Sunday, July 05, 2015

Wang RM2.6bilion- Najib Tiada Pilihan- Perlu Saman WSJ Dengan Segera!!!

1. Perdana Menteri tiada pilihan,beliau perlu menyaman Wall Street Journal (WSJ) yang membuat dakwaan kononnya sejumlah RM2.6 bilion telah disalurkan ke akaun peribadi beliau di Ambank.

2. Melalui laporan WSJ pada Khamis-  2Julai 2015, majalah bisnes itu membuat dakwaan bahawa wang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri melalui tiga syarikat GLC, iaitu SRC International Sdn Bhd, Gandingan Menteri Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.

3. Dalam dakwaan majalah tersebut sebahagian besar wang telah disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri pada mac 2013, manakala transaksi terakhir pada Februari 2015.

4.Jika dakwaan tersebut benar, maka menunjukkan bahawa Bank Negara Malaysia, bersubahat dengan Ambank untuk menyembunyikan satu peredaran wang yang begitu banyak ke dalam akaun seseorang.

5. Jika ini berlaku, maka pihak berkuasa perlu menyiasat Bank Negara, kerana telah melanggar undang-undang pengubahan wang haram.

6. Namun, jika Bank Negara masih menguatkuasakan undang-undang pengubahan wang haram, maka sudah tentunya bank tersebut akan alert, dan menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak SPRM atau polis untuk menyiasat. Apa kah laporan Bank negara telah dikemukakan kepada pihak-pihak tersebut? Jika ada, maka SPRM dan Polis perlu disiasat oleh pihak ketiga kerana menyembunyikan fakta. Jika laporan daripada Bank Negara langsung tiada, maka benarlah anggapan bahawa bank tersebut bersubahat dengan Ambank. Benarkah Bank negara bersubahat? jika tidak, maka dengan masa segera Bank Negara perlu mengeluarkan kenyataan, bahawa tiada sebarang penyaluran ke akaun yang dimaksudkan sepertimana lapaoran WSJ. Selain itu, pihak Ambank juga perlu membuat kenyataan, bahawa tiada wang sebanyak itu disalurkan ke dalam akaun tersebut, atau bank tersebut perlu membuat kenyataan bahawa akaun tersebut tidak wujud aka hanya rekaan.

7. Dalam masa ini, bagi mengelak persepi negatif bertambah kepada Perdana Menteri, sehingga boleh merosakkan imej dan kredibiliti negara, maka tindakan awal Bank Negara dan Ambank sangat diperlukan.

8. Jika Bank Negara dan Ambank tidak bertindak cepat untuk membuat penafian, maka apapun jawapan Perdana Menteri, tidak akan diterima, kerana ketidak yakinan rakyat kepada beliau pada masa ini sangat rendah, ya sangat rendah.

9. Apabila WSJ mengeluarkan laporan pada Khamis kemudian dikongsi oleh Sarawak Reports serta portal pembangkang dalam negara, Peguam Negara pula menyiram minyak kepada laporan tersebut, melalui pengakuan bahawa beliau melihat dokumen-dokumen yang berjaya diperolehi oleh Pasukan Khas yang ditubuhkan pada 9 Mac bagi menyiasat 1MDB. Juga Peguam Negara mengakui sehari selepas WSJ membuat laporan tiga syarikat yang dihubungkan dengan akaun peribadi Perdana Menteri telah diserebu oleh pasukan khas tersebut, dan merampas dokumen-dokumen yang boleh membantu siasatan. Namun, kenyataan Peguam Negara itu bagaikan bola tanggung, sehingga menimbulkan berbagai persepsi negatif kepada Perdana Menteri.

10. Dalam perkembangan yang sama, beberapa jam selepas WSJ membuat laporan yang berunsur dakwaan, Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa dakwaan WSJ merupakan satu tindakan sabotaj dan beliau mengaitkan dakwaan tersebut dengan Mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir Mohammad.

11. Benar, dalam dakwaan WSJ tersebut, DS Najib tidak perlu membuktikan apa-apa, sebaliknya majalah itu perlu membuktikan bahawa dakwaan itu benar, bukan hanya memetik atau merakayasa cerita, kerana sebelum laporan itu dibuat, tiada sebarang maklumat atau cerita berkaitan dengan dakwaan itu. Tindakan menyaman majalah tersebut adalah tindakan yang amat perlu, bagi menunjukkan bahawa majalah tersebut berbohong dan membuat fitnah. WSJ sebelum ini telah kalah 5 kali kepada Perdana Menteri Singapura, kerana laporan memfitnah.

