Thursday, June 11, 2015

Mengapa 1MDB Dibenci? (Bahagian 2)

1. Tujuan politik adalah penyebab 1MDB dibenci. Tujuan politik menyebabkan 1MDB dijadikan kambing hitam.

2. Kegagalan membina Jambatan Bengkok, menyebabkan 1MDB jadi sasaran. 

3. Mari kita tengok mengapa Jambatan Bengkok menyebabkan 1MDB jadi kambing hitam.

4. Idea membina Jambatan bengkok untuk memajukan Pelabuhan Tanjong Pelepas (PTP), umum tahu siapa pemilik PTP, umum tahu, bagaimana hubungan pemilik tersebut dengan Tun Dr Mahathir.

5. Umum tahu, mengapa Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak meneruskan pembinaan Jambatan Bengkok. Umum tahu, mengapa DS Najib juga tidak meneruskan pembinaan jambatan tersebut.

6. Oleh kerana kedua-dua Perdana Menteri tersebut tidak meneruskan pembinaan jambatan bengkok, maka timbullah dakwaan bahawa Perdana Menteri tunduk kepada Singapura. Dakwaan itu, datangnya daripada Tun Dr Mahathir.

7. Tun semasa membuat dakwaan tersebut, melupakan hubungan bilateral antara jiran. Tun lupa, peperangan boleh berlaku, jika jiran merasa terancam.

8. Mengapa Singapura menentang pembinaan Jambatan Bengkok, bagi menggantikan Tambak Johor? Umum tahu, bahawa Singapura tiada sumber untuk menggerakkan perekonomiannya. Negara pulau itu hanya bergantung kepada pelabuhan.

9. Membina jambatan bengkok, walaupun di wilayah sendiri, tetapi mempunyai niat untuk mematikan perekonomian Singapura. Niat membina Jambatan Bengkok hanya untuk memajukan PTP, milik Syed Mokhtar, bukan milik kerajaan dan rakyat.

10. Membina jambatan bengkok hanya untuk membantu seseorang, dengan mengorbankan hubungan dengan jiran, mengorbankan hubungan menang-menang dengan jiran adalah pilihan Tun Dr Mahathir, namun dua Perdana Menteri selepas beliau, lebih memilih hubungan dengan jiran, hubungan bilateral dengan jiran, kerana meminjam istilah Tun Dr Mahathir memakmurkan jiran, mempunyai impak positif kepada kemakmuran negara. Dasar inilah yang dipilih apabila membuat hubungan diplomasi dengan negara China.

11. Polisi Tun Abdullah dan DS Najib berkaitan dengan Singapura, tidak disenangi Tun Dr Mahathir, atas sebab itu pada masa Abdullah, diwujudkan istilah budak tingkat 4, di zaman Najib diwujudkan istilah PM Malaysia Tunduk kepada Singapura. Tujuannya, agar wujud kebencian kepada kedua-duanya.

12. Tun Abdullah menerima tempias pada PRU-12 Tahun 2008, apabila UBN kehilangan kerusi 2/3 di Dewan Rakyat. Setahun kemudian, beliau melepaskan jawatan.

13. DS Najib memang pada awalnya disokong Tun Dr Mahathir, dengan niat tersirat, agar supaya Najib meneruskan pembinaan Jambatan Bengkok. Walaupun kemudiannya Tun berkata, sokongan beliau kepada Najib bukan kerana meneruskan pembinaan Jambatan bengkok, sebaliknya mengenang budi bapa DS Najib, Tun Razak Hussien.

14. Najib tahu benar, bahawa kemarahan Tun kepadanya, kerana tidak meneruskan pembinaan jambatan, walaupun kemudian Tun menafikan alasan tersebut, namun memberi kenyataan sinis iaitu PM Malaysia tunduk kepada Singapura.

15. Permasalahan utama sebenarnya bukan kerana kegagalan pembinaan Jambatan Bengkok, permasalahan sebenarnya, adalah DS Najib tidak membantu para jutawan seperti Syed Mokhtar meneruskan legasi kekayaan mereka, kerana pembatalan jambatan bengkok penyebab tidak berkembangnya PTP.

16. DS Najib tiada niat untuk menghancurkan PTP, tetapi, membantu pelabuhan tersebut perlulah berasaskan kepada tindakan yang sesuai dengan perekonomian terbuka dunia. Memajukan PTP sehingga mengambil perniagaan Pelabuhan Singapura, bukan caranya, kerana jika itu yang diambil, perang antara kedua negara boleh berlaku.

BERSAMBUNG

6 comments:

Anonymous said...

http://www.militaryofmalaysia.net/2015/05/terusan-segenting-kra-sekadar-tinjauan-sambil-lalu/

lihat juga artikel ini...

Anonymous said...

Nak bagitau jugalah, bahawa sumber pendapatan utama singapura bukanlah pelabuhan sebaliknya adalah pusat kewangan terkemuka di asia.

Bloger ahjibgor tak tau ke? Kenapa tak tolong admin ni?

Melayu Selang said...

Betul ke apa yg ditulis?

Bila nilai duit kita jatuh berbanding Singapura, ada ke Singapura peduli?

SUARA RAKYAT said...

Duit jatuh syurga bagi barangan malaysia.ekport rm ratusan bilion berbanding mereka yg kena tempias kerana urusan luar. Jika barangan import mahal,kerana guna dollar, peluang industri dlm negara berkembang. Good.

SUARA RAKYAT said...

Perbandingan komparitif dagangan negera kini boleh bersaing hebat d passran global. Kerana melemahnya ringgit.

Anonymous said...

Semua ada agenda peribadi..
Alasan penulis pasal tutup periuk nasi Singapura & Perang langsung tak munasabah.
Rupanya Pemimpin kita takut dgn Singapura..
Memang betul lah dakwaan yg kita tunduk dgn Singapura

Blog Archive