Friday, July 24, 2015

Tiada Sebab Sabah Keluar Persekutuan Malaysia: Musa

1. Sabah sangat berbangga kerana sebahagian daripada Persekutuan Malayisa. Para pemimpin negeri di bawah itu seronok kerana atas kerjasama dengan pemimpin Persekutuan, rakyat Sabah boleh mendapatkan peruntukan untuk keperluan rakyat Sabah.

2. Sejak Tahun 2002 sehingga 2013, Persekutuan telah menyalurkan RM81bilion diluar bayaran royalti 5 peratus kepada Sabah berbanding RM26 kutipan cukai persekutuan di negeri tersebut.

3. Pada Khamis, semasa Sambutan hariraya Zon 6 Tawau, Kalabakan dan Semporna, yang diadakan di Tawau, Musa menyatakan TIADA sebab Sabah keluar daripada Malaysia.

4. North Borneo kini Sabah mendapat Internal Self-Government daripada British pada 31 ogos 1963, telah bergabung dengan Malaya, Singapura, Sarawak pada 16 September 1963 untuk membentuk Persekutuan Malaysia.

5. Selepas lebih setengah abad, keadaan Sabah yang daif dalam semua perkara, kini dapat menikmati kemerdekaan, apabila keperluasan asas dan permodenan dijalankan.

6. Musa yang beri gelaran Bapa Permodenan Sabah, mengalas tanggungjawab sebagai Ketua Menteri ke-13 Sabah sejak Tahun 2003.

7.Musa satu-satunya Ketua Menteri yang melepasi "jinx" 9 tahun bagi jawatan Ketua Menteri.

8. Semasa pemerintahan Musa, julung kalinya Sabah menikmati Bajet di atas RM3bilion setahun, malah kini sudah mendekati RM5bilion.

9. Kejayaan Musa mendapatkan pendapatan bagi Sabah, selepas keluaran utama Sabah- Kayu balak bukan lagi sumber utama. Ramai penganalis ekonomi mengatakan, bahawa kejayaan Musa merancakkan perekonomian Sabah tanpa sumber tradisional, merupakan satu keajaiban.

10. Dasar bagi Sabah mendapatkan pendapatan dan merancakkan pembangunan adalah melalui Hala Tuju yang dikemukakan Musa sebaik sahaja beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

11. Kini, keberhasilan Hala Tuju tersebut semakin terserlah, apabila saban Tahun, bajet Sabah semakin meningkat.

12.Kejayaan perekonomian sesebuah negeri tidak akan cukup, jika tidak mencipta infra atau fasilitator bagi mencipta lapangan pekerjaan. Melalui kepimpinan Musa berbagai program atau projek dijalankan bagi tujuan tersebut, antara lain melalui SAMUR, SOGT, PIOC, M3Energy serta program-program mesej, Agropolitan, malah pembinaan kompleks beli belah.

13.Musa selama pemerintahannya mengambil maklum, bagaimana Sabah ketinggalan dalam soal pembangunan, atas sebab itu, sebarang perbincangan bersama Persekutuan, beliau bukan menekankan kepada peruntukan jangka pendek, sebaliknya peruntukan yang boleh menjana pendapatan jangka panjang.

14. Sejak tahun 80-an ramai pemimpin yang bercakap dengan bayaran royalti minyak 5 peratus daripada Petronas, namun Musa tidak cenderung bercakap mengenainya, akan tetapi lebih berminat kepada penyertaan dalam industri minyak dan gas. Atas sebab itu, melalui kepimpinan beliau ditubuhkan M3Energy Bhd syarikat milik kerajaan negeri yang berkecimpung dalam industri minyak dan gas.

15. Selain itu, bagi mendapatkan pendapatan yang mapan bagi negeri, Sabah memndapatkan ekuti melalui LNG9 Bintulu, kerana melalui ekuiti sahaja, pendapatan berterusan terjamin.

No comments:

Blog Archive