Tuesday, July 21, 2015

Kemelut 1MDB Semakin Panas!!!

1. Semalam seorang Pengarah satu syarikat yang tersenari di Bursa Malaysia berumur 39 tahun, yang mempunyai urusniaga dengan SRC syarikat milik Penuh Kementerian Kewangan telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semasa mahu berlepas ke luar negara.

2. SRC sebelum dimiliki sepenuhnya oleh MOF, merupakan anak syarikat 1MDB.

3. Pada 2 Julai, The Wall Street Journal surat khabar kewangan milik Dow Jones yang berpangkalan di Amerika Syarikat, telah membuat dakwaan, bahawa salah satu syarikat yang menyalurkan kewangan ke akaun peribadi Perdana Menteri di AmBank adalah SRC.

4. 1MDB menjadi sorotan atas sebab berdepan dengan pengumpulan wang pinjaman yang berjumlah RM41.8bilion, di mana dikatakan sebahagian wang pinjaman tersebut disalah guna, malah di masukkan ke akaun peribadi.

5. Kini, 1MDB sedang disiasat oleh Ketua Audit Negara, Gabenor Bank Negara, Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.

6. Pihak-pihak yang menyiasat 1MDB, juga sedang menyiasat dakwaan RM2.6bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri. Selain itu, siasatan juga dilakukan terhadap skandal, kononnya USD1.83bilion wang 1MDB yang disalurkan kepada PetroSaudi telah lesap.

9 comments:

jgn jadi bodoh!!! said...

namanya Jerome Lee Tak Loong..org UMNO lemah/buta dan lembab sgt ke nak buat kptusan tuk pecat jibby??rajin la cari jawapan jgn pemalas sgt..presiden tu kuat menipu mcm aljuburi!!

Anonymous said...

Aik apsal lak minta orang Umno yg pecat,kan ke Pak Mantan cukup hebat boleh pecat PM.Tak jumpa bukti lagi ke?.

Anonymous said...

Betul....betul....betul.

Anonymous said...

Kalau Najib tak bersalah, sila jawab soalan mengenai pelaburan sebanyak RM 15.4 bilion oleh 1MDB di dalam Brazen Sky, Aabar Deposit serta GIL Funds, pelaburan dalam bidang apa? Pelacuran? Ceti Haram? Pemerdangan Manusia? Tanaman Hidroponik Kangkung? Pengedaran Kapcai? Pemprosesan Dadah? Agensi Membekal Chinadoll ke pusat maksiat? Perusahaan Membuat Alatan Rangsangan Seks? Perusahaan Membuat Ubat Kuat Seks? Video Lucah? Kelab Malam? Dangdut? Pub? Karaoke? Disko? Pemprosesan Arak? Pemprosesan Air Ketum Untuk Penagih Dadah? Jual Burger? Perjudian? Jual Nasi Lemak? Jual Satay? Dalam bidang apakah pelaburan oleh 1MDB dengan nilai sebanyak RM 15.4 bilion itu?

Malahan sila buat penjelasan umum mengenai apakah Najib pernah membuka dua akaun di AmBank sebelum PRU 13 dan menutupnya selepas beberapa bulan berakhirnya PRU 13 dan apakah benar wang RM 2.63 bilion itu pernah ada dalam akaun Najib atau tidak.

Malahan sila Najib berikan penjelasan mengapakah Rosmah si penganggur tua yang haram tak ada pekerjaan tetap boleh ada RM 2 juta dalam akaunnya melibatkan beberapa transaksi melibatkan sejumlah wang antara RM 150,000.00 hingg RM 300,000.00, dari mana sumber wang itu? Malahan Rosmah melalui peguamnya pun dah mengaku itu akaunnya, tapi dia hingga kini tak menafikan mengenai RM 2 juta itu.

Tak payah nak putar belit, sekarang ni dah terdedah bahawa Justo tu bukannya memalsukan dokumen 1MDB pun, sekarang kerana nak cover line, maka didedahkan satu watak baru iaitu James Steward pula yang dituduh bersekongkol untuk memalsukan dokumen 1MDB pula.

Lepas ni kalau kantoi lagi bukan James Steward ini yang memalsukan dokumen berkenaan, saya tak akan tekejut jika juak-juak Najib termasuklah si Khalid Abu Bakar KPN Penipu tu akan menangkap dan menggari seekor beruk di Zoo Negara serta beruk itu diheret ke dalam Black Maria dan dibawa ke Bukit Aman serta dilokapkan untuk dituduh membuat 'pemalsuan' dokumen melibatkan 1MDB-Petrosaudi ini.

Sebabnya Najib dah tak ada arah lagi, makin banyak terbongkar, malahan pecacainya pun dah mati kutu, mereka akan buat apa sahaja hatta perkara bodoh sekali pun untuk melengahkan masa.

Tetapi kebenaran akan muncul jua akhirnya.

Kepada Nek Tempoyak, kalau nak beri komen tu, biarlah komen yang munasabah dan menjawab isu yang sedang dibincang, bukannya mencarut tak tentu hala pula.

Atuk Cincaluk.

Anonymous said...

