MENGEBOM Dunia Islam yg. amat kaya minyak/gas- Thorium/Uranium (utk. pembuatan senjata NUKLEAR) serta MEMBUNUH umat Islam dlm. GENOSID yg. MENINGKAT sewenangnya – termasuk untuk sindiket pemerdagangan ORGAN dan PEDOPHILIA puak KANIBAL ("Cannibal") Barat/ZIONIS-FREEMASON?!! Yg. mana ini juga berdasarkan industri RASUAH BERATUS BILIION utk. industri senjata Barat/ISrael?!

Nek Tempoyak.

Blog Archive