Latest News

Disebalik Kemelut 1MDB semakin Memuncak!!!!

1. Kemelut 1MDB semakin memuncak apabila The Wall Street Journal (WSJ) pada 3 Julai membuat laporan bahawa hampir USD700milion masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri.

2. WSJ dalam laporannya mendakwa bahawa sumber laporan tersebut adalah daripada para penyiasat Malaysia, yang merujuk kepada Pasukan khas yang ditubuhkan pada 9 Mac 2015 seperti mana diumumkan oleh Ketua Polis Negara. Asas siasatan tersebut adalah seksyen kanun keseksaan 409 dan 420. Seksyen merujuk kepada pecah amanah, manakala seksyen 420 meruju kepada penipuan.

3.Sebenarnya WSJ tidak menyebut secara langsung bahawa akaun peribadi di Ambank milik Najib, namun mereka mengunakan cara alir dan menganggap bahawa nama akaun Amprivate Banking1MY dan AmPrivate Banking MR merujuk kepada Najib. Walau bagaimanapun Sarawak Reports menulis nombor akaun dan menamakan Najib sebagai pemilik akaun. Akaun itu dikatakan menerima wang sejumlah hampir USD700 milin pada mac 2013, walau bagaimanapun akaun tersebut ditutup pada 30 Ogos 2013.

4.Apa yang pelik, sehingga kini TIADA sebarang penafian daripada Perdana Menteri bahawa akaun itu bukan miliknya, juga tiada sebarang penafian bahawa beliau pernah mengetahui sejumlah wang tersebut. Jawapan Najib berkaitan dakwaan tersebut, langsung tidak mengena dengan dakwaan, sebaliknya beliau berkata- dakwaan tersebut berunsur sabotaj dan Tun Dr Mahathir disebalik laporan tersebut.

5. Pada Khamis- Ketua Audit Negara Tan Sri Ambarin Buang menyiram minyak petrol lagi, apabila beliau memberitahu PAC, bahawa jabatan itu berdepan dengan kerumitan mendapatkan penyata akaun dan perjanjian semua urusuniaga 1MDB. Melalui pendedahan tersebut, semakin meruncing lagi kemelut 1MDB.

5 Responses to "Disebalik Kemelut 1MDB semakin Memuncak!!!!"

Anonymous said...

Menurut warta berita Arul berkata semua dokumen telah diserah pada Audit Negara. Apa pun dia akan find out dokumen apa yg diperlukan lagi oleh Audit Negara.

Anonymous said...

Juak-juak Najib ketawa girang kononnya isu penyiasata 1MDB dikatakan bersih dari sebarang masalah salah laku, tapi akhirnya itu semua mainan wayang Najib dan kuncu-kuncunya sahajalah.

Kalau pihak Audit Negara terpaksa minta tolong kepada Kementerian Kewangan supaya mengarahkan 1MDB untuk menyerahkan dokumen dan perjanjian perniagaan yang hendak disiasat itu menunjukkan 1MDB memang tak beri kerjasama kepada para pengaudit dari Audit Negara.

Jika 1MDB tak mau beri kerjasama, mereka mungkin ada perkara yang hendak disembunyikan dan mungkin mereka sedang berusaha untuk menyelewengkan fakta dalam dokumen berkenaan untuk menghilangkan bukti sebenar apa yang berlaku dalam urus niaga 1MDB selama ini.

Tindakan 1MDB sekarang ini hanyalah untuk melengahkan masa supaya tindakan 'pembersihan' di dalam dokumen yang hendak disiasat oleh 1MDB dapat 'dicuci' dengan menghilangkan bukti-bukti serta fakta-fakta yang boleh menyebabkan 1MDB diseret ke mahkamah.

Keadaan menjadi makin gawat sekarang ini, banyak sangat putar belit yang menyebabkan rakyat berasa benci dan meluat dengan gelagat pihak yang terlibat samada yang dituduh dengan orang yang menyiasat kerana rakyat melibat seperti ada 'kautim' antara mereka untuk menyelesaikan isu ini secara 'bawah meja'.

Jika pihak penyiasat bersikap jujur dan tegas, saya percaya isu ini dah lama dapat diselesaikan dengan mengheret suspek-suspek yang terlibat ke mahkamah, biar mereka beri justifikasi di mahkamah, mereka yang buat semua itu, takkan mereka tak tahu nak jawab kot?

