Latest News

Tun M Tidak Mahu Sebarang Jawapan- Hanya DS Najib Perlu Letak Jawatan

1. Sebelum ini, Tun hanya berkata, beliau hanya bertanya. Kini berubah, sebarang pertanyaan, tidak lagi memerlukan jawapan, akan tetapi DS Najib perlu meletakkan jawatan.

2. Bagi Tun, sebarang jawapan terutamanya berkaitan 1MDB semuanya bohong, kerana yang menjawab itu adalah orang yang berbohong. Jawapan yang berbohong adalah jawapan bohong.

3. Tulisan terbaru Tun, membidas CEO 1MDB Arul Kanda, kerana kenyataan CEO 1MDB baru tersebut berkaitan wang yang disimpan di BSI Singapura. Wang yang disimpan itu berbentuk unit dimana nilainya identikal dengan jumlah unit.

4. Bagi mereka yang biasa melabur dalam unit amanah, pasti tahu bahawa, jumlah unit akan sama dengan nilainya, cuma membezakan pelaburan tersebut adalah net asset value (NAV) semasa pelaburan tersebut.

5. AYT tidak pasti nilai sebenar unit yang disimpan di BSI Singapura itu, apakah masih setara dengan USD1.103 bilion? sepertimana pelaburan yang pada awalnya disimpan di Pulau Cayman. Namun, apa yang pasti IPIC dan Aabar Abu Dhabi telah mengambil alih unit tersebut dan telah menyalurkan USD1bilion. Ertinya, nilai unit tersebut pasti tidak kurang daripada USD1bilion.

6. Kini, pihak-pihak yang terlibat 1MDB atau para pemimpin kerajaan perlu mengambil iktibar, bahawa bukan lagi isu menjawab, akan tetapi isu desakan agar PM Letak jawatan.

14 Responses to "Tun M Tidak Mahu Sebarang Jawapan- Hanya DS Najib Perlu Letak Jawatan"

Anonymous said...

SEBENARNYA TUN MAHATHIR TIDAK MAHU SESIAPA PUN SELEPAS BELIAU MENJADI PERDANA MENTERI MENJADI LEBIH HEBAT DARI BELIAU. BELIAU TIDAK MAHU SESIAPA PUN MENCIPTA WAWASAN SELAIN DARI WAWASAN YANG BELIAU CIPTA. SEBAB ITU BELIAU BERUSAHA GIGIH MELEMAH DAN MENJATUHKAN DS ANUAR IBRAHIM, TUN ABDULLAH DAN SEKARANG DENGAN PENUH DEDIKASI SEDANG CUBA MENJATUHKAN DS NAJIB SEBAB NAJIB BANYAK MENCIPTA IDEA DAN PENDEKATAN BARU UNTUK MASA DEPAN RAKYAT MALAYSIA.

Anonymous said...

Mabuk todi kuang jilat jubor NUaq ngan najib hang nie anon 10 June 2015 at 14:12....pi suh ah jib gor bayaq lebih skit....depa bayaq kurang ni tu yang fakta hang pun cam sampah....

Anonymous said...

Orang tanya Tun ,mengenai anak anak dia jadi kaya dia tak perlu jawab , Tun tanya orang lain ,orang tu mesti kena jawab kalau tak TUN akan kejar sampai kelubang cacing , Tun ni kalau tak suka dia mesti nak jatuhkan orang tu ,Dah tua tua bawa bawalah beribadat lebih

Anonymous said...

Setuju dgn Anon 10 June 2015 at 14:12. Mahathir tidak mahu usaha gigih Najib selama ini sempat membuahkan hasil sedangakn dia diberi peluang selama 22 tahun utk mencipta kegemilangan. Dia hanya mahu dirinya disanjung selamanya & tiada PM yg sehebatnya, sebelum atau selepasnya biar dgn apacara sekalipun. Termasuk menghina & memfitnah. Dasar manusia tak tau malu. Orang melayu tidak begitu.

Anonymous said...

Tun M ini ingat dia masih memerintah UMNO.., sebab itu dia masih nak 'pecah & perintah'. Pada mula2 dia memulakan 'perjuangan' mempersoalkan tindakan Najib ni dulu, saya turut menyokong dia. Akan tetapi, apabila dia keterlaluan, ia sudah menjadi terlalu taksub dan berlaku 'over-killing'.., saya sudah tidak boleh mempercayai kata2nya lagi.

He doesn't have the access to the real scenario in the government everyday business. His only information are based on hearsay from all sorts of informant. Ada yang berniat baik dan ada yang berniat sengaja nak menjatuhkan orang lain dari kedudukan.

