Latest News

Nothing2hide: DS Najib Tidak Hadir Tepat!!!!

1. Ketidak hadiran DS Najib Razak pada forum Nothing2hide di PWTC pada Jumaat, ada yang memandang sinis Perdana Menteri itu, akan tetapi ada juga berpendapat betapa bertoleransinya beliau.

2. Bagi mereka yang memegang adat melayu, ketidak hadiran Perdana Menteri itu, sebenarnya memenuhi erti peribahasa melayu, biar mati anak jangan mati adat. Juga melalui ketidak hadiran beliau, bagaimana Perdana Menteri menghormati mereka yang lebih tua.

3. Tidak disangka pada forum tersebut, mantan Perdana Menteri turut hadir, di mana menurut penganjur, bahawa kehadiran berasaskan kepada jemputan. 

4. Entah benar atau tidak, kononnya Tun Dr Mahathir turut dijemput, kerana melalui media sosial telah disiberkan satu kad jemputan bertuliskan nama YBH Tun Dr Mahathir Mohammad, walaupun pihak menganjur menyatakan, tiada kad jemputan dihantar kepada mantan Perdana Menteri tersebut.

5. Majlis yang seharusnya bermula pada pukul 10 pagi pada Jumaat, namun Mantan Perdana Menteri telah tiba di ruang forum seawal pukul 8.50 pagi.

6. Bagi mereka yang hadir ataupun yang tidak hadir, sebenarnya tiadapun niat mendengar sebarang penjelasan daripada Perdana Menteri, akan tetapi mereka lebih berminat, bagaimana kedua-dua pemimpin tersebut saling menjatuhkan air muka masing-masing.

7. Jawapan-jawapan berkaitan berbagai persoalan yang ditujukan kepada DS Najib sebenarnya, telah dijawab melalui berbagai saluran, apakah melalui dewan rakyat, kenyataan akhbar mahu sesi soal jawab.

8.Mereka yang mendakwa bahawa DS Najib sebagai penakut kerana tidak hadir, sebenarnya hanya dakwaan yang tidak memikirkan sebarang impak kepada negara dan rakyat. Mereka itu, mahu melihat bagaimananya lemahnya para pemimpin melayu, dan kelemahan itu, mereka akan pertontonkan melalui media antarabangsa.

9.Forum nothing2hide, sebenarnya forum yang tidak perlu diadakan, kerana forum seumpama itu, belum lagi sampai ke tahap pemikiran rakyat majoriti negara ini. Dikatakan demikian, kerana belumpun bermulanya forum tersebut, sudah terdapat ketegangan antara yang datang dan penganjur, sehingga belaku tolak menolak, termasuk menguak pintu dewan untuk diterobosi.

10. Keadaan seumpama itu, berertinya belum siapsedianya para penganjur dan hadirian berdepan dengan situasi seperti itu.

11. Pihak polis, bertindak tepat, apabila membatalkan acara itu, dan menghalang Perdana Menteri untuk hadir. Kerana situasi demikian boleh mendatangkan kemalangan, kerana tiada yang boleh menjamin tidak berlakunya pergaduhan.

12. Katakan forum itu menjadi, dan apabila keadaan menjadi panas, maka berlaku kontak fizikal antara kedua belah pihak, dan kontak fizikal itu dirakam, kemudian sepantas kilat diviralkan di seluruh dunia!!!, siapa yang malu???? melainkan rakyat yang majoriti, kerana para pemimpinnya gagal menggunakan akal dan minda untuk menyelesaikan persoalan.

13. Bagi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan para penyokongnya, dalam minda mereka "nothing to lose" kerana memang daripada awal-awal mereka mengatakan, bahawa Tun bukan untuk kembali sebagai Perdana Menteri, akan tetapi hanya punya satu matalamat, DS Najib mesti letak jawatan.

