Wednesday, July 15, 2015

1MDB Interim Reports- Mengundang Persepi Baru

1. Kenapa Laporan Interim 1MDB yang dihantar Ketua Audit Negara kepada PAC pada 9 Julai tidak disiar kepada umum? sedangkan kemelut syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut sudah menjadi isu bagi ramai rakyat.

2. Mengutip sebahagian-sebahagian daripada laporan tersebut, dan hanya diumumkan yang positif-positif sahaja, sebenarnya mengundang lebih banyak persepsi, bahawa pihak-pihak tertentu dalam proses cover up, atas sebab semasa mengumumkan berkaitan laporan tersebut Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohammad ada membayangkan ada beberapa dokumen penting antaranya penyata akaun bank dan perjanjian-perjanjian tertentu tidak dikemukakan kepada Ketua Audit Negara.

3.Pihak yang berkepentingan, semacam membuat kesimpulan cepat, kononnya tidak berlaku sebarang salah laku dalam 1MDB, sehingga kenyataan tersebut seolah-olah mereka mengangkat bakul sendiri.

4. Jika demikianlah, bahawa mereka yang berkepentingan yang membuat kenyataan, bahawa tiada sebarang salah laku, apa perlunya pihak ketiga memeriksa syarikat gergasi tersebut? 

5. Kenyataan-kenyataan daripada pihak-pihak terbabit khususnya Perdana Menteri, Menteri Kewangan ke-2 dan "penyokong" kuat Perdana Menteri yang baru Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, tidak akan banyak membantu mengatasi kecurigaan rakyat terhadap kemelut 1MDB.

6.Kini timbul pula persepsi bahawa Laporan Ketua Audit Negara dan Petugas khas berkaitan 1MDB, tidak akan telus, kerana dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan. Kerana sudah terlihat bahawa kenyataan-kenyataan pihak yang berkepentingan berkaitan laporan Interim 1MDB di mana sudahpun dibuat kesimpulan pra matang.

No comments:

Blog Archive