Sunday, July 05, 2015

DS Najib Terima Wang RM2.6bilion- Merupakan Tindakan "shot To Kill"


1. Salahkah DS Najib terima wang RM2.6bilion?

2. Dalam undang-undang dikatakan salah, kalau wang yang diterima itu ada unsur rasuah. 

3. Kalau wang yang diterima itu merupakan "bantuan" atau sumbangan bagi kegunaan tertentu misalnya untuk pilihanraya, ianya bukan salahpun. Di Amerika seorang calon Presiden mendapat sumbangan ratusan juta dollar amerika. Hanya bezanya, di Malaysia tidak mengikut cara di Amerika.

4. Persoalan yang meyelubungi Najib sekarang ini, apa kah wang yang bersumber daripada urusniaga 1MDB disalurkan kepada Perdana Menteri, sepertimana dakwaan berbagai pihak, yang dimulai oleh Sarawak Reports, kemudian dikembangkan oleh Wall street Journal (WSJ), kemudian diuar-uarkan oleh semua portal pembangkang dalam negara.

5.DS Najib telah menafikan, bahawa beliau tidak menerima bantuan kewangan daripada 1MDB, kemudian 1MDB juga membuat kenyataan, tiada sebarang kewangan yang disalurkan kepada perdana Menteri.

6. Dakwaan yang diuar-uarkan kini antara lain- Peguam Negara juga melihat dokumen-dokumen yang serupa sepertimana dilaporkan. Persoalannya, apa kah fakta dokumen tersebut sama dengan apa yang disiarkan oleh SR dan WSJ? Kini, pembenanan bukti terletak kepada SR dan WSJ, bukannya Najib. Manakala A-G, perlu membuat kenyataan, bahawa dokumen yang dilihat beliau tersebut "sama" atau "tidak" sepertimana dilaporkan.

7. AYT berfikiran, bahawa gelombang memaksa Najib meletakkan jawatan daripada Tun Dr Mahathir, perlu melakukan tindakan "shot to kill", sebab itulah, dakwaan bahawa DS Najib menerima wang sebanyak RM2.6 bilion menjelang PRU-13,melalui akaun peribadi merupakan tindakan "shot to kill".

8. Tindakan pihak yang mahu memaksa Najib meletakkan jawatan adalah melalui dakwaan yang memberi impak besar kepada kredibiliti dan integriti beliau sebagai Perdana Menteri. Bagi mereka, apa kah dakwaan itu palsu bukan persoalan, yang penting dakwaan itu mampu memberi imej buruk dan mampu mengamit persepsi rakyat, bahawa Najib tidak berwibawa lagi sebagai Perdana Menteri.

9. AYT teringat, di zaman Tun Dr Mahathir bahwa Dato Seri Anwar Ibrahim bersama-sama keluarganya mempunyai wang yang disimpan di Bank of Israel di mana jumlahnya berbilion-bilion dollar. Dakwaan tersebut disertakan dengan nama selain bank akaun, namun sehingga kini, tiada kebenaran berkaitan dakwaan tersebut. ironinya, SR dan WSJ juga merupakan sumber kepada laporan tersebut.

10. WSJ sejak tahun tahun 1992 telah kalah 5 kali yang membabitkan Perdana Menteri Singapura, di mana surat khabar itu membuat laporan berunsur fitnah, seperti mana laporan yang menyelubungi DS Najib.

11. Tindakan segera DS Najib pada masa ini, bagi membersihkan nama beliau adalah menyaman SR dan WSJ.

12. Memang laporan SR dan WSJ memberi impak amat buruk kepada Najib, 

13. Terserah kepada rakyat Malaysia menerima atau tidak dakwaan tersebut, kerana terbukti dalam kes Anwar Ibrahim, ramai rakyat yang tidak percaya, buktinya Pakatan Rakyat yang diketuai Anwar semasa PRU-13, mampu menarik sokongan 52 peratus daripada seluruh pengundi.

1 comment:

Anonymous said...

Najib perlu kemukakan penyata bank dan membuat pengakuan berkanun untuk menyatakan dirinya tak menyonglap wang itu.

Malahan AmBank perlu membuat kenyataan rasmi serta membuat pengakuan berkanun bahawa tiada wang berjumlah RM 2.63 bilion dimasukkan ke dalam akaun Najib.

Kepada juak-juak Najib, tak payah nak putar sana sini lagi, lebih baik kamu suruh Najib dan AmBank berikan penjelasan rasmi, tunjukkan penyata bank, buat pengakuan berkanun, itu pun jika di pihak yang benarlah.

Blog Archive