Walau apa pun, apa yang terjadi kini adalah satu titik hitam dalam sejarah negara. Malahan apa yang terjadi kini menjadikan Malaysia bahan ketawa negara-negara asing yang melihat begitu caca marba dan begitu tidak jujurnya pihak kerajaan dan pasukan penyiasat yang menyiasat kes ini.

Bersikap jujurlah, kerana tak guna panjangkan polemik kes ini, buang masa, buang wang ringgit, tak guna melingkupkan wang untuk buat kerja-kerja yang tak perlu kerana nak menyelindungkan kesalahan seorang yang buat sesuatu kesalahan, walaupun tak dapat dibuktikan lagi, tapi dia dah jadi suspek, patutnya heret ke mahkamah, biar dia sendiri jelaskan, takkan dia tak tahu, kerana semua itu dalam pengetahuan sebab dia terlibat dalam semua perkara itu.

Anonymous said...

Lagi satu perkara yang menyebabkan rakyat makin musykil adalah penyiasatan terhadap akaun 1MDB adalah bermula pada tahun kewangan 2010 sedang 1MDB telah bermula beroperasi sebelum 2010 lagi, malahan banyak urusniaga yang meragukan pun belaku sebelum tahun 2010, tetapi mengapakah skop penyiasatan oleh pihak Audit Negara hanya bermula pada tahun kewangan 2010 dan ke atas sahaja, apakah justifikasi untuk pihak Audit Negara dan PAC tidak menyiasat tahun kewangan sebelum tahun 2010?

Kalau nak menyembunyikan kebenaran, lebih baik tak payah siasat, lebih baik Audit Negara tulis semua laporan mereka berhubung isu 1MDB sebagai baik belaka dan sangat terpuji. Sebab buang masa saja siasat sebab ada benda yang hendak disembunyikan.

Anonymous said...

Laporan awal Ketua Audit Negara kata x de perkara yg meragukan. Orang yg memfitnah memang guna dokumen palsu, tampared and doctored kan. So it seems tally.

Anonymous said...

Mesti ada si PENGKHIANAT-ejen-DALAMAN yg. asyik nak SABOTAJ 1MDB!

Dan mcmmanalah si PENGGANAS KAPIRDAJAL Anti-ISLAM/Melayu Pua-DAPBANGKAI-EJEN ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH- no 1 tu boleh terlibat dlm. PACBANGANG ni - yg. patut diBUBARkan segera! Mcm. puak ni pula lebih BERKUASA dr. K’jaan!

Maka AGLIBERAL/PDRM, baik TANGKAP cepat mana-mana ejen-ejen DALAMAN dari puak PENDATANG PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO-tu!!

Dan apa hal si PENGGANAS gong eng-DAPBANGKAI tu pikiaq dia lebih BERKUASA dari DYMM YDPA sbg. KETUA AGAMA/NEGARA/ATM, serta K’jaan persekutuan termasuk YAB PM dan KDN/PDRM - sampai nak sewenangnya MEMBEKUkan aset 1MDB?!

Ini disyaki memang strategi KEPARAT puak PENDATANG PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH- no 1 ni nak MENGHALANG mana-mana ajensi persekutuan beli tanah IMDB dan mana-mana tanah negeri tu yang mahu menjaga KEPENTINGAN, TANAH dan HAK Bumiputera di sana, yang memang makin TERHAKIS!

Maka aku syak, inilah antara sebab UTAMA kenapa si PENGGANAS-PENGGANAS PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO beriya nak MENJATUHkan IMDB dan YAB PM Islam/Melayu kita serta LEGASI-amat-GEMILANG bapa beliau, iaitu BAPA KEMERDEKAAN/BAPA PEMBANGUNAN BUMIPUTERA-no-1, Allahyarham YAB PM Tun Abdul Razak Hussein TERCINTA kita!!

Maka, kita sepatutnya JANGAN asyik DEFENSIF - tetapi pemimpin-pemimpin Islam/Melayu juga mesti asyik SERANG ("ATTACK")! Itulah strategi perang memanjang Rejim-rejim PENGGANAS Barat-NATO/Zionis-ISrael dan EJEN-EJEN depa dari puak si PENGGANAS ANTI-ISLAM/Melayu dari puaka PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO, sampaikan Dunia Islam yg. amat kaya minyak/gas- Thorium/Uranium (utk. pembuatan senjata NUKLEAR) boleh diJAJAH sewenangnya!

Nek Tempoyak.

Blog Archive