Latest News

Hp Oppo Boleh Menyatukan Melayu?

1. Hanya kerana mencuri telepon bimbit OPPO boleh menyatukan melayu. Penyatuan itu bukan melalui tindakan terpuji, akan tetapi spontan yang sepatutnya tidak perlu berlaku.

2. Rakyat Malaysia mungkin terlalu kenyang dengan kenyataan khyalan, sehingga jika berlaku sesuatu diluar kebiasaan, akan menyebabkan mereka bersatu.

3. Akibat tindakan 7 pemuda pada petang Sabtu di Low Yat Plaza Bukit Bintang dan berlarutan sehingga pagi pada Ahad, bukan sahaja kerugian harta benda juga masa dan tenaga pihak berkuat kuasa seperti Polis.

4. Apa yang malang ada pihak-pihak tertentu mengambil peluang keadaan itu mengapi-apikan perkauman, malah salah seorang pemimpin DAP menduduh polis bertindak perkauman semasa kejadian tersebut..

5.Kejadian mencuri telepon bimbit OPPO yang menyebabkan ratusan kaum melayu membela pencuri dan menyalahkan peniaga cina sebagai biang kerok kejadian tersebut merupakan satu tindakan tidak bertamadun yang masih terdapat di negara yang telah merdeka lebih setengah abad.

6. Malaysia menjadi sorotan dunia hanya kerana kejadian yang salah. Malaysia menjadi bualan dunia kerana 1MDB, kerana RM2.6bilion masuk ke akaun Perdana Menteri dan sebelum ini kerana RM250juta NFC.

2 Responses to "Hp Oppo Boleh Menyatukan Melayu?"

Anonymous said...

Oiii apa yang ko merepek mengatakan melayu tu mencuri?cina menipu ko tak salahkan pulak.memang ko melayu bangang .

Anonymous said...

Ini ceritanya
Sembasng Terbang - http://sembangterbang.blogspot.com/2015/07/tragedi-13-julai-kisah-sebenar-rusuhan.html

Blog Archive