Sunday, July 19, 2015

Kemelut 1MDB: DS Najib Tidak Mudah Lari Dari Persepsi

1. Kalau datangnya persepsi negatif daripada pembangkang, tidak menghairankan, tetapi datangnya daripada mereka yang partisan, ada yang profesional seperti jurutera, peguam doktor, farmasi malah pegawai kerajaan.

2. Jika sebelum ini dakwaan bahawa ada salah urus dalam 1MDB, meskipun DS Najib sebagai Penasihat Lembaga Pengarah, tidak sangat membawa persepsi negatif kepada Perdana Menteri, dengan alasan, mungkin sahaja pengurusan menyembunyikan sesuatu kepada beliau, kerana perjalanan syarikat tidak melibatkan penasihat, namun apabila timbul dakwaan RM2.6bilion telah dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri di AmBank, dan sehingga kini, tiada penafian mengenainya, maka semakin kuatlah persepsi bahawa beliau telah menyalah gunakan kewangan 1MDB.

3. Kalau dipihak BN, memang beranggapan bahawa wang yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri tersebut digunakan untuk pilihanraya, kerana masa kemasukan wang tersebut sebelum pembubaran Dewan Rakyat pada Tahun 2013, bagi membolehkan pilihanraya umum ke-13.

4. PRU-13 merupakan ibu kepada pilihanraya, atas sebab itu kekuatan jentera dan kewangan sahaja membolehkan UBN mendapat kerusi 133 Dewan Rakyat, walaupun kehilangan undi popular. 

5. Memang secara rasmi, UBN tidak boleh menyebut bahawa berbilion ringgit digunakan bagi berdepan PRU itu, kerana menurut peraturan Suruhanjaya Pilihanraya, UBN hanya boleh membelanjakan maksima RM100juta untuk seluruh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Jika UBN menyebut berbilion ringgit telah digunakan, maka semua wakil rakyat yang mewakili UBN akan terlucut sebagai wakil rakyat.

6. Jika benarlah, RM2.6bilion dimasukkan ke akaun Perdana Menteri, dan wang itu bukan kegunaan peribadi, maka jawapan yang boleh dibuat, bahawa wang tersebut diagih-agihkan kepada parti komponen UBN, serta NGO yang berafiliasi terus dengan UBN.

7. Beban yang ada pada DS Najib sekarang ini, adalah untuk menjelaskan sumber wang tersebut, dan perlu dipastikan bahawa ianya bukan berasal daripada 1MDB, kerana dana syarikat milik kementerian kewangan tersebut hampir 100 peratus bersumber daripada pinjaman, kecuali modal asal RM1juta.

8. Adalah tidak sesuai sesebuah syarikat yang mendapat dana daripada pinjaman, akan tetapi menderma berbentuk CSR. 

9. Umum mengetahui, bahawa 1MDB sejak ditubuhkan belum mempunyai operasi yang nyata, kerana aset-aset yang dibeli belum menjana pendapatan.

10.Diketahui juga bahawa syarikat tersebut berdepan dengan aliran tunai, atas sebab itu mengalami masalah membayar hutang yang telah matang. Adalah tidak masuk akal, jika satu syarikat yang berdepan dengan aliran tunai, namun memberi sumbangan sosial berbentuk wang tunai.

11. Demi mengatasi hutang, 1MDB bermula pada Januari telah mencadangkan pemulihan melalui rasionalisasi, antaranya menubuhkan tiga syarikat yang berlainan entiti- Trx, Bandar Malaysia dan Edra Energy. Juga melalui rasionalisasi tersebut satu ikatan dengan IPIC (Aabar) Abu Dhabi bagi mengurangkan hutang sehingga RM16bilion. Pada 6 Jun lalu, syarikat Abu Dhabi tersebut telah menyalurkan USD1bilion bagi membantu membayar hutang kepada Bank German sebanyak USD975milion. Sebagai imbalan kepada ikatan tersebut, 1MDB akan menyerahkan aset-aset atau surat-surat berharga termasuk pelaburan daripada PetroSaudi yang dipindahkan ke Pulau Cayman, kemudiannya di bawah ke Singapura.

12. Meskipun pengurusan 1MDB telah menyenaraikan kegunaan wang pinjaman sejumlah RM41.8 bilion, malah syarikat tersebut mendapat baki tunai RM900 juta, namun mereka yang mengeritik 1MDB, masih sangsi, kerana pihak syarikat tidak dapat menunjukkan kewujudan atau bukti-bukti penggunaan wang tersebut, kecuali bagi harta yang tidak mudah alih seperti tanah TRX, Bandar Malaysia, Tanah Ayer Itam Pulau Pinang, serta beberapa IPP yang telah dibeli dengan harga RM18bilion.