Dia dah jadi macam burung kakaktua. Memnag betul dia bijak.., tapi manusia tidak bijak dalam segala hal. Dulu masa dia di puncak, mana lah sangat masa untuk 'berkawan'. Sekarang, ramai yang rapatkan tubuh mereka untuk berkawan dengan Tun M.., dan ramai antara mereka yang mempunyai tujuan yang mudah: untuk menjatuhkan Kerajaan Najib. Tun M tidak punyai kebijaksanaan untuk mengenali siapa mereka..

Anonymous said...

Perlembagaan dan undang-undang apa yang dia guna. Lebih dari Raja yang mempunyai kuasa mutlak. Suka hati siapa nak dilantik siapa yang nak dipecat.

Siti Hasmah rajin-rajinlah berlatih untuk memakaikan napkin pakai buang. Dia yang nyanyuk habis anak bini jadi celaru.

Anonymous said...

Sebenarnya Najib dah tak ada jawapan mengenai 1MDB, sebab itulah Najib sejak awal dikritik oleh Tun Dr. Mahathir, maka Najib perlu terus letak jawatan, sekarang Najib bukan sahaja perlu letak jawatan, malahan dia perlu disiasat akibat masalah mengenai 1MDB itu sendiri.

Tun Dr. Mahathir memberikan fakta yang jelas dan konsisten, cuma diselewengkan oleh Abu Jahal Tukang Jawab Najib yang merapu dan mereka-reka cerita yang bukan-bukan seperti tuduhan mereka bahawa Tun Dr. Mahathir kata RM 42 bilion hilang dari wang hutang 1MDB, sedangkan hakikat sebenarnya, Tun Dr. Mahathir menyatakan, sekurang-kurangnya RM 14 bilion yang tidak dapat dikesan dan jumlahnya mungkin lebih dari itu.

Lihatlah penyelewengan juak-juak Najib ini. Malahan Najib juga menyeleweng, Najib dalam siri jelajah masuk bakul angkat sendiri dia itu kata hanya Tun Dr. Mahathir desak dia letak jawatan, sedangkan berjuta orang rakyat Malaysia yang mahukan Najib segera meletak jawatan dan disiasat mengenai penyelewengan di dalam 1MDB serta kes-kes lain yang berkaitan.

Sekarang mereka mencungkil kembali kisah-kisah silam di zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, tetapi alhamdulillah, ramai rakyat tahu mengenai apa yang dituduhkan oleh juak-juak Najib itu. Kerana walaupun di era Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri terdapat kerugian dalam pelaburan negara, tetapi kerugian itu rakyat tahu sebabnya dan ia bukanlah penyelewengan, malahan kes-kes yang tak ada kena mengena dengan Tun Dr. Mahathir juga dikaitkan dengan Tun Dr. Mahathir juga, lihatlah betapa busuknya hati juak-juak Najib dan Najib sendiri yang sudahlah diri mereka bersalah, kemudian nak memburukkan orang lain pula.

Anonymous said...

Hingga kini juak-juak Najib tak mampu nak jelaskan mengapakah dari Tunai menjadi Aset, lepas tu berubah menjadi Unit pula.

Malahan mengenai pelaburan Aabar Group dari Abu Dhabi ke dalam 1MDB, daripada USD 1 bilion wang pelaburan oleh Aabar Group itu, sebanyak 97.5% bersamaan USD 975 juta telah digunakan untuk bayar hutang 1MDB, hanya ada baki USD 25 juta atau 2.5% untuk tujuan pelaburan kononnya untuk bangunkan Bandar Malaysia dan TRX. Pelaburan jadah apakah sebegini rupa? Membayar hutang itu sebagai pelaburan jugakah? Patutnya dana pelaburan digunakan untuk pembangunan, bukannya untuk bayar hutang, kalau digunakan untuk bayar hutang, macam mana nak jana keuntungan sebab dah guna untuk bayar hutang dan tak boleh digunakan untuk pembangunan? Ini pun juak-juak Najib dan Najib sendiri tak mampu nak jawab kerana mereka tak ada jawapan, kerana jawapan sebenarnya adalah Najib dan kuncu-kuncu serta juak-juak adalah bodoh, melakukan perkara bodoh yang mendatangkan masalah yang lebih besar dan kerugian kepada negara dan rakyat, ini yang sebenarnya.

Anonymous said...

Hingga kini juak-juak Najib tak mampu nak jelaskan mengapakah dari Tunai menjadi Aset, lepas tu berubah menjadi Unit pula.

