Wednesday, July 22, 2015

1MDB: The Age Mengaku Guna Maklumat Yang Dicuri Justo- Tony Pua Bila Lagi?

1. Pendedahan Polis Diraja Thailand pada 16 Julai lalu tentang hubungan beberapa pihak dengan Xavier Andre Justo serta 10 orang individu yang telah bertemu dengan pemeras ugut tersebut di Hotel Fullerton, Singapura, menyaksikan ramai yang mula gelabah dan melenting.

2. Semalam Penerbit dan CEO The Edge Media Group, Ho Kay Tat pula terpaksa mengakui bahawa telah bertemu dan menggunakan maklumat-maklumat yang dicuri oleh Xavier Justo daripada PetroSaudi International.

3. Sebelum ini, The Edge menegaskan mereka tidak mempunyai kaitan dengan warga Swiss yang dipecat PetroSaudi. Beberapa pihak pula cuba menggambarkan bahawa keputusan siasatan polis Thailand hanyalah sebuah sandiwara. 

4. Ho Kay Tat, Penerbit & Group CEO The Edge Media Group mengakui mereka mepunyai dua pilihan sahaja iaitu, menggugurkan perkara itu dan kemudian mendiamkan diri, ataupun berpegang kepadanya dan menyebarkannya agar kebenaran muncul.

5. The Edge mengambil pilihan kedua. Yang menarik dalam hal ini, seandainya The Edge tidak mempunyai sebarang niat lain, mereka sepatutnya mengumumkan tentang data-data tersebut dan menyerahkan data-data curi tersebut kepada pihak berkuasa sebelum memberikan kenyataan untuk membantu siasatan.

6. Persoalan disini, mengapa The Edge memilih untuk tidak menyerahkan dokumen, e-mel bercetak dan cakera padat itu kepada Bank Negara lebih awal. Mengapa mereka tidak menyerahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (CCID) dan PDRM ketika memperolehinya beberapa bulan lepas? Sebaliknya mereka menyiarkannya kepada umum untuk menimbulkan persepsi buruk?

7. Mengapa The Edge memilih untuk tidak memberi kenyataan kepada CCID dan mengapa terpaksa menunggu sehingga penglibatan mereka didedahkan oleh Polis Diraja Thailand? Mengapa semuanya tidak dilakukan lebih awal dan mengapa hanya menunggu semalam untuk melakukannya sambil menyatakan mereka telah menyimpan semua maklumat tersebut agar tiada sesiapa pun yang memindanya? Atau mereka sebenarnya sangat bimbang dengan keputusan daripada siasatan Polis Thailand sehingga terpaksa membuat pengakuan lebih awal?

8. Polis Thailand turut mendedahkan bahawa data-data tersebut telah diubahsuai pada kadar 'yang sedikit tetapi penting' selepas diserahkan oleh Justo kepada pihak yang melibatkan 10 orang individu yang turut didedahkan oleh Polis Thailand.

Kesimpulannya, segala reaksi pelik Ho Kay Tat memang diragui. Apakah nama Ho Kay Tat merupakan salah seorang daripada 10 individu tersebut menyebabkan dia terpaksa membuat pengakuan?

Beliau turut berkata di portal milik The Edge sendiri, "Sebahagian daripada maklumat tersebut telah digunakan dalam artikel-artikel yang kami siarkan selama beberapa bulan lepas. Sebahagiannya lagi terlalu sensitif untuk digunakan."

9. Sebahagian besar rakyat menunggu, bila pula Tony Pua mengaku telah berjumpa Xavier Andre Justo? Apa kah menunggu pendedahan Polis Thailand? Sebenarnya Pua pada masa ini, bagaikan burung unta, menyembunyikan kepala yang kecil dalam pasir, kerana tidak nampak orang, maka merasa selamat, sedangkan badan yang besar jelas nampak.

2 comments:

Anonymous said...

kesian admin..tu la jadi penjilat lg..xtngok berita ke the edge da serahkan data2 pd pihak berkuasa..jagn asyik tngok Tv3sku je penjilat cam admiin gak..Rakyat sedang mennuggu bila jibby nk samn WSJ,SR,TE

Anonymous said...

The Edge dah berikan dokumen itu kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Najib bila lagi nak saman The Edge, Sarawak Report, dan Wall Street Journal kononnya mereka itu memfitnah Najib?

Dokumen itu isu yang lain, isu utama adalah penyelewengan, rompakan, penyamunan, pencurian yang sangat dahsyat dibuat oleh orang yang bergelar pemimpin, itu sangat teruk, malahan orang begini sangat dahsyat!

Blog Archive