Latest News

Ragui 1MDB: Najib Minta Anggota Kabinet Letak Jawatan!!!

1. Julungkali seorang Perdana Menteri meminta anggota kabinetnya meletak jawatan. Biasanya, jika didapati seseorang anggota kabinet tidak sehaluan dengan Perdana Menteri, maka rombakan kabinet akan dilakukan.

2. Tahun 1987, selepas pertandingan Umno, walaupun Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mempertahankan jawatan Naib Presiden, namun beliau digugurkan daripada kabinet, kerana menyebelahi Pasukan B.

3. Pada Jumaat dalam satu mesyuarat Kabinet, DS Najib memberi kata dua kepada kabinet beliau, sesiapa mereka yang meragui 1MDB perlulah meletakkan jawatan, namun tiada siapapun yang menyahut cabaran tersebut, termasuk Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

4. Semalam, selepas mengiringi DS Najib dalam satu Majlis anjuran KKLW, Sahfie enggan bercakap, apabila ditanya, berkaitan sokongan kepada Perdana Menteri.

5. Perbalahan antara pemimpin Umno berlaku, ekoran kemelut yang melanda syarikat gergasi milik Kementerian Kewangan- 1MDB, di mana DS Najib selain Menteri Kewangan juga sebagai penasihat kepada Lembaga Pengarah syarikat tersebut.

6. Menurut artikel 17 M&A 1MDB, sebarang pelaburan, pinjaman, penstrukturan atau perlantikan CEO perlulah mendapat kelulusan bertulis daripada Penasihat, iaitu Perdana Menteri sendiri.

7. Pada jumaat Menteri Kewangan Ke-2 yang juga jurucakap bagi pihak kabinet berhubungan dengan 1MDB, telah mengemukakan rasionalisasi syarikat tersebut termasuk pembubarannya pada awal Tahun 2016. Melalui pembubaran tersebut 1MDB akan dibahagi kepada tiga entiti yang berasingan- TRX, Bandar Malaysia dan Syarikat tenaga-Edra.

8. Dalam racangan rasionalisasi 1MDB, Kementerian Kewangan masih merupakan pemegang saham utama.

9. Bersimpang siurnya maklumat berkaitan 1MDB, yang berpunca daripada hutang RM42 bilion yang dilakukan syarikat tersebut selama 5 tahun beroprasi. Percanggahan kenyataan berkaitan pelaburan daripada Pulau Cayman, salah satu punca, perbalahan antara pemimpin Umno dan kabinet DS Najib.

10. Pada 4 Mac DS Najib telah mengarah Ketua Audit Negara mengaudit 1MDB, kemudian laporan tersebut diserahkan kepada PAC. Namun PAC juga telah memulakan siasatan berkaitan syarikat tersebut bermula 19 Mei, tanpa menunggu laporan AG.

11. Pada Jumaat, kabinet Persekutuan diberitahu bahawa hutang 1MDB bermula pada 4 jun dan seterusnya akan berkurangan sehingga RM16 bilion, kerana ikatan dengan IPIC dan anak syarikatnya Aabar daripada Abu Dhabi akan menyuntuk modal,ekoran kerjasama yang telah dibincang sejak Februari 2015.

12. Untuk sementara, belum dinyatakan secara terperinci berkaitan rancangan rasionalisasi syarikat tersebut, hanya kenyataan secara umum daripada MK-2.

13. Dalam perkembangan yang sama Dato Hishamuddin Hussien yang juga Menteri Pertahanan, bersetuju meletakkan jawatan, akan tetapi bersyarat, yang mana syarat tersebut, rancangan rasionalisasi syarikat tersebut perlu dilakukan secara menyuluruh dan sesiapa sahaja yang didapati melakukan salah laku tanpa melihat kedudukan perlu diambil tindakan tegas.

14. Sama-sama kita tunggu temuan Ketua Audit Negara dan PAC.

6 Responses to "Ragui 1MDB: Najib Minta Anggota Kabinet Letak Jawatan!!!"

Anonymous said...

Patutnya Najib yang kena letak jawatan jika tidak dapat menjelasan kepada rakyat mengenai apa yang sebenarnya berlaku di dalam 1MDB itu.

Apahal pula Najib nak suruh orang lain angkut air dan basuh berak dia dan cuci taik yang dia berak di tengah jalan, patutnya Najib cuci sendirilah, nak menyusahkan orang lain pasal apa pula?

Jika Najib sendiri tak tahu apa jadi dengan 1MDB, selama ini dia jadi Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB itu apa kejadahnya? Semua dokumen yang penting Najib kena tandatangani, selama ini Najib buat kerja macam orang bodoh, suruh tanda tangan, maka tanda tangan, macam itukah?

