Monday, August 10, 2015

Benarkah DS Najib Liabiti Kepada Umno?

1. Yang berkata bahawa DS Najib merupakan liabiti kepada Umno adalah pembangkang dan mereka yang mengaku ahli parti namun mempunyai agenda menjatuhkan parti.

2. Mengapa DS Najib dikatakan liabliti? sebabnya untuk menjatuhkan sebuah parti yang menjadi tunjang kepada kerajaan, maka yang diserang adalah ketuanya. Imej ketua perlu dijadikan sebusuk-busuknya, perlu dipalitkan dengan berbagai keburukan, agar supaya parti yang diketuainya turut mendapat impak.

3. Hanya selepas PRU-13 sahaja, DS Najib dijadikan bahan serangan, sedangkan sebelum itu, tiada serangan atau kenyataan yang mengatakan bahawa PM ke-6 tersebut merupakan liabiliti kepada parti.

4. Ramai pengeritik Najib terkejut, bagaiaman Presiden Umno itu mendapat dana politik bagi berdepan dengan PRU-13, kerana ramai mengetahui, bahawa syarikat-syarikat besar dalam negara yang dikawal beberapa taikun tidak lagi memberi dana politik kepada Umno sebaliknya memberikan pada parti-parti pembangkang.

5. Doa 3.4 juta ahli Umno masih diperkenaan oleh Allah SWT, atas sebab itu, hamba Allah yang bersifat budiman memberikan dana politik USD681milion sebelum UBN berdepan dengan PRU-13.

6. PRU-12 UBN hampir sahaja tersungkur, kerana masalah utama pada masa itu adalah dana politik. Umno khususnya dan parti-parti komponen Bn, tidak menerima dana politik yang cukup, sehingga membantutkan jentera pilihanraya UBN. Kalaulah keadaan tahun 2008 tersebut sama dengan keadaan tahun 2013, AYT yakin UBN telah tumbang.

7. Pemimpin Pembangkang telah mengambil iktibar kepada keadaan Tahun 2013, UBN atau Umno tidak akan bakal tumbang, kalau ketuanya masih kuat dan bersih. Untuk menumbangkan Umno, maka pembangkang telah sepakat untuk menyerang DS Najib. Selain itu, para taikun mampu mempengaruhi mantan-mantan pemimpin Umno untuk turut sama menyerang. 

8. Telah mereka sepekati bahawa 1MDB dijadikan sebagai kambing hitam untuk memalitkan imej buruk kepada Perdana Menteri.

9. Direkalah berbagai cerita buruk berkaitan dengan 1MDB. Dilapor bertali arus oleh portal-portal pembangkang, diwar-warkan di media sosial dan sesekali dibantu oleh surat khabar luar demi menguatkan cerita. 

10. Benar juga DS Najib terasa bahangnya, sehingga meminta Ketua Audit Negara memeriksa syarikat milik Kementerian kewangan tersebut. Selain itu, PAC parlimen yang dianggotai pemimpin pembangkang juga turut memeriksa syarikat ihlam perdana menteri tersebut.

11. Namanya juga syarikat yang disiasat, maka pihak-pihak penguatkuasa undang-undang seperti polis, SPRM, Jabatan Peguam Negara serta Bank Negara turut serta menyiasat. Oleh kerana ramainya individu yang terlibat, maka kerahsian maklumat dan dokumen tidak terjamin lagi. Atas sebab niat tertentu, maka bocorlah maklumat siasatan kepada pihak-pihak tertentu, kemudiannya dilaporkan, tujuannya agar rakyat marah dan memberontak, maka berlakulah ARAB SPRINGS, sesuai dengan keinginan pembangkang.

12. Para penyokong Umno dan pemimpinnya masih lagi mempunyai pertimbangan, oleh sebab itu, walaupun berbagai laporan negatif terhadap Perdana Menteri, sekurang-kurang 155 Bahagian Umno daripada 191 terus menyokong Presiden, juga AMT Umno masih berdiri teguh di belakang, walaupun ada 1-2 orang pemimpin Umno bersuara tetapi suara tersebut bersifat menegur untuk kebaikan.

13. Para pemimpin Umno yang terpengaruh dengan laporan Sarawak reports dan The Age, sebenarnya tertipu kerana portal dan surat khabar tersebut mempunyai agenda khusus, iaitu menjatuhkan kepimpinan melayu dan islam di negara ini. Agenda mereka antara lain, agar melayu dan islam lemah, sehingga tidak boleh membuat keputusan sendiri, kerana bukan lagi sebagai tunjang kepada kerajaan.

14. Para pemimpin pembangkang dan anasir luar akan terus membuat berbagai dakwaan buruk kepada Perdana Menteri dan Presiden Umno, agar supaya rakyat tidak menyokong Umno dan Bn.

15. Hujah mereka bahawa 1MDB rugi, tiada asas, kerana urusniaga syarikat tersebut belum optimum, malah belumpun bermula. Pinjaman syarikat tersebut untuk membeli berbagai aset strategik sebenarnya dalam jangka panjang menguntungkan negara dan rakyat. Sebagai contoh pemilikan IPP yang dibeli daripada beberapa taikun, telah menyebabkan tarif letrik diturunkan pertengahan tahun ini, dimana seharusnya tarif dinaikkan jika IPP tersebut tidak diambil alih oleh 1MDB.

16. Yakinlah, Najib mempunyai perancangan besar untuk negara, atas sebab itu berbagai program dan rancangan telahpun bermula, agar negara boleh menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.

4 comments:

Anonymous said...

Saya bukan ahli umno masih menaruh harapan pd dsn. Semoga beliau tabah. Bukan mudah menerajui negara tambah2 pembangkang guna taktik kotor...persepsi menjadi senjata penting menjatuhkan musuh. Jelas dap mau melayu berpecah...

Anonymous said...

Melayu yang bijak dah tak da ka? Boleh pecahkan pulak cina komunis tu

Anonymous said...

Orang Melayu perlu terus istiqomah sokong UMNO, walau apa pun fitnah melanda, samaada dari dalam atau luar negara. Sebaiknya PAS berkerjasama dengan UMNO bagi menegakkan Melayu Islam di negara sendiri.

Anonymous said...

Pujian harus juga diberikan kepada PAS yang arif dengan permainan politik kotor Mahathir. Gabungan UMNO, PAS dan PBB (Sarawak) sebenarnya boleh memerintah Malaysia dengan majoriti mudah. Kalau bukan bumiputra masih termakan hasutan puak2 evangelist kristian DAP, kenapa kita orang2 Islam tidak boleh bersatu.

Blog Archive