Thursday, July 16, 2015

Kemelut 1MDB: Petugas Khas Tidak Melibatkan Peguam Negara

1. Tiga ahli kanan Petugas Khas bagi menyiasat 1MDB- Gabenor Bank Negara, Ketua Polis Negara dan Pensuruhjaya SPRM menadatangani satu surat kenyataan pada Khamis 16 Julai, bahawa Peguam Negara bukan anggota Petugas khas bagi menyiasat 1MDB, melainkan peranan Peguam Negara itu hanya terhad memberi panduan daripada segi undang-undang.

2. Ramai yang beranggapan jika Peguam Negara terlibat dalam menyiasatan 1MDB, maka akan berlaku ketidak telusan dan kebebasan siasatan tersebut. Antara yang meragui jika Peguam negara terlibat adalah mantan Peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman.

3. 1MDB menjadi sorotan dan bualan umum dan rakyat apabila terlibat dengan pinjaman berjumlah RM41.8bilion walaupun hanya beroperasi selama 6 tahun. Selain itu, dakwaan kononnya sejumlah RM2.6bilion daripada pinjaman syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut telah dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri di AmBank.

4. Dakwaan kononnya sejumlah wang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri disiarkan oleh The Wall Street Journal, surat khabar kewangan milik Dow Jones yang berpangkalan di Amerika Syarikat pada 2 julai.

5. Hingga setakat ini, belum ada penafian daripada Perdana Menteri berkaitan dakwaan tersebut, hanya jawapan berkias, bahawa beliau tidak pernah menggambil wang untuk kegunaan peribadi.

6. Wang sejunkah RM2.6bilion kemungkinan besar adalah wang yang disalurkan kepada Perdana Menteri atas kapasiti beliau sebagai pemegang amanah bagi Parti Umno. Kapasiti sebagai pemegang amanah sebenarnya sudah berlaku sekian lama dalam parti Umno, dan kaedah itu turut juga digunapakai selama 22 tahun semasa Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sebagai Presiden Umno.

7. Siasatan Petugas khas akan mengenal pasti apa kah dana sebesar RM2.6bilion diperolehi melalui salah guna kuasa atau sebaliknya.

No comments:

Blog Archive