Latest News

Petugas Khas Serbu Perjabat 1MDB

1. Petugas khas yang terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, Polis, Bank Negara dan SPRM telah menyerbu pejabat 1MDB pagi tadi.

2. Serbuan tersebut timbul berikutan mudahnya Wall Street Journal mendapat dokumen-dokumen yang dikaitkan dengan syarikat milik kementerian kewangan tersebut.

3. Pada 3 Julai Wall Street Journal mendedahkan satu dakwaan bahawa RM2.6 bilion kononnya dana daripada 1MDB dimasukan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri. Satu dakwaan sabotaj menurut Perdana Menteri.

4. Dalam perkembangan yang sama pasukan peguam Najib telah mula bertindak. Langkah pertama telah menghantar surat demand kepada Dow Jones, pemilik WSJ untuk meminta kepastian berkaitan dakwaan tersebut. Jawapan perlu diberikan dalam tempoh 14 hari.

5. Lporan WSJ merupakan satu dakwaan atas talian, yang sukar dibuktikan, kerana dakwaan tersebut hanya bersifat dakwaan berlatar belakangkan dokumen nampak betul, tetapi tidak pasti kesahihannya.

6. 1MDB menjadi sorotan kerana sedang diperikasa berikutan dakwaan-dakwaan liar berhubung hutang GLC tersebut mencecah RM42bilion walaupun hanya beroprasi 6 tahun.

7. 1MDB adalah GLC milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia di mana Penasihat Lembaga Pengarah syarikat tersebut adalah Perdana Menteri atas kapasiti beliau sebagai Menteri Kewangan.

4 Responses to "Petugas Khas Serbu Perjabat 1MDB"

Anonymous said...

Tetapi mengapakah hingga kini pihak berkuasa terutama pihak polis tidak menyerbu Sri Perdana atau Pejabat Perdana Menteri untuk menangkap Najib? Atau kalau nak serbu dan tangkap Najib tu nampak keterlaluan bagi seorang Perdana Menteri, tetapi mengapakah pihak polis tidak memanggil Najib ke mana-mana IPD, IPK atau Bukit Aman untuk diambil keterangan Najib mengenai isu ini?

Malahan sepatutnya di pihak kerajaan, di pihak jemaah menteri perlu mengambil tindakan segera samada menasihatkan Najib supaya 'berehat' dari jawatannya sepanjang tempoh siasatan supaya integriti siasatan tidak tercemar dengan gangguan yang masih boleh dilakukan oleh Najib sekiranya dia masih berjawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Pengerusi Lembaga Penasihat Khazanah Nasional, dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

Jika di luar negara, di negara majulah, tak kiralah Perdana Menteri, atau Menteri, malahan Presiden sekali pun akan terus meletak jawatan kerana berasa bertanggungjawab terhadap isu berkenaan. Tetapi di Malaysia kita tak minta Najib terus letak jawatan, tetapi paling kurang 'berehat' dahulu dari jawatan yang disandang sepanjang proses penyiasatan berlangsung hingga selesai kes tersebut.

Malahan kita juga hairan mengapakah Najib hingga kini tidak menyaman Wall Street Journal, Sarawak Report dan Tun Dr. Mahathir di mana Najib dengan selambanya menuduh Tun Dr. Mahathir sebagai dalang utama yang bersekongkol dengan WSJ dan Sarawak Report untuk memfitnah bagi menjatuhkan Najib dari jawatan Perdana Menteri.

Jika kata proses nak saman WSJ dan Sarawak Report mungkin ambil masa sebab melibatkan kes dengan pihak luar negara, tetapi mengapakah Najib tidak menyaman Tun Dr. Mahathir yang Najib tuduh sebagai dalang utama memfitnah Najib supaya Najib jatuh dari jawatan Perdana Menteri itu? Kerana Tun Dr. Mahathir warga Malaysia, adalah tidak sekompleks untuk menyaman pihak asing, tetapi mengapakah Najib tak menyaman Tun Dr. Mahathir hingga kini?