Isu jual beli tanah kerajaan melibatkan 1MDB di mana tanah yang harga pasaran melebihi RM 20 bilion tetapi dijual kepada 1MDB dengan hanya RM 230 juta sahaja, kerajaan dan rakyat kerugian wang pembangunan sebanyak RM 21 bilion lebih kesan dari urusniaga penipuan sebegini. Ini pun Najib kena jelaskan, kerana dia yang berkuasa untuk sain itu dan ini bagi pihak kerajaan dan 1MDB. Itu baru tanah di TRX, tak termasuk tanah di Bandar Malaysia yang jumlahnya juga lebih lagi dari tanah di TRX itu, sebab keluasannya adalah 500 ekar berbanding di TRX yang keluasannya hanya 70 ekar.

Kita tak boleh nak bayangkan berapa banyak pembangunan jalan raya di kampung, taman perumbahan, pembinaan sekolah, pembinaan rumah kos rendah untuk rakyat berpendapatan rendah, perubatan di hospital yang kini macam-macam dah serba kekurangan, sampaikan bawa ubat pun dah tak ada beg macam dulu, kemudian jambatan-jambatan dan titi-titi kayu di kampung-kampung dan taman perumahan kita yang dah rosak dan tidak mampu dibaiki, semuanya lingkup kerana hak kita untuk memperolehi pembangunan telah dirampas dari nilai sebenar tanah di TRX dan Bandar Malaysia yang jumlahnya lebih kurang RM 50 bilion dah dirampas oleh Najib dan kuncu-kuncunya ini.

Malahan saya tak akan hairan jika seekor kucing di Pasar Borong Selayang akan ditangkap dan diheret ke Black Maria dan dilokapkan di Bukit Aman oleh Ketua Penipu Negara @ Khalid Abu Bakar supaya kucing itu dapat dituduh melakukan penipuan terhadap cek 1MDB dengan meniru tandatangan Najib pula lepas ni.

Sebabnya Najib dah tak ada arah lagi, makin banyak terbongkar, malahan pecacainya pun dah mati kutu, mereka akan buat apa sahaja hatta perkara bodoh sekali pun untuk melengahkan masa.

Tetapi kebenaran akan muncul jua akhirnya.

Kepada Nek Tempoyak, kalau nak beri komen tu, biarlah komen yang munasabah dan menjawab isu yang sedang dibincang, bukannya mencarut tak tentu hala pula.

Atuk Cincaluk.

Anonymous said...

Dah ada bukti tunggu apa lagi bawa lah ke pengadilan tak payah susah-susah nak karang berjela-jela. Dulu ada cita-cita nak jadi wartawan pencen macam Kadiaq Jasin kot.

Kenapa, teloq kurang satu kah1

Anonymous said...

Anon 21 July 2015 at 18:24, isu ni dah dibuat laporan polis pun, kau tu yang jadi pecacai Najib yang dengan hanya dua tiga ringgit di lempar ke muka terus jadi barua Najib merapu tak tentu hala.

Sebenarnya Datuk Seri Khairuddin bin Abu Hassan dan buat laporan polis mengenai salah laku orang-orang tertentu yang dinamakan dalam laporan polis beliau termasuklah dalam senarai itu adalah Najib.

Tetapi lihatlah apakah Ketua Polis Negara Penipu si Khalid itu buat siasatan secara jujur?

Khalid tu bukannya nak siasat sangat pun dia pun nak ampu Najib, jawatan dia jawatan kontrak, harap kontrak disambung dengan menjadi pengampu Najib, kalau pecacai Najib harapkan dua tiga ringgit di lempar ke muka, tapi Khalid Penipu ni harapkan kontrak jawatannya disambung, walaupun dia sendiri mengkhianati amanah tugasnya.

Pasal laporan polis oleh Datuk Seri Khairuddin sebelum ini, Najib tak disiasat pun, tapi rumah Datuk Seri Khairuddin dirampas dengan tergesa-gesa tanpa memberikan ruang dan peluang untuk Datuk Seri Khairuddin untuk menstrukturkan hutangnya, rumahnya dirampas, kemudian dilelong dengan tergesa-gesa, tak cukup dengan itu, rumahnya yang lain digeledah, dia dituduh melakukan pengubahan wang haram sedangkan tak ada pun bukti akaun seperti yang berlaku kepada Najib di mana ada bukti akaun, dokumen transaksi RM 2.63 bilion itu, Najib tak disiasat, tapi Datuk Sri Khairuddin disiasat kerana dianggap akan menggugat kedudukan Najib.

Inilah Malaysia dah jadi macam di Yaman, Somalia, Chad, dan dinegara-negara dunia ketiga, kerana wang ringgit dan pangkat, amanah kerja pun boleh dibuang ke longkang.

Sedarlah diri.

Atuk Cincaluk.

jgn jadi bodoh!!! said...

nak cakap bodoh marah!! skang ni sape yg ada kuasa tuk turunkan jibby??Tun cuma mmberi saranan..klu nak tunggu kami..tunggu PRU la..ngan UMNO sekali tumbang..bodoh2

Anonymous said...

Sudahlah Atuk Cincaluk, kamu, Abu Bakar dan Khairudin ni macam orang yang sama. Blahlah. Orang muflis x de kena mengena dengan Najiblah. Muflis sebab x bayar hutang bank. Orang kampung pun tahulah. Dah salah sendiri tu nak jahanamkan orang lain pulak, kaulah yg rugi kerana buat dosa fitnah tu lebih besar dari membunuh.

Blog Archive