Malahan mengenai pelaburan Aabar Group dari Abu Dhabi ke dalam 1MDB, daripada USD 1 bilion wang pelaburan oleh Aabar Group itu, sebanyak 97.5% bersamaan USD 975 juta telah digunakan untuk bayar hutang 1MDB, hanya ada baki USD 25 juta atau 2.5% untuk tujuan pelaburan kononnya untuk bangunkan Bandar Malaysia dan TRX. Pelaburan jadah apakah sebegini rupa? Membayar hutang itu sebagai pelaburan jugakah? Patutnya dana pelaburan digunakan untuk pembangunan, bukannya untuk bayar hutang, kalau digunakan untuk bayar hutang, macam mana nak jana keuntungan sebab dah guna untuk bayar hutang dan tak boleh digunakan untuk pembangunan? Ini pun juak-juak Najib dan Najib sendiri tak mampu nak jawab kerana mereka tak ada jawapan, kerana jawapan sebenarnya adalah Najib dan kuncu-kuncu serta juak-juak adalah bodoh, melakukan perkara bodoh yang mendatangkan masalah yang lebih besar dan kerugian kepada negara dan rakyat, ini yang sebenarnya.

Anonymous said...

Sebenarnya AYT tak payah layan apa yang Tun tulis diblog. Kan dia tu orang tua nyayuk? Tun dengki dengan pencapaian Najib hingga Menteri Kewangan ke2 pun dah cakap kalau 1MDB tak diselamatkan mungkin memberi risiko kepada ekonomi negara. Yang tu saya kurang faham , mungkin penyataan itu sama cash,asset dan unit. Ya la orang Melayu bukan pandai soal selok belok kewangan. Hanya PM ,MK2 dan Arul faham tentang pelaburan berdasarkan cash,asset dan unit.

Duit kita lani sangat selamat sebab Najib yang jaga dan Felda pun makin untung besar sebab harga saham jatuh lebih 50%. Saham tu cuma unit tak kisah berapa harga sebab masih ada nilai.

Sikit hari saham Felda akan dibeli oleh Tok Arab , jangan takut kita akan untung besar.

Lupakan la apa Tun kata. Kita buat macam mak dengan bapak kita berleter, masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Tun bukan ada pengaruh tapi yang hairan pasai apa Najib dok layan. Ada 3 tahun lagi sebelum pilihanraya, dok takut buat apa ,kan idea transformasi Najib amat hebat pasti semua akan sokong Najib. Masa tu berbillion billion hasil pelaburan 1MDB akan dibawa pulang, kita boleh bahagi bahagikan kepada rakyat. . Apa nak hairan. MK2 kata 1MDB cuma kena dibubarkan tapi lepas tu boleh untung 147B ,kalau bahagi dengan 25M penduduk sorang boleh dapat sorang 6K ,banyak tu.

AYT lebih baik serang DAP dari serang Tun. DAP musuh sebenar UMNO.

Anonymous said...

Bila tun nk berenti bercakap pasal pentadbiran negara ni? Dia kan dh jadi mantan pm, eloklah berenti bercakap pasal kerja pm, perbetulkan dulu institusi keluarga khususnya anak perempuan yg nampak makin menyeleweng akidah. Itu lebih baik dpd merosakkan perpaduan ummah negara ini.

Anonymous said...

Bukan sebab 1mdb sahaja..
Memang lps setahun Najib jadi PM aku dok meluat ngn dia.. Tiada pendirian.. Tak tegas
Tunduk dgn tekanan dari Puak Pembangkang.. Terutamanya Kaum Cina.

Isu perkauman sewenang2nya dipermainkn. Apa tindakan Najib? KDN? syukur Melayu banyak bersabar.

1mdb apa faedahnya pada rakyat..?
Yg aku nmpk satu sahaja pengambil alihan stesyen janakuasa yg boleh kawal taraf elektrik.
Yg lain aku taknmpk..
1mdb buat harga hartanah melambung tinggi.. Patut la harga rumah skrg mcm hilang akal.. Yg kaya bertambah kaya.
Aku takut tergadai tanah2 kt malaysia di jual 1mdb. Habis kena bailout Bila tak mampu nk byr hutang.

1mdb berapa peluang pekerjaan yg dibuka utk rakyat Malaysia?

Apa khidmat sosial yg 1mdb beri utk rakyat Malaysia?

Apa perolehan keuntungan 1mdb sejak ditubuhkan?

Dengan hutang luar Negara yang meningkat
Berkali ganda dibawah pentadbiran Najib. Memang amat merisaukn.

Kerajaan sekarang terlampau Boros. Mulut Najib hanya mengeluarkn janji berupa Wang ringgit utk memenangi hati rakyat.

Nilai mata Wang yang semakin lemah disebabkn polisi2 kerajaan yg lemah Dan tidak meyakinkn pelabur.

Gst yg menghimpit seluruh rakyat. Hingga segala urusan khidmat kerajaan pun dikenakan GST.

Kerajaan nampak lemah tunduk pada syarikat telco mengenai GST yg mengaut keuntungan melampau.

Apa yg aku nampak Najib memang Boros, lemah dlm memimpin kerajaan.

Undurlah beri peluang pada yg lain.

Anonymous said...

Berundur aje lah najib oooi....

Anonymous said...

..apa lagi mamak kutty sekoq ni mau.. buang tebiat nak mampos ler tu.. hehe..

Blog Archive