Jika menteri dan timbalan menteri, malahan Timbalan Perdana Menteri tidak boleh bersama Najib di dalam penyelewengan 1MDB ini, apakah mereka yang perlu meletak jawatan, atau Najib sendiri yang patutnya meletak jawatan, takkan nak biarkan mereka jadi pembela kemungkaran dan pembela kejahatan pula?

Saya melihat Najib membuat lawak lagi, lawak bodoh nak mampus, ada ke patut, dia bermasalah, lepas tu suruh orang lain pula letak jawatan, Najib ni fikir guna lubang dubur ke?

Saya ingin menegaskan kepada Najib, tiada mana-mana menteri, timbalan menteri, hatta Timbalan Perdana Menteri patut letak jawatan, kerana mereka tiada salah apa, apa, malahan Najib yang mesti meletak jawatan jika dia gagal untuk menjelaskan mengenai 1MDB yang diuruskan secara sembunyi, membelakangkan kabinet hinggakan Timbalan Perdana Menteri pun tak ada banyak maklumat, menteri lain, hanya beberapa orang, seperti Mat Maslan adalah maklumat, tetapi yang lain, mereka diketepikan.

Sudah-sudahlah Najib mempandirkan diri sendiri, orang makin menyampah dengan kau, kononnya nak buat garang, tapi bodoh nak mampus, bongok, dia buat hal lepas tu suruh orang lain yang tanggung akibatnya, orang sakit mental di Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan pun akan pening memikirkan perangai bodoh nak mampus Najib ini.

Kesimpulannya, Najib mesti letak jawatan atau dipecat dari UMNO dan dipecat dari jawatan Perdana Menteri melalui usul dan undi tidak percaya di Parlimen, kerana Najib dah makin teruk dan akan bertambah teruk melingkupkan negara ini serta mengainaya orang ramai, hatta menteri kabinetnya pun ditindas juga.

Anonymous said...

Orang yang membohong di dalam parlimen, memberi keterangan palsu dalam parlimen perlu dan mesti serta wajib meletak jawatan, kononnya Perdan Menteri, tetapi membohong dalam parlimen, membohong sidang parlimen.

Tapi apakan daya, Speaker dah dapat tandas baharu, perabot baharu, ubah suai pejabat mengikut kehendak hati, makan terus lembik leher dan dicucuk hidung oleh Najib untuk membiarkan segala salah laku Najib hingga membiarkan maruah parlimen tercemar seperti pusat pelacuran gamaknya.

Anonymous said...

Bukan setakat isu 1MDB,tapi arahan tersebut boleh menjadi satu langkah utk memulihkan kekuatan Umno/BN dan sekaligus formula utk mengembalikan mejoriti 2/3 BN dalam PRU 14 nanti.Ku Li akan jadi TPM dan TS Sharir juga akan kembali kedalam kabenit,jika 'duri dalam daging' meletak jawatan.Ianya akan melenyapkan pengaruh Mahathir dan melemahkan pakatan.Kelantan akan kembali ke tangan BN,Terengganu tidak lagi menang tipis,Johor tidak tergelincir atas faktor Ku Li dan Sharir,sementara DAP pula akan hilang modal utk menghentam BN,PKR hanyut,Pas juga teruk.Sabah dan Serawak tetap di belakang PM Najib.Formula kemengan BN sebenar nya di tangan PM najib bukan di tangan Mahathir.

Anonymous said...

Anon 1 June 2015 at 18:15, duri dalam daging itu adalah Najib, Shahrir Samad, Mat Maslan, serta kuncu-kuncu mereka, mereka ini yang putar isu 1MDB untuk membohongi rakyat.

Najib pula sibuk mempergunakan dana negara untuk membayar segala hutang piutang 1MDB sebelum 1MDB dibubarkan pada Februari 2016 kelak.

Kamu boleh bayangkan, 1MDB dapat dana USD 1 bilion dari Aabar Group dari Dubai, kemudian dana itu digunakan 97% bersamaan USD 975 juta daripadanya untuk bayar hutang, hanya tinggal baki 3% bersamaan USD 25 juta untuk buat pembangunan di TRX dan di Bandar Malaysia, jadah apakah ini?

Formula ekonomi jadah apakah yang digunakan oleh 1MDB, Najib dan kuncu-kuncu mereka ini? Dana digunakan 97% untuk bayar hutang, sudah gila babi macam ini pun ada juga si bodoh yang menyokong, memang pak pandir yang dicucuk hidung betullah orang macam itu.

Anonymous said...

Setuju sgt2..

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

Blog Archive