13. Kini, Ketua Audit Negara, PAC dan Petugas Khas sedang bertungkus lumus memeriksa 1MDB, malah Interim Reports daripada Ketua Audit Negara telahpun diberikan kepada PAC, akan tetapi tiada siapa yang tahu kandungan laporan tersebut, kecuali anggota PAC dan Ketua Audit Negara.

14. Apa yang dicari oleh semua yang diberi tanggungjawab memeriksa 1MDB, adalah untuk mengetahui, bahawa tiada satu senpun dipindahkan kepada akaun Perdana Menteri, kerana hanya itu sahaja caranya, Perdana Menteri terlepas daripada tuduhan salah guna kuasa.

15. Berkaitan sumber RM2.6bilion yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri, diharapkan bukan berasal daripada IMDB, akan tetapi daripada entiti yang telahpun menjana pendapatan.

16. Perdana Menteri atas nama Pemegang Amanah boleh sahaja menerima bantuan kewangan, kerana kaedah tersebut, telah lama dipraktekkan, malah semasa Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, ianya satu kaedah menerima dana demi kegunaan parti.

2 comments:

Anonymous said...

Ramai golongan 'profesional' Islam/Melayu yg. hidup mewah dah jadi puak LIBERAL-yg. tak SEDAQ diri-asal usul nenek moyang depa dari kpg. - yg. dulunya diTINDAS Penjajah British/Zionis-KEPARAT yg. menghalang BUMIPUTERA Islam/Melayu MISKIN bersekolah di peringkat menengah! Kononnya si 'profesional' pikiaq depa tu dah jadi 'intelektual-ala-Barat tapi sebenaqnya BANGANG-nakk-MAMPOS, sebab asyik TERUJA-mcm-KULI dgn. PENIPUAN puak PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO serta Tuan depa, rejim PNGGANAS Barat/Zionis!

Sepatutnya, BANGSA BUMIPUTERA Islam/Melayu mesti BERSATU, utk. MENENTANG habis-habisan puak PENDATANG PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH- no 1 - yg. begitu galak tak habis-habis nak MENJATUHkan ISLAM; NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang berzaman kita ini; DYMM Kesultanan Islam/Melayu kita sbg. PENJAGA Islam dan kaum Bumiputera, HAK dan IDENTITI Bumiputera Islam/Melayu kita, IMDB/MARA/UMNO dll, YAB PM Islam/Melayu, DS Mohd. Najib Tun Razak kita serta isteri, DS Rosmah Mansor; dan LEGASI-amat-GEMILANG Ayahanda YAB PM, iaitu BAPA KEMERDEKAAN/BAPA PEMBANGUNAN BUMIPUTERA-no-1, Allahyarham YAB PM Tun Abdul Razak Hussein TERCINTA kita!!

IMDB, MARA, TABUNG HAJI, FELDA, UMNO dan mana-mana insitusi-instusi/pemimipin yg. menjaga HAK dan KEBAJIKAN Bumiputera terutamanya Bumiputera Islam/Melayu memang mahu di JAHANAMkan PENGGANAS-PENGGANAS ANTI-BUMIPUTERA Islam/Melayu dari si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO ini yang termasuk puak PENGGANAS PEMISAH Sabah/Sarawak, iaitu si KULI-rejim-rejim PENGGANAS Barat/NATO-ISrael/Zionis, yang memang nak MEMISAHkan Sabah/Sarawak yg- kaya minyak/gas, dari Malaysia dan diGABUNGkan dgn. SingaPORK-pusat-CIA-MI6/Mossad/NATO di Asia Tenggara - lihat di - http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009)!

Sebab itu kita mesti SELAMATkan PULAU PISANG kita yg. sungguh INDAH dan BESAR di JOHOR; dari diJAJAH sewenangnya SingaPORK-KEPARAT spt. Batu Puteh – lihat di http://belantan.blogspot.com/2015/07/bimbang-pulau-pisang-senasib-pulau-batu.html, Bimbang Pulau Pisang senasib Pulau Batu Puteh? , Dicatat oleh Taminsari Sabtu, Julai 11, 2015!! Maka Menteri Pertahanan, tolonglah CELIK, CEKAP dan TEGAS sikit!

Nek Tempoyak.

Anonymous said...

Tengoklah si PENGGANAS DAPBANGKAI BABI RASIS ni; majlis HARI RAYA YAB PM pun depa nak SONDOL-mcm-puak BABI memanjang!Lihat di - http://theflyingkick.blogspot.com/2015/07/patut-tampar-dahinya-bagi-kemek.html, PATUT TAMPAR DAHINYA BAGI KEMEK!!! WARTAWAN CINA DARI MALAYSIAKINI BERPERANGAI SALING TAK TUMPAH SEPERTI BABI... MENYONDOL-NYONDOL SAMPAI TAK KIRA TEMPAT!!!, Sunday, July 19, 2015!

Blog Archive