Latest News

Kemenangan Golongan Ulama- Berakhirkah Pakatan Rakyat?

1. Apa kah Pakatan Rakyat akan berakhir? Kalau ikutkan kenyataan Lim Kit Siang pertengahan Mei lalu, jika Hadi kekal, maka dalam minggu ini juga Pakatan Rakyat akan berakhir.

2. Namun, kenyataan Nik Abduh Nik Aziz semalam sebaik diumumkan menjadi Ketua Pemuda yang baru, beliau membuat pendirian, bahawa Pas akan kekal dengan Pakatan Rakyat.

3. Melalui pemilihan Pas kali ini, semua pemimpin yang disokong DAP tewas, termasuk ketiga-tiga penyandang Naib Presiden dan juga Timbalan Presiden.

4. DAP yang mahukan Hadi tewas telah mengeluarkan "cai" namun semua yang tersenarai itu tewas dengan teruk.

5. Mat Sabu hanya mendapat undi 279 berbanding pencabar beliau Tuan Ibarhim Tuan Man 881. Manakala semua penyandang Naib Presiden hanya mendapat undi kurang daripada daripada 400. Dengan keputusan tersebut, parti itu 100 peratus mendapat Naib Presiden yang baru yang terdiri daripada Idris Ahmad (942 undi), Iskandar Samad (801) dan Mohd Amar Nik Abdullah (778 undi).

6. Melalui kemenangan golongan ulama, terbukti laporan-laporan portal online seperti Malaysiakini yang cuba mempengarui perwakilan, kononnya golongan ulama bakal kecundang, terbukti semua auta.

7. Pada pemilihan kali ini, seramai 1,162 perwakilan telah menentukan barisan kepimpinan parti tersebut bagi periode 2015-2017.

1 Response to "Kemenangan Golongan Ulama- Berakhirkah Pakatan Rakyat?"

Anonymous said...

Umno di ambang kepupusan....

Blog Archive