Wednesday, July 15, 2015

Kemelut 1MDB- Punca Kecelaruan?

1. Menteri Kewangan Ke-2 Ahmad Husni Hanadzlah telah menyimpulkan bahawa tiada penyelewangan berlaku dalam 1MDB, di mana kesimpulan beliau tersebut disandarkan kepada laporan sementara Ketua Audit negara. Namun, menteri itu lupa, laporan sementara boleh sahaja diubah, jika semua dokumen diperiksa.

2. Seperti kata Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohammad Rahmat, bahawa Ketua Audit Negara berdepan dengan kesukaran pengauditan, atas sebab banyak dokumen mustahak belum diperolehi terutama penyata akaun bank dan surat-surat perjanjian.

3. Semalam anggota PAC Tony Pua telah menuduh, bahawa terdapat perbezaan dalam laporan audit 1MDB bagi sesi Tahun 2014 antara yang dihantar ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan dokumen yang dikemukan kepada bank untuk tujuan pinjaman. Tony membangkitkan satu perkataan, PUT ASIDE DAN USED UP. Laporan audit ke SSM sejumlah USD1.12 fund was used up sementara dokumen yang dikemukan kepada bank saudagar jumlah tersebut has been put aside. Dua perkataan itu sungguh berbeda.

4. Kenyataan Tony itu didokong oleh fakta, bahawa sejak suku akhir tahun 2014, 1MDB berdepan dengan aliran tunai, sehingga tidak mampu membyar hutang jangka pendek. Jika wang sejumlah USD1.12 has been put aside, sudah tentu syarikat gergasi itu tidak berdepan dengan aliran tunai.

5. Perlu diingat pada 6 Jun 1MDB menerima USD1bilion daripada IPIC/Aabar untuk membayar hutang kepada Bank German sebanyak USD975milion, sebelum itu terpaksa meminjam RM2bilion daripada Ananda Khrisnan untuk membayar hutang pada bank-bank tempatan, juga terpaksa menjual sebahagian tanah TRX untuk menjual hutang tertunggak.

6.1MDB yang ditubuhkan pada Tahun 2009 sehingga Tahun 2014 telah mengumpul hutang RM41.8bilion. Dan sebahagian hutang tersebut telah dilabur dalam bentuk wang tunai ke luar negara. Tindakan ini sebenarnya telah bercanggah dengan penubuhan asal syarikat tersebut, kerana syarikat tersebut sebenarnya berfungsi untuk membawa masuk pelaburan asing ke Malaysia, bukan sebaliknya.

7. Terlalu awal membuat kesimpulan berkaitan 1MDB, kerana Ketua Audit Negara belum siap membuat laporan sepenuhnya, sementara PAC masih terkial-kial memeriksa.

8. Apa yang akan berlaku? jika laporan dua badan tersebut (AG dan PAC) bercanggah dengan kenyataan Menteri Kewangan Ke-2???

No comments:

Blog Archive