Bersambung.............

Anonymous said...

Sambungan..................

Jika kalaulah Najib kata walaupun Tun Dr. Mahathir sebagai warga Malaysia pun ambil masa juga untuk proses saman itu, maka mengapakah Najib tidak membuat Pengakuan Berkanun (Statutory Declaration - SD) untuk menafikan segala laporan oleh Wall Street Journal, Sarawak Report serta Tun Dr. Mahathir itu. Malahan dalam Pengakuan Berkanun Najib itu, hendaklah Najib menyatakan bahawa :

"Ini semua adalah didalangi oleh Tun Dr. Mahathir yang bersekongkol dengan media barat (dirujuk kepada Sarawak Report dan Wall Street Journal) yang memfitnah saya (Najib) untuk menjatuhkan saya (Najib) dari jawatan Perdana Menteri.

Motif utama Tun Dr. Mahathir mendalangi konspirasi ini adalah kerana Tun Dr. Mahathir tidak berpuas hati dan kecewa kerana saya (Najib) tidak melayani tuntutan peribadi melibatkan kepentingan peribadi Tun Dr. Mahathir itu.

Tuntutan peribadi yang melibatkan kepentingan peribadi Tun Dr. Mahathir yang saya (Najib) tidak layan adalah seperti berikut:

1.
2.
3.
dan seterusnya.

Saya (Najib) mengaku bahawa apa yang tercatat di dalam Pengakuan Berkanun ini adalah benar dan tiada sebarang penipuan maklumat dimasukkan ke dalam Pengakuan Berkanun ini."

Sila Najib buat Pengakuan Berkanun seperti yang didrafkan oleh saya itu jika Najib benar-benar yakin dia tidak bersalah dan dia di pihak yang benar.

Jangan terus berdolak dalih ke sana ke mari, putar sana putar sini, kerana akan mencetuskan polemik dan menyebabkan perpecahan di kalangan masyarakat. Dalam situasi sekarang, bukanlah Wall Street Journal atau Sarawak Report atau Tun Dr. Mahathir yang memecah belahkan masyarakat di Malaysia, mereka hanya menyatakan apa yang mereka punya bukti untuk membuat tuduhan kepada Najib.

Sebenarnya Najib sendiri yang menyebabkan perpecahan ini kerana dia tidak mahu mengambil apa-apa tindak undang-undang samada saman atau pengakuan berkanun untuk menafikan perkara ini.

Malahan di peringkat jemaah kabinet pun adalah penyebab kepada perpecahan dan polemik di kalangan masyarakat kerana mereka sendiri tidak bersikap jujur dengan menasihatkan Najib agar 'berehat' dari jawatannya supaya ketelusan dan integriti siasatan akan terjamin tanpa sebarang gangguan yang tidak sepatutnya.

Apa yang kita lihat sekarang ini di pihak UMNO dan sebahagian jemaah kabinet sendiri tanpa usul periksa terus salahkan Wall Street Journal, Sarawak Report, dan Tun Dr. Mahathir dengan berbagai tuduhan yang tidak berasas, malahan mereka menyokong dan tidak membenarkan Najib untuk 'berehat' dari jawatannya pula.

Kalau beginilah keadaannya, maka taraf kabinet serta pemimpin UMNO di negara ini tak ubahlah seperti kuncu-kuncu diktator di negara dunia ketiga, menyokong membuta tuli sebab sayangkan jawatan, bukannya kerana kepentingan terhadap negara dan rakyat.

musram rakunman said...

Itu cara anwar. Najib caranya

Anonymous said...

anom-anom yg telah salah memfitnah....lekas minta maaf....takut-takut yg difitnah berdoa agar dikembalikan kesulitan yg dia hadapi kepada sipemftnah....jatuh bala besar nanti.

Blog Archive