12.Untuk masa segera, bagi mengurangkan persepsi negatif kepada Perdana Menteri, Bank Negara dan Ambank perlu membuat kenyataan, jika tidak ingin bersubahat dengan pemitnah sambil menunggu tindakan saman Perdana Menteri seperti beliau umumkan di Semenyih pada Ahad.

7 comments:

jgn jadi bodoh!!! said...

td dlm tv jibby ckp minta beberapa hari..akan cnfirm bentuk undang2 mcm mana..dah mcm peliwat dulu "we have the numbers"

#pecatjibby

jgn jadi bodoh!!! said...

td dlm tv jibby ckp minta beberapa hari..akan cnfirm bentuk undang2 mcm mana..dah mcm peliwat dulu "we have the numbers"

#pecatjibby

Anonymous said...

Nk saman kena ada fakta2 yang sahih bukan main hentam saja...klau nak menang di mahkamah la. Mungkin pasukan peguam DS Najib sibuk skrg ni mengumpul dan mencari fakta2 tersebut. Ia memang memakan masa sedikit.Sabo yup...

Anonymous said...

apa yg susah nak kumpul dan mencari fakta. sbb yg difitnah adalah DS Najib. Bank yg terlibat pulak adalah bank di Malaysia. Bukan foreign bank. tak faham laaa aku. lain ler kot kalu WSJ yg akan disaman. mungkin menggelabah kalu benda tu betul2 fitnah. Print jer akaun bank tu. buat pc. tunjuk bukti then saman.


sekarang ni sapa lak yg kena fitnah neh.

Anonymous said...

Kalaub x faham diam diam udah le. Macam dia yg kena tuduh pulak. Org yg di tuduh perlu byk sabar. Baru nampak jalan mana nak tuju. Refleksi emosi tanda org tak beriman. X boleh sabar n marah marah, nanti kena jual.

Anonymous said...

Cakap saman je memang mudah. Yg nak laksanakannya tu yg x mudah tu. Itu sebab sesetengah orang kena tipu Dana Hj Jasman x saman2 sampai sekaranag walaupun janji tinggal janji dah berbelas tahun lamanya.

Anonymous said...

Sepatutnya Najib dan AmBank perlu menjelaskan kepada masyarakat apakah mereka ini terlibat atau sebaliknya dalam penyonglapan wang sebanyak RM 2.63 bilion yang dipercayai wang hutang 1MDB ke dalam akaun Najib di AmBank itu.

Kalau Najib kata dia perlu ambil masa untuk kaji tindakan undang-undang yang sesuai, OK, saya terima, tetapi sekarang ni, Najib kenalah buat kenyataan berkanun dengan menafikan tuduhan terhadapnya itu dan nyatakan sekali dalam pengakuan berkanun itu akan kenyataan Najib yang menuduh Tun Dr. Mahathir adalah dalang utama dan bersekongkol dengan Wall Street Journal dan Sarawak Report untuk memfitnah bagi menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri sebab permintaan peribadi Tun Dr. Mahathir tak dipenuhi oleh Najib, ingat tu Najib.

Bawa sekali CEO AmBank untuk buat pengakuan berkanun untuk menafikan bahawa tiada sebarang transaksi melibatkan RM 2.63 bilion atau suatu jumlah yang lain yang bersamaan dengan jumlah itu dalam matawang yang lain yang di masukkan ke akaun Najib itu. Lepas tu suruh CEO AmBank buat kenyataan rasmi secara bertulis dan diedarkan kepada semua media serta kepada Bank Negara dan SPRM untuk menafikan semua tuduhan itu.

Jangan sembang saja kencang, tapi tindakan macam siput babi pula gayanya. Kalau tak salah, maka akan berani bertindaklah, macam Y.B. Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid, dia yakin dia difitnah oleh Lim Guan Eng, maka Datuk Jahara telah failkan saman di mahkamah, dan kerana dia dipihak benar dan dia ada bukti untuk pertahankan tindakannya itu, maka Datuk Jahara menang kes itu dan Lim Guan Eng diarahkan membayar gantirugi sebanyak RM 500,000.00 kepda Datuk Jahara.

Tindakan seperti Datuk Jahara itulah yang perlu dibuat, berani, tegas sebab dia yakin di pihak yang benar.

Blog Archive