14. Bagi AYT, entah apa penyebab utama, sehingga mereka-mereka ini, mahu sangat DS Najib letak jawatan. Kalau dikatakan kemelut 1MDB, isu syarikat tersebut semakin terungkai, isu Altantuya, mahkamah telah membuat keputusan, isu jambatan Bengkok, telah dijawab kerana terbentur dengan undang-undang antarabangsa. Hanya isu Rosmah sahaja yang tidak beres, kerana DS Najib belum menceraikan isterinya itu, sepertimana Nelson Mandela menceraikan isterinya Winney Mandela.

15. Bagi AYT, jika berkaitan dengan Datin Rosmah sebagai asas untuk meminta Perdana Menteri meletakkan jawatan, jalan penyelesaian, adalah bermula daripada sekarang, isteri Perdana Menteri itu perlu menyatakan secara terbuka bahawa beliau sama sekali tidak tahu atau tidak pernah mencampuri urusan suaminya apatah lagi urusan negara.

11 Responses to "Nothing2hide: DS Najib Tidak Hadir Tepat!!!!"

Anonymous said...

Lu paham ke tidak masalah 1MDB ni cai rosmah?

Anonymous said...

Najib harus dibesarakan dari jadi PM. Najib Berhenti insyallah melayu tun Mahatir dan Melayu2 lain akan kembali kepada UMNO dan bersatu dibawah payun BN. Imej najib dah teruk tercemar buat iklan promosi macam mana baik pun rakyat dah muak dengan perangai najib dan kuncu2 nya.

Anonymous said...

You are talking NONSENSE

Anonymous said...

Ale uto nak besatu,dulu najib pun pilihan madey gak..beria2 nak suruh paklah turun takda gak mlayu trus bersatu..takda gak umno menang besor..ingat trend undian ni smudah tu ke nak berubah..klu ada pun harapan umno ialah dgn bergabung dgn pas utk terus berkuasa..tp kita dok biorkan peluang tu berlalu kerana terlalu sibuk dgn isu dalaman...takdanye klu tukar pm sgalanye instantly akan berubah..org bebal je akan fikir mcm tu..pengalaman zaman paklah jatuh dulu spatutnye mengajor kita..tp mlayu memang bodo..suka buka pekong kluarga hanya kerana perbezaan pendapat..memang takda la kerajaan BN lg pasni

Rahim Satria said...

Kalau nak angkat Najib carilah cara lain.Saya hormati saudara .
Kalau saudara kata jawapan telah diberi.....jawapan yg mana satu.Semua tunggang langgang.Hari ni kata ini....esok kata lain.Ini bujan fitnah tapi kenyataan.
Jesteru itu saya minta saudara kenalah berhati hati.Isu ini isu besar.

Anonymous said...

Walaupun siasatan odit.bnm n Pac telah selesai dn keputusan telah diumumkan isu 1mdb tk Akan settle.Tun M awal2 lg tlh membayangkan itu semua telah dibeli.mungkin Tun M mengambil pengajaran Dari zaman pemerintahanya.

Anonymous said...

teruskan bermimpi bro

gud luck!!!

Anonymous said...

Najib oh Najib,telor sekejap ada sekejap tak ada,mana dia darah pahlawan bugis.kah..kah...kah......

Anonymous said...

Pengecut,pengecut layak untuk gelaran Najib.

Anonymous said...

Cukup lah sudah Najib memimpin. Aku sudah hilang keyakinan pada Najib.

Anonymous said...

kau ni tertinggal keretapi ke apa.

kenapa pattern alasan blogger/cytro najib ni lebih kurang?
ada orang bekalkan ke?

kalau alasan ni kau bagi hari jumaat, boleh consider la.
ini alasan baru nak bagi hari ni.
nampak kau ni ketinggalan keretapi dan tak baca langsung blog/tulisan orang lain tentang nothing to hide.
sebab tu alasan blogger/cytro najib cetek. blogging syok sendiri. tak nak baca dulu komen/tulisan/blog orang lain yang dah kupas isu sama.

alasan no. 2

kalau najib hormat tun, dia datang majlis tu dan jelaskan cerita 1MDB ni.
tak datang tu tanda tak hormat.

alasan no 3,4

penganjur jemput lah tun. lokman nor adam, penjilat tegar najib, duduk kerusi tanda nama tun, upload gambar dia dengan bangganya. sebelum najib kensel kehadiran lah.

dalam umno-online pun ditulis, tun mahathir dijemput.
http://www.umno-online.my/2015/06/02/program-dialog-nothing-to-hide-bersama-pm-akan-perjelas-isu-isu-negara
aku quote "Setakat ini kita telah menjemput seramai 1500 orang daripada pelbagai latar belakang pertubuhan. Kita juga akan menghantar surat jemputan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir untuk menghadiri program ini."
kalau kau malas baca pun sekurang kurangnya orang kat sini boleh baca.

alasan no 5

majlis start pukul 9 la dol. najib yang dijadual tiba pukul 10. kau baca umno online tu dan dengar video dia.

tun sebagai seorang yang sharp, tak pelik lah sampai pukul 8.50 pagi. dan mengikut maklumat hadirin, tweet kpn untuk batal majlis adalah pukul 8.53 pagi. 3 minit selepas tun sampai pwtc.

alasan no 6

speculation at best untuk justify ketidakhadiran najib. antara yang hadir adalah ahmad maslan, tunku aziz dan lokman nor adam, pro najib punya punya orang. penganjur pun sukaguam. khairul anwar rahmat pun orang najib.

orang nak dengar penjelasan najib la. sama macam orang hadir talk yang tun buat. nak dengar apa tun nak cakap. fakta ke auta. masa Q&A, orang tanya la najib kalau tak jelas, sama macam orang tanya tun masa dia buat talk. masalah ke? jawab je lah. bukan nak berperang pun.

alasan no 7

masalahnya, jawapan tu menimbulkan lebih persoalan. contohnya jawapan arul kanda dan husni, dari orang tak tau brazen sky dan bayaran rm6.1b kepada orang tahu dan tanya, kenapa bayar brazen sky rm6.1b? belanja mengurus rm4.5b bersamaan rm60j sebulan. kenapa tinggi sangat belanja mengurus? dan banyak lagi persoalan lain.

orang nak tahu. kenapa. bukan main jawab je, kemudian semua orang kena terima, tak kira logik ke tak jawapan tu.

alasan no 8

itulah hakikatnya. najib tidak hadir dalam program yang dianjur oleh penyokongnya sendiri di bangunan UMNO sendiri. it's hard to go lower than that dude.

alasan no 9, 10, 11,12

orang yang buat bising supaya boleh dicipta alasan keselamatan tu dan ditangkap polis tu, kalau kau tak tau, namanya ali tinju. dia ni penjilat tegar rosmah. sah sah la penjilat najib. aku tahu kau kenal ali tinju ni. sekapal. takkan tak kenal.

commotion tu sebenarnya rekaan kem najib untuk justify kononnya tidak selamat. supaya kpn boleh bagi alasan tak selamat dan najib tidak perlu hadir.

bukan kem tun atau general public.

alasan no 13,14,15

takde orang sentuh pun rosmah setakat ni. kau je.
isu tun dan public adalah 1MDB. takde kaitan rosmah pun.

tun pegi sorang sorang. bukan bawa geng. nak dengar penjelasan najib. kalau cukup jelas, dia tak tanyalah. orang ramai pun tak tanya. nama pun forum. bukan debat.

kalau debat lain lah. debat memang orang bawa geng. masa tu baru timbul isu boo dan gaduh. sebab tu tak bagus debat.

mentaliti budak najib ni memang macam ni. mentaliti tak nak dengar orang lain. kami je betul. sebab tu alasan atau tulisan korang tak convincing. korang ni bodoh sombong.

agak agaklah nak spin tu. tak pun, bagi la alasan baru yang lebih kukuh/kuat untuk backup najib. kalau orang kata dibayar UMB/PMO kang, kita marah.

"saya putar jib", "wang besar, wang besar"